Pages

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 31, 2012

Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum semua..

CAP ketinggalan banyak dah seminggu cuti ni..Baru nak masuk entry raya hari tu..Hari ni tamo entry resepi..Alhamdulillah rezeki diberi Allah lebih tahun ni dapat la buat korban..Syukur sangat..

Tunggu giliran
Mudah-mudahan dilimpahkan rezeki dan diberi kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat jua kepada semua yang membaca..Amin..


Selamat kembali juga kepada semua yang telah selamat menunaikan ibadat haji pada tahun ini..Moga terus istiqamah dalam menjalani ibadah

Thursday, October 25, 2012

Kek Marble Bonda



Assalamualaikum dan salam lebaran diucapkan kepada semua..Alangkah indah lambaian Baitullah memanggil kita ke sana..Moga Allah permudahkan dan dipanjangkan umur untuk kita bersama  untuk menyahut lambaiannya..

Sempena lebaran ni CAP buat kek marble ha sempat lagi sesiapa yang nak godek malam hari ni..

250g mentega
220g tepung naik sendiri
180g gula 
4 biji telur
1 sdb ovelette
1 sdb serbuk koko
1/2 cawan susu cair
Essen vanila dan coklat
Secubit garam

Pukul telur putih hingga ringan dan asingkan.Kemudian pukul mentega dan gula hingga kembang dan sebati tambahkan ovelette..

Masukkan telur kuning dan telur putih kemudian kacau rata..Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga sebati tambahkan essen vanilla..

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian yang satu biarkan warna asli..Satu bahagian lagi tambahkan essen coklat dan serbuk koko.

Griskan loyang dengan mentega dan tabur sedikit tepung..Kemudian letakkan satu sudu adunan putih di bahagian tengah loyang..



Diikuti satu sudu adunan coklat ke atas adunan yang putih tadi..Letakkan bertindih dan ulang sehingga habis berselang-seli warnanya..

Kemudian bakar sehingga masak.

Selamat Hari Raya Aidiladha

 
 

Wednesday, October 24, 2012

Bertawakallah Wahai Penduduk Bumi

Tawakal dan tidurlah dengan tenang dan mudah-mudahan Allah menyembuhkan segala rasa yang menyakitkan kerana DIA sesungguhnya Maha Pemberi Kurnia..Ditujukan buat semua yang ditimpakan ujian dan musibah semoga Allah melipatgandakan pahala dan melenyapkan kesedihan dihati kita..

Seperti firman dalam Surah Al Baqarah ayat 45; Dan mintalah kepada Allah dengan jalan yang sabar dan mengerjakan sembahyang. Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang yang khusyuk..

Kedudukan sabar dalam iman sama halnya dengan kedudukan kepala dalam tubuh badan kita..Maka bangunlah wahai kesedihan dan ketahuilah bahawa kelak andalah orang yang beroleh kebahagiaan dan kesejahteraan..Seperti firmanNYA dalam surah Al Baqarah ayat 155; dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar..

Allah Maha Penyayang kepada hambanya yang meminta..Masa itu tiada lain hanya kesulitan lalu kemudahan datang mengiringi kesempitan dan kelapangan bakal menyusur kemudian..Ingatlah tiada kejayaan tanpa kegagalan kerana anda adalah insan yang terpilih.......

Tuesday, October 23, 2012

Spiral Curry Puff @ Karipap Pusing

Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke atas limpah rahmatnya...Ada la hamba Allah L bukan nama sebenar telah membuat tempahan karipap pusing ni untuk sidang kerjanya..Kali ni kita promote sikit marjerin Sri Pelangi yang best ni..First time guna memang sedap rasa dan wangi plak tu...Sesiapa yang belum cuba marjerin ni boleh beli ye..Keluaran Malaysia..Belilah barangan buatan MALAYSIA..

Untuk yang nak resepi karipap pusing sila rujuk SINI ye...Resepi ni ihsan Kak Noorsha terima kasih bebanyak ye kak, moga kak dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan..

Gambar Ihsan Google
                                                

Tempoyak Ikan Patin



1 ekor ikan patin (saiz sederhana)
2 senduk tempoyak
4 ulas bawang merah*
20 tangkai cili padi* (ikut kepedasan masing2 ye)
1 inci kunyit hidup*
5 biji belimbing buluh (kalau takde ganti dengan daun kesum)
3 tangkai bunga kantan (dibelah 4)
1 batang serai (diketuk)
4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Perapkan ikan tadi dalam air asam jawa dan limau nipis untuk menghilangkan hanyir ikan. Kemudian tumbuk semua bahan yang * hingga halus.

