Assalamualaikum dan salam Isnin permulaan minggu yang baru dan terakhir dalam bulan April ni. Aktiviti semalam ni masa sambut hari lahir adik lelaki yang sorang ni di rumah mak.. CAP buatkan agar agar ni diadaptasi dari agar santan gula merah dari dapur kak naz.. Maaf ye kak naz CAP dah tukar jadi colour hijau agar-agar santan pandan for all...Sesiapa yang nak tengok yang original CAP dah pernah post di sini ye..
1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
1 liter air (4 cawan)
1 ketul gula melaka (CAP tak letak)
1 liter air (4 cawan)
1 ketul gula melaka (CAP tak letak)
1/4 cawan gula pasir (CAP ganti 1 cawan gula pasir)
250
ml santan pekat (1 cawan) - (CAP guna santan kotak juga & boleh
kurangkan kuantiti kalau nak dapatkan lapisan santan/atas yang nipis
sedikit)
1 biji telur ayam (masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu)
Secubit garam
2 helai daun pandan (dibasuh dan disimpulkan)
Sedikit pewarna hijau
1 biji telur ayam (masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu)
Secubit garam
2 helai daun pandan (dibasuh dan disimpulkan)
Sedikit pewarna hijau
Masak gula pasir bersama 1 cwn air. Masukkan
daun pandan yg di simpul. Masak hingga didih dan sentiasa di kacau. Bila
dah siap tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan. (Guna air yg dari 4 cwn)
Dalam periuk bersih, masak 2 cawan air bersama dengan serbuk agar2. Masak hingga mendidih.
Masukkan air gula tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.
Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk dan adjust api dapur tu ye.
Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.
Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras dan sejukkan.
Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras dan sejukkan.
Jadi, tipsnya
ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak
lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan,
bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak
kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah
keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..Confirm
anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas
keras nanti.
Cantik tak agar agar pandan ni sekali imbas macam talam seri muka je kan..Tq sekali lagi kepada pemilik resepi ni ye...
Cantik tak agar agar pandan ni sekali imbas macam talam seri muka je kan..Tq sekali lagi kepada pemilik resepi ni ye...
Assalam zila....sedapnya agar2 santan ni...tambah lak aroma daun pandan tuh....Peberet selamanya
ReplyDeletememang rajin buat agar-agar...
ReplyDeletetapi tak pernah cuba letak santan...
suka kaler hijau tuh...
wah sdp ni...
ReplyDeletemusim pnas mcn ni dpt mkn memang best...
waalaikumussalam kak lina> aah memang semerbak bau dia..agar2 tradisi kita
ReplyDeleteqhaifa> zila pun suka kaler hijau tu saja tukar resepi kak naz ni ckit
syapex> memang layan musim panas gini kan..
ala....sedap ni...bilalah nak buat
ReplyDelete