Pages

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 26, 2013

Terung Berlada Udang Kering



Assalamualaikum dan salam Jumaat semuanya..Ada yang suka makan pedas tak..Entry hari ni terung goreng letak udang kering.. Sedap tau dengan bau wangi udang keringnya mau bertambah nasi tapi jangan ada yang mak mertua ke bos ke lalu kat belakang tu ha tak nampak udah....Tak percaya ce try..

2 biji terung panjang
1 tangkai cili merah *
1 tangkai cili hijau *
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1 sdb udang kering *
1 keping asam gelugur
Sedikit garam dan (jika perlu)


Goreng terung dalam minyak dan toskan serta asingkan. 

Tumbuk semua bahan * dan tumis hingga agak garing. Tambahkan asam keping dan perasakan dengan garam dan gula.

Tuangkan ke dalam terung yang telah digoreng tadi...Dah siap senangkan...

Selamat menjamu selero...

6 comments:

  1. dah ada 2 org tempek terung berlada... laparrr!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. waduh2 sedapnyer... akak mmg peminat setia terung nih.... dh try bt terung garang asam kt blog akak lum? try dik sedap tau

    ReplyDelete
  3. Sedapnya makan nasi panas berlauk terung berlada udang kering... tak payahlah cari lauk lain lagi, cukup sedap dah ni!

    ReplyDelete
  4. salam kenalan zila...
    memang sedap terung berlada ni kalau makan dengan nasi panas², akak kalau buat kena skip udang kering sebab isi rumah ni ada tak boleh makan udang kering....:)

    ReplyDelete
  5. sukaaa terung masak gini....auwmmmm...sodap

    ReplyDelete