Kemudian masukkan air dan bahan yang telah ditumbuk serta serai tadi.Biar sehingga mendidih dan masukkan tempoyak serta perasakan dengan garam dan sedikit gula jika perlu..

Masukkan bunga kantan dan belimbing tadi ..Tambahkan ikan dan biar sehingga masak..Ikan patin ni sangat lembut jadi tak perlulah kita kacau selalu..

Dah siap..........Hidang dengan nasi panas..

Monday, October 22, 2012

Ayam Masak Rose



Ambil resepi Anis Nabilah chef selebriti tu tapi CAP buat separuh adunan ni ye..

2 ekor ayam dipotong 4 dan digoreng
3 biji bunga lawang
6 biji buah pelaga
6 biji bunga cengkih
3 batang kulit kayu manis
2 genggam cili kering (dikisar)
10 biji bawang merah (dikisar)
6 biji bawang merah (dikisar)
2 cm halia (dikisar)
2 batang serai (dikisar) 
1 cm lengkuas (dikisar)
2 cm kunyit hidup (dikisar)
5 biji buah keras (dikisar)
2 sudu besar kas-kas (CAP tak letak)
2 sudu besar biji ketumbar (CAP tak letak)
1 sudu besar jintan putih (dikisar)
1 sudu besar jintan manis (dikisar)
1 tin sup tomato (CAP ganti sos tomato)
2 helai daun pandan (disimpul CAP tambah)
1/2 tin susu cair (CAP tambah)
Gula dan garam secukup rasa

Panaskan sedikit minyak masak didalam kuali dan tumiskan bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis. 

Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar dan tumiskan lagi sehingga harum dan pecah minyak. Kemudian masukkan sedikit air dan masukkan ayam yang telah digoreng.

Setelah mesra, masukkan sos tomato, susu cair, garam & gula secukup rasa.. Biarkan ia mendidih sekejap..

Sesuai dihidang dengan nasi minyak untuk sajian Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang..Selamat mencuba.

Friday, October 19, 2012

Apam Mentega Karamel (",)



Akhirnya terlaksana juga impian ku ini..Ambil resepi ni kat Kak Sofea untuk minum petang..Inilah sebaik-baik apam untuk petang hari ni dengan wanginya bau gula hangus tu tapi CAP buat separuh adunan je....Menyentap..

Bahan-bahan ( +-50 biji )

Bahan (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
Bahan (B)
  • 3/4 cawan gula castor
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara membuat gula hangus:-
Masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang. 
Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air.

Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.

Cara menyediakan adunan apam mentega.
Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi. 
Kemudian masukkan susu selang selikan dengan tepung. Gaul semua hingga sebati dan perap selama 1/2 jam. 
Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dlm acuan yang disapu sedikit minyak. Adunan ni jika dituang penuh kedalam acuan pun tak mengapa tak akan melimpah. 
Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min. Tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah. Acuan plastik tidak perlu disapu minyak..

Selamat Mencuba.......

Cucur Nasi



NI kes tengok dapur kak lina semalam..Resepi kak Yatie tapi ampun maaf dipinta CAP derhaka tu pasal takmau bulat kejadiannya..Tapi apa pun best sedap first time makan...

  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar (CAP hiris)
  • 2 biji bwg putih (CAP tak letak)
  • 1/2 cwn ikan bilis
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (CAP ganti 1 sdb lada kering kisar)
  • Daun sup/bawang (CAP ganti daun kucai)
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng
Blend nasi bersama air dan masukkan sekali ikan bilis..Kisar hingga sebati. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...Gaul sebati.

Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak..

CAP gunakan sudu je utk menjemput cucur ini tu tak bulat-bulat macam Kak Lina....Pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba..


Thursday, October 18, 2012

Sambal Hijau Tongkol



6 tangkai cili hijau*
10 tangkai cili api*
1 biji bawang besar*
1 sdt belacan*
2 keping asam gelugur
1 ekor ikan tongkol
1 sdt serbuk kunyit
2 biji kentang (dihiris halus)
Minyak untuk menggoreng

Mula sekali gorengkan ubi kentang tadi dan kunyit garam ikan tongkol sebelum digoreng. Kisar semua bahan * ini dan tumis sehingga kering.

Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.Kemudian masukkan bawang yang dihiris bulat dan tutupkan api.. 

Enak dihidang dengan nasi panas.




