Pages

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 30, 2013

Kek Pisang Emas


Resepi ni CAP copy kat blog En Mat Gebu dan mamafami tak lupa tq juga kepada pemilik asal resepi ni sedap sangat plus gebu kek nye..First time CAP buat kek pisang sendiri ni selalu beli je..

Mula tu macam neves jugak tau sebab adunan dia pekat semacam je tawakkal jela.But at the end kek naik cantik je cuma terpakai loyang besar sikit jadi tak tinggi la sebab takda loyang loaf..Lain kali pakai tin loaf cantik macam kenkawan lain buat..Dalam kata lain nak buat lagi le tu sebab senang je masuk dalam blender heheehe..

200 gram tepung gandum*
1 sdt soda bicarbonate*
1 sdt baking powder*(*satukan dan ayak)
150 gram pisang (CAP guna pisang emas)
170 gram gula perang (CAP ganti 140g gula kastor + 1sdb gula apung)
Secubit garam
3 biji telur gred A
120ml minyak sayur
1 sdb ovallate
Beberapa titik esen pisang (CAP ganti esen vanilla)
Chocolate rice sebagai hiasan (CAP ganti coklat cip)


Panaskan oven pada suhu 170C, sediakan loaf pan berukuran 7 inci x 3 inci (2 biji), sapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak (anda boleh juga guna tin bulat 8 inci atau tin 4 segi 8 inci). Ketepikan.

Lecek pisang, gula, garam dan ovallate hingga semua bergaul dan sebati. 

Masukkan telur, kacau hingga rata. Tambah tepung yang telah diayak, minyak jagung dan esen pisang (jika guna). Gaul hingga sebati. 

Kalau anda nak masukkan sedikit coklat rice juga boleh, tapi CAP cuma tabur atas kek saja.

Tuang dalam tin kek dan bakar 40 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2. 


Keluarkan kek dari tin, biar sejuk atas jaringan dan boleh hidangkan..Sekali imbas nampak cam kek buah pulak..Ah sudah,...

Selamat mencuba (",)))))))))0





9 comments:

  1. Puas hati bila dapat buat kek sendirikan CAP....
    OKje tak pernah try lagi!

    ReplyDelete
  2. Bila dah menjadi bila ada kenduri bolehlah buat lagi banyak-banyak
    Memang nampak gebu betul:)

    ReplyDelete
  3. Sdapnya kek pisang....harum semerbak baunya...nak sepotong....hehe...

    ReplyDelete
  4. alahhhhhh sedap nyeeee
    huhuhu akak paling suke kek pisang ..
    tapi tulah selalu kalau nak buat takut x menjadi huhuh

    ReplyDelete
  5. aduh la, baru ariatu akak nampak kt blog k madiha, tingin akak bt kek tp mls yg amat... aduhla

    ReplyDelete
  6. hainam ok je>sgt puas hati kak..
    kak zakie> tu la tu len kali boleh gandakan sukatan bila nak gadering kan..
    kak syifa> harus dah selamat musim cuti gini ada plak coklat
    anum> em dapp
    iedamimi>senang je kak resepi ni zila main blender je ikut cp org sebelum ni
    dan> jom try..pas tu hantar cni ckit..hehehe

    ReplyDelete
  7. Mmg gebus gebas..akk suka time bkr..wangi jew serumahh..tp lma x buat..

    ReplyDelete