Pages

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 11, 2012

Kuih Kaswi

Assalamualaikum...Ha minggu ni rajin sikit..Jom layan kuih kaswi resepi ni dah ramai orang try dr chef hanieliza tapi CAP ambil dari kak SOfea...Tapi tak berapa nak hitam la si hitam manis ni...


5 cawan air 
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan 

Masak bahan ni api sederhana untuk dijadikan air gula dan biarkan sejuk..

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi kayu
1 sdt kapur (tak letak pun)
Secubit garam

Kelapa parut dan garam

Panaskan kukusan dan ratakan dengan sedikit minyak ke dalam loyang serta lapikkan dengan plastik supaya tak melekat.

Masukkan bahan gaul sebati dengan air gula tadi dan tapiskan..Kemudian tuang ke dalam loyang..

Kukus selama 30 minit dan potong dengan pisau plastik apabila kuih telah sejuk...


Ni minum petang ........


3 comments:

  1. Aslmkum Zila.dtg kunjung balas. dah lama tak buat kuih kaswi....suka kuihmuih yg gaul kelapa gini.
    re; daging masak hitam blender sekali dg kismis...pasti kelainan rasa ada masam manis kismis dlm masakan daging...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam...tq mamasya folo zila skali...hehehe..ye la mama sedap kaswi ni tapi ntah apa slek tak hitam kejadian dia zila buat..

      Delete
  2. Just sharing, utk kuih kaswi mesti bubuh kapur utk rasa, aroma dan memberi warna coklat. Utk sukatan diatas bubuh 1sudu mkn kapur larutkan dlm adunan dan tapis seblum di kukus.

    ReplyDelete