Karipap Pusing Kak Nor




Bahan Doh Margerin:
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar margerin


Bahan Doh Minyak:
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air sejuk
Secubit garam

Cara² Doh Margerin:
Satukan margerin dan tepung gandum. gaul sebati dan kepal²kan kepada 5 bulatan sama besar tapi CAP buat 6 ketul.... Ketepikan.

Cara² Doh Minyak:
Satukan garam kedalam air sejuk, kacau sedikit hingga larut, masukkan kedalam aduanan tepung beserta minyak dan uli hingga rata. 

Untuk gambarajah sila rujuk sini sebab CAP ambil resepi ni kat kak norsha..Mintak halal ye kak..Owsemmm resepi kak  Nor ni rapuh dan terbaikkk... 

Bahagikan kepada 6 bahagian bulatan sama besar dan ketepikan

Gelek doh minyak dan letakkan doh marjerin di atas permukaannya.Lipatkan kiri dan kanan dengan rapat dan bentukkan bulat kemudian gelek lagi..

Lepas tu gulungkan doh tadi dan gelek sekali lagi dalam bentuk memanjang..

Kemudian gulung sekali lagi untuk gulungan yang terakhir.. Yang nak try ikut step tau mesti jadi.

Kemudian potong doh tadi jadi 4 bahagian so dapat comel2..Gelek sederhana ketebalannya dan sedia untuk dikelim..

OK jangan konfius pastikan bahagian bawah doh yang digelek sebelah dalam yang kena rolling pin belah luar.. Letakkan sedikit inti dipermukaan.

Dan goreng dengan api yang perlahan hingga kekuningan 

Untuk inti pula sebenarnya CAP dah pernah buat entry ni kira separuh daripada entry lepas sebab ni baki last week nyer inti ye..

Intinya:-
3 biji keledek (saiz kecik)
1/2 biji bawang besar (potong dadu)
1 sdb  genggam ikan bilis
1 sdb udang kering
1 sdb rempah kari
1/2 sdb lada kering 
Garam
Daun kari (CAP tambah sendiri)

Caranya kisar je semua bahan tersebut dan tumis hingga naik bau..Kemudian masukkan keledek dan sedikit air masak hingga empuk...

Perasakan dengan garam dan sejukkan dahulu ye.......


Wednesday, October 17, 2012

Lempeng Bawang



Teringat zaman kanak-kanak dulu, mak kita buat sarapan sebelum pergi sekolah kan..Ni menu wajib mesti ada dalam seminggu, lebih lagi kalau ada baki lauk semalam ye..Resepi ni ambil kat dapur kak Yatie sebab selalu buat tak pernah sukat dan letak daun kucai tapi semalam tengok cantik pulak kak ti nyer ada daun kucai...

1 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air (kurang lebih)
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar (potong dadu)
Sedikit daun kucai
Setitik pewarna kuning (CAP tambah)
Sedikit minyak
1/2 sdt baking powder (CAP tak letak)

Citarasa Malaysia kan kita ni jadi bancuh semua bahan hingga sebati. Kemudian bolehlah tuangkan adunan ke dalam pan dan masak hingga kekuningan..


Sedia dihidang dengan kari atau sambal tumis.. 

Tuesday, October 16, 2012

Rojak Buah



Kesian la dok tengok sengkuang tu duduk kt gobok tu...Jadi CAP layankan rojak buah hari ini ye lawan dengan kari ikan kembung...

1/2 biji sengkuang (ikut keperluan masing2)
1 biji epal 
1 biji mangga muda
2 biji timun
Kacang tanah 
Bijan

Buah ni semua clearance stok tapi letak lagi banyak buah lagi sedap...

Sos:-

1 sdt belacan
1 sdb lada kering (kisar)
2 sdb otak udang @ petis
1 cawan kicap manis
1 sdt gula pasir
1 sdt asam jawa (ambil airnya)
1/4 ketul gula merah

Masukkan semua bahan ni dan masak hingga pekat. Memang semerbak rumah bau dia masa masak tu. Kemudian sangai dan sejukkan bijan..



Hidangkan bersama bijan dan kacang tanah yang dikisar... 

Tauhu Goreng Kicap Pedas



3 keping tauhu
Minyak untuk menggoreng

Kicap Manis secukupnya
4 biji cili api (ikut tahap kepedasan masing2)
2 ulas bawang putih
1/2 sdt gula pasir

Potong tauhu kepada 4 bahagian biar jadi bentuk segitiga ye..Kemudian goreng hingga kekuningan..

