Pages

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 5, 2013

Rejab Akan Pergi Syaaban Datang Lagi Ramdhan Sedang Menanti

Assalamualaikum dan Salam Rejab semuanya..Esok tanggal 27 rejab terjadinya peristiwa ISRA' mIKRAJ..

Beberapa peristiwa penting telah berlaku dalam bulan Rejab, antaranya:
  1. Peristiwa Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  2. Malaikat Jibril melakukan pembedahan ke atas dada Rasulullah SAW.
  3. Diperlihatkan keadaan syurga dan neraka melalui Rasulullah SAW.
  4. Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Rasul-Rasul terdahulu.
  5. Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj)

Peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Nabi Muhammad SAW. adalah perkara besar yang berlaku dalam bulan ini. Baginda telah di“Israk”kan (dibawa berjalan) dengan menggunakan `Buraq’, dari Masjidil Haram di Kota Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin serta di“Mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah SWT. Di mana dengan izin-Nya, Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah SAW.

Semuanya berlaku dalam satu malam sahaja. Perjalanan ini disebutkan Allah di dalam Al-Quran menerusi firman-Nya: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesunguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”    (Surah Al Israa’: 1)

Iktibar Daripada Kisah Israk Dan Mikraj

Ketika Rasulullah SAW diisrakkan pada malam itu, baginda terlebih dulu mengalami pembedahan dada, dilakukan Malaikat Jibril dengan mengeluarkan segala kotoran dan diisi dengan iman dan hikmah, kemudian dibersihkan hati baginda dengan air zamzam dan dicantumkan semula.
 
Rasulullah SAW dibawa ke Baitulmaqdis dan di Masjidil Aqsa, Rasulullah SAW mengerjakan solat sebelum Jibril menghidangkan dua jenis minuman kepada baginda. Lantas baginda memilih susu.
Jibril berkata: “Benar, engkau telah memilih air susu adalah lambang kesucian dan seandainya engkau mengambil minuman keras nescaya akan tersesatlah engkau dan umat engkau.”

Beberapa tanda kebesaran diperlihatkan kepada Rasulullah SAW ketika Israk, antaranya ialah baginda melihat orang yang sedang memotong padi dan selepas tiap potongan, pokok padi itu tumbuh lagi dan demikian seterusnya tanpa henti.
 
Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril: “Siapakah gerangan itu?” Jibril menjawab: “Itulah contohnya umatmu yang suka bersedekah, maka harta yang disedekahkah itu tidak hilang bahkan kian bertambah di sisi Tuhan yang diterima oleh umatmu yang rajin beramal di kemudian hari dengan berlipat ganda.”
Rasulullah SAW turut melihat orang yang memukul kepala dengan besi. Selepas pecah kepala, ia bercantum semula. Kemudian, dipukul lagi dan pecah semula, begitulah seterusnya berulang kali.
Selepas Rasulullah SAW bertanya, Jibril pun menjawab: “Inilah orang yang malas dan enggan mengerjakan sembahyang, kepalanya tidak mahu sujud kepada Allah maka di kemudian hari, dia akan merasakan sendiri kemalasannya itu.”

Ketika Mikraj pula, Rasulullah SAW menempuh perjalanan melalui tujuh lapisan langit, malah ke tempat lebih tinggi dari langit ketujuh itu. Di tempat mulia itulah, Allah menyampaikan perintah mulia untuk baginda dan umatnya, iaitu mengerjakan solat.
 
Pada mulanya, perintah solat wajib itu menghendaki ia dilaksanakan 50 kali sehari semalam tetapi selepas soal jawab bersama Nabi Musa as, akhirnya mendapat keringanan Allah SWT untuk mengerjakan lima waktu solat saja.
Selepas perintah solat itu, Rasulullah SAW kembali ke dunia dan tiba di Makkah ketika Subuh. Begitulah perjalanan dari Makkah ke Palestin, kemudian naik ke langit dan lebih tinggi dari itu sebelum menerima perintah solat.

 Credit to ---- >http://azizijaafar.blogspot.com & http://aimisabri.blogspot.com

14 comments:

  1. Cuba bayangakan kalau kita kena bersolat 50 waktu sehari-semalam zila. Yg lima waktu ini pun ramai lagi yg culas apa lagi kalau 50 waktu.

    ReplyDelete
  2. Betapa tingginya martabat solat itu sehingga Allah memrintahkan solat itu kpd nabi Muhammad itu sendiri.... Moga kita bukan golongan org yg lekakan Zila...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak..Nabi MUhammad sentiasa fikirkan ummati, ummati..betapa sayangnya baginda pada kita..Jom selawat

      Delete
  3. Replies
    1. samala kita..mudah2an kita dipanjangkan umur bertemu lagi tahun ni..

      Delete
  4. Sik berasa masa belalu oww...posa ganti gik lom abis..hehheheh
    Byk cobaan posa time cuaca panas membahang tok...aduss..:-)

    ReplyDelete
  5. nice share dik, minggu nih dh mule nk berposa, biasakan diri utk ramadhan nnti

    ReplyDelete
  6. Kejap jew dh nk rmadan kn..pnts btl msa berlalu..x terasa

    ReplyDelete
  7. Tq sharing, semoga dpt sama2 beramal..amin

    ReplyDelete
  8. igtkan arini nak sambung terus rejab.. skali pancit sudaaaaa.... smlm dah pukul 6 plak tuh! adehhh sayang btol rasanya.... hehehehe

    ReplyDelete
  9. Salam israk mikraj zila...
    Hari ni br sempat jln2 dan singgah2 ke blog kwn2

    ReplyDelete