Dah berapa hari teringin sangat nak makan kek coklat moist moist gitu...asyik tertunda je..Akhirnya ku gagahkan diri buat jugak harini...Walaupun first time buat ni..Hope menjadi...Resepi nak ambil kat blog jintanmanis tapi ila tukarkan air suam kepada susu cair gitu...Jom kita semak..
Resepinya
Bahan (A)
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
3/4 cawan serbuk koko
esen coklat
Bahan (B)
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sdt baking powder
1/2 sdt bikarbonat soda
esen vanila
Telur 3 biji
Cara Masakan
Masak bahan (A) hingga larut sepenuhnya dan pukul telur hingga kembang. Kemudian kacau rata (A) dan (B) dan masukkan telur yang telah dipukul...
Alas loyang dengan kertas dan griskan dengan minyak. Kemudian panaskan pengukus dan kukus selama sejam. Sorry la gambar ni memula letak loyang empat segi rupanya tak muat masuk dalam kukus..Jadi tukar loyang dulu lah...
Loyang square -tak muat masuk dalam pengukus |
Hah tengok tu menjadi gitu kek yahooooo....
Tukar dulang bulat |
Dah sejuk boleh buat topping cenggini tau
1 cawan susu pekat
3/4 cawan serbuk koko
1 sdb mentega
Kek disirami dengan coklat cair |
No comments:
Post a Comment