Kemudian untuk pencicah tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat dan masukkan gula pasir dan kicap manis..Kalau suka boleh tambahkan sedikit kicap masin..

Disajikan sebagai lauk sampingan harian anda..Selamat mencuba.......

Monday, October 15, 2012

Kerabu Kacang Botor @ Ceper



20 batang kacang botor(Sarawak panggil kacang ceper)
1 tangkai cili merah*
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 cawan kelapa parut (disangai)
1 sdb udang kering*
1 sdb ikan bilis*
2 biji limau kasturi
Sedikit gula
Secubit garam 

Permulaannya tumbuk bahan * dan sangai bersama kelapa parut dalam erti kata goreng tanpa minyak hingga kelapa tadi benar-benar kering..Tutupkan api

Kemudian masukkan kacang botol yang dihiris nipis dan perahan jus limau..Perasakan dengan garam dan gula...




Sedia dihidang sebagai pembuka selera..

Cucur Roti




2 senduk nasi tepung gandum
1 sdb lada kering kisar
1 sdb mentega
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 genggam ikan bilis
1 1/2 cawan air
4 keping roti 
Daun kucai 
1sdt garam
Minyak untuk menggoreng

Roti tadi koyakkan dan masukkan air..Kemudian bancuh tepung dengan semua bahan hingga sebati..Kalau suka letakkan daun kucai yang dah dihiris untuk menambahkan lagi aroma..

Sedia untuk digoreng dan sesuai dijadikan minum pagi atau petang........

Garing dan rangup

Friday, October 12, 2012

Kerabu Mangga

2 biji mangga muda
1 sdb udang kering*
1 tangkai cili merah*
1 biji bawang besar (potong dadu)
2 sdb kacang tanah (dikisar)
Sedikit gula
Sedikit garam
1 biji limau nipis
3 ekor ikan masin (goreng garing)

Tumbuk bahan * dan campurkan ke dalam mangga yang dihiris memanjang...Perasakan dengan garam, gula dan air limau...

Kemudian hancurkan ikan masin yang garing tu dan campurkan kacang kisar...Memang membuka selera.......


Selamat mencuba

Hari yang Indah

Seorang yang bijaksana akan berkata pada dirinya "Aku tidak pernah menyesali sesuatu yang belum pernah aku katakan  tetapi yang aku sesali hanyalah apa yang telah dan kerapkali aku ucapkan...Maka kendalikanlah fikiran kita sebaiknya nescaya anda akan memperoleh kebahagiaan..Maka bergembiralah wahai penduduk bumi dengan hidup ini kerana hidup ini indah dan jadikanlah ia sebagai hamparan untuk setiap kebaikan...

Airmata taubat ialah air yang suci dan sesungguhnya Allah mencintai hambanya yang suka bertaubat dan menyucikan diri..Rahmat Allah itu sangat dekat dengan orang yang berbuat baik..


Thursday, October 11, 2012

Kuih Kaswi

Assalamualaikum...Ha minggu ni rajin sikit..Jom layan kuih kaswi resepi ni dah ramai orang try dr chef hanieliza tapi CAP ambil dari kak SOfea...Tapi tak berapa nak hitam la si hitam manis ni...


5 cawan air 
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan 

Masak bahan ni api sederhana untuk dijadikan air gula dan biarkan sejuk..

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi kayu
1 sdt kapur (tak letak pun)
Secubit garam

Kelapa parut dan garam

Panaskan kukusan dan ratakan dengan sedikit minyak ke dalam loyang serta lapikkan dengan plastik supaya tak melekat.

Masukkan bahan gaul sebati dengan air gula tadi dan tapiskan..Kemudian tuang ke dalam loyang..

Kukus selama 30 minit dan potong dengan pisau plastik apabila kuih telah sejuk...


Ni minum petang ........


Wednesday, October 10, 2012

Apam Nasi

 Menu petang hari ni ambil kat kak Yatie...tq ye...

1 cawan nasi
1 1/4 cawan air
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung beras
1 sdt yis kering
1 peket Eno
secubit garam
Pewarna hijau dan kuning (ikut suka)
Perisa oren dan pandan (CAP tambah)

Masukkan semua bahan dalam mangkuk kecuali nasi dan air. Kisar nasi dan air hingga halus..

Campurkan ke dalam bahan tadi dan adun sebati. CAP blend je biar halus mulus gitu. Perap selama 4 jam dan kukus selama 10-15 minit..

