Pages

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 1, 2013

Pau Berinti Keledek



Assalamualaikum dan salam April untuk semua...Sekejap je kan masa berlalau dan anak-anak pun dah mulakan sesi persekolahan lagi..Kali ni CAP sangat puas hati dapat pau yang putih dan gebu..

Sebelum ni tak pernah buat guna tepung pau pakai tepung gandum je..Memang beza rasa dan tekstur..Terima kasih tak terhingga kepada pemilik asal dan pemilik yang telah mencuba jaya resepi ini...Lain kali CAP nak guna resepi ni ..CAP copy kat blog kak rohah ni..Tq kak, sayang akak...



250 gm (2 1/2 cawan) tepung pau 

3 gm (1 sdt)  yis kering

2 g (1/2 sdt) baking powder

50gm (4 sdb) gula kaster (CAP kurangkan)

20g (1 sdb) lemak sayuran (CAP ganti marjerin)

2 g (1 sdt) bread softener (CAP tak letak)

1/2 cawan air suam
1 sdt cuka

Secubit garam

Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener di dalam mangkuk adunan. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.  

Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin.Jika menggunakan bread maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula kaster, bread softener dan lemak sayuran, kemudian pilih menu dough dan tekan start.
 
Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam. Jika menggunakan bread maker, biarkan doh di dalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam).
 
Bahagikan doh kepada 10 bahagian. Masukkan inti dan tutup kemas. Letakkan setiap pau di atas kertas empat segi (2"x2") dan susun di dalam pengukus. Untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa sahaja, mengikut kesukaan.  

Rehatkan pau selama 45 minit di dalamkukusan. Untuk mengukus, didihkan air di dalam periuk pengukus.Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi dan kukus pau selama 10 minit.
 
Tips:Air mestilah betul2 panas/ mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yang lembut dan gebu.

























Tengok tu leh kupas kulit dia tau..Selamat mencuba. 

3 comments:

  1. aaaaaa... banyak2 kuih cuma pau je kak takot nak wat... sbb takot tak naik... hehehehe

    ReplyDelete
  2. Ermmm gebu nyer nampak pau Zila nie musti sedap kan mintak satu leh :)

    ReplyDelete
  3. zakiah> aummm..
    kak nani> xpe cuba lagi kak..zila pun dh byk kali ni baru puas hati
    kak delima> heeee bis dah kak...t nak wat lagi zila hntar dapur akak ye..

    ReplyDelete