Assalamualaikum dan salam lebaran diucapkan kepada semua..Alangkah indah lambaian Baitullah memanggil kita ke sana..Moga Allah permudahkan dan dipanjangkan umur untuk kita bersama untuk menyahut lambaiannya..
Sempena lebaran ni CAP buat kek marble ha sempat lagi sesiapa yang nak godek malam hari ni..
250g mentega
220g tepung naik sendiri
180g gula
4 biji telur
1 sdb ovelette
1 sdb serbuk koko
1/2 cawan susu cair
Essen vanila dan coklat
Secubit garam
Pukul telur putih hingga ringan dan asingkan.Kemudian pukul mentega dan gula hingga kembang dan sebati tambahkan ovelette..
Masukkan telur kuning dan telur putih kemudian kacau rata..Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga sebati tambahkan essen vanilla..
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian yang satu biarkan warna asli..Satu bahagian lagi tambahkan essen coklat dan serbuk koko.
Griskan loyang dengan mentega dan tabur sedikit tepung..Kemudian letakkan satu sudu adunan putih di bahagian tengah loyang..
Diikuti satu sudu adunan coklat ke atas adunan yang putih tadi..Letakkan bertindih dan ulang sehingga habis berselang-seli warnanya..
Kemudian bakar sehingga masak.
Selamat Hari Raya Aidiladha
No comments:
Post a Comment