Pages

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 17, 2013

Vadai Oh Vadai

























Assalamualaikum dan selamat petang semua..Ada yang terfikir nak minum petang apa kan..Hari ni CAP nak post vadai kat sini..Sapa nak meh cepat sementara stok masih ada...Jom layan resepi yang sempoi ni..Cuma CAP tapis je air kacang dhal tu..
2 cawan kacang dhal (direndam 2 jam)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 tangkai cili kering (dihiris halus)
1 sdt jintan manis
2 tangkai daun kari
Garam secukupnya

Kisar 1 cawan kacang dhal hingga halus dengan sedikit air dan kisar lagi 1 cawan kacang dhal agak kasar sedikit.

Toskan airnya dan masukkan bawang besar, cili kering, jintan manis dan daun kari..Gaul rata dan perasakan dengan garam.

Bentukkan bulat dan leperkan sedikit kemudian goreng dalam minyak yang banyak. CAP bentuk guna sudu yang bulat tu je lepas tu terus masuk dalam kuali..

Untuk rasa yang lebih aroma masukkan setangkai dua daun kari dalam minyak untuk menggoreng..



























Tamtaraaaa dah siap boleh buat hidangan minum petang..Selamat mencuba.

5 comments:

  1. Ermmm sedap nie Zila D5 suker sgt :)

    ReplyDelete
  2. Assalam Zila
    wah ada vadei kat sini ya..
    akak dah lama tak makan..tak salah pernah cuba buat dulu..eh
    ada buat ke tidak eh..hehe..adeh..dah lama lah zila tak ingat dah..tapi tengok vadei zila ni macam teringin pulak..:)

    ReplyDelete