Sapukan minyak dalam acuan sebelum dikukus..Enak dihidang bersama kelapa parut

Hidangan minum petang


 Selamat mencuba si gebusss ini.....


Enak dihidang dengan kelapa parut

Kerabu Pegaga

Ha ni entry semalam kerabu pegaga makan dengan sate rangka tu...Mari kita operasi di dapur...

1 ikat daun pegaga
1 biji bawang besar 
1 biji cili merah
5 biji cili api
2 sdb kerisik
1 sdb udang kering
secubit garam
sedikit gula
2 biji limau kasturi

Mula sekali tumbuk semua bahan...Lepas tu boleh masukkan semua bahan tadi dan daun pegaga dihiris halus.. 

Perahkan air limau dan Sedia dihidang...........Memang layan la... 

Mamamia...

Tuesday, October 9, 2012

Sate Rangka Ayam

Ni random request daripada suami... Dulu penah buat dah resepi ni mak ajar tapi wat pakai ayam..Tapi kali ni wat guna rangka plak..

2 ketul rangka ayam
1 sdb jintan manis
1 sdb jintan putih
2 biji bawang besar
2 inci halia
7 ulas bawang putih
4 batang serai (2 btg kisar+2btg ketuk)
4 biji buah keras
Garam
1/2 ketul gula melaka
1 sdb  gula pasir
1 sdb serbuk kunyit
Air secukupnya 
1 inci lengkuas 


Semua bahan dikisar dan digaul pada ayam. Perap selama 4 jam.. Kemudian tumis dan biarkan kering...



Kes teringin nak makan sate tulang Seremban

Makan nasi putih panas sedap kali ni CAP lawankan dengan kerabu pegaga...Selamat mencuba...



Monday, October 8, 2012

Laksa

Laksa ni entry semalam ye...Jom semak.

2kg ikan sardin
1 inci halia (kisar)
1 biji bawang besar (kisar)
1 inci lengkuas (diketuk)
6 biji cili api (kisar)
3 tangkai daun kesum (kisar)
5 keping asam gelugur 
1 sdb asam jawa
1 biji nanas(1/4 masuk dalam kuah)
daun kesum dan bunga kantan (hiris halus)
sedikit belacan
Air rebusan ikan
1 batang serai (ketuk)
Garam
3 kg laksa basah 
1 sdb otak udang

Hiasan:
Timun
Nenas
Cili merah 
Telur
Limau kasturi

Mula sekali rebus ikan dan asingkan tulangnya kemudian kisar halus..Kemudian kisar juga bahan tumisan dengan air rebusan tu je..Lepas tu tumis hingga naik bau bawang tadi..

Kemudian masukkan air rebusan tadi dan renih hingga mendidih dan pekat..Masukkan daun kesum, nenas dan bunga kantan yang dah koyak2 tu biar wangi..

Tambahkan asam keping dan air asam jawa perasakan dengan garam..

Kemudian celurkan laksa basah tadi dan toskan..Bolehlah hiris semua bahan hiasan dan sedia untuk dihidang...

Laksa

Saturday, October 6, 2012

Pasta Tasik Ala Bolognese

Nak makan spagetthi tapi kat rumah ada vermicelli dengan fettucine ...So kita layan je la kasi campur...Resepi sukahati....

250g Vermicelli + 50g Fettucine (nak habis kan stok ni...)
1 biji bawang besar (hiris dadu)
5 ulas bawang putih (hiris dadu)
2 biji tomato segar (hiris dadu)
1 keping isi ayam (cincang)
100 g daging (cincang, nak lebih pun boleh)
2 sdb minyak zaitun
2sdb tomato puri
1 sdb oregano
Lada hitam secukupnya
Garam
2 cawan air
2 sdb lada kering kisar

Mula kita tumis semua bahan hirisan dengan minyak zaitun hingga naik bau...Kemudian masukkan isi ayam, tomato dan daging kisar.. Masukkan air dan biarkan masak dan empuk bahan kita tu...Takpe tomato segar hancur tu yang sedap...

Tambahkan oregano dan lada hitam perasakan dengan garam dan biarkan hingga pekat...Kalau masam sangat letak sedikit gula pasir...

Rebus pasta dengan air mendidih dan tambahkan secubit garam dan 1 sdb minyak zaitun...
Tambah fish ball yang dah celur
Dah siap boleh hidang dengan keju atas nya...Tapi kat rumah takde stok jadi tak letak...

Yummy