Pages

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 10, 2013

Biskut Coklat Chip Cinnamon


Assalamualaikum dan selamat bertugas semua.. Kejap je dah masuk Syaaban kan dan sessi persekolahan pun telah bermula.. Ni projek last week lepas hidung terbau kat Famous Amous masa jenjalan haritu..Bagi yang tak suka manis boleh gantikan dengan gula perang atau kurangkan lagi sikit gula castor..Tanpa membuang masa jom kita tengok resepi dia..Boleh buat utk raya juga ni nanti..

250g mentega
150g gula castor (3/4 cawan)
1 biji telur
250g tepung gandum (2 1/4 cawan) 
2 sdb tepung jagung
Secubit garam
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt serbuk kulit kayu manis (CAP sagat cinnamon yang buat masak je)
1 cawan coklat chip
1 sdt esen coklat

Pukul butter dan gula hingga kembang kemudian tambahkan esen coklat, garam dan serbuk kayu manis..

Masukkan telur diikuti dengan tepung gandum, soda bikarbonat dan tepung jagung yang telah diayak sedikit demi sedikit.

Kacau rata dan masukkan coklat chip gaul sebati..Adunan memang sedikit lembik tapi menghasilkan biskut yang rangup..

Griskan loyang dengan sedikit marjerin dan taburkan tepung..Letakkan anggaran 1 sdt adunan ke dalam loyang dan jarakkan setiap adunan sebab ianya mengembang dan meleper dengan sendiri..

Bakar selama 30 minit atau hingga masak dengan suhu 190'c mengikut oven masing-masing dan sejukkan di atas redai..

Simpan dalam bekas kedap udara..Dah siap boleh buat minum petang..

Selamat mencuba (",))))))))))))0

19 comments:

  1. Moning zila..mmg fames biskut ne..akk klu wt biskut tggu raya jew..klu ari biada mmg malas..meh antar umh akk sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. morning kakak..meh la dtg ada lagi tu..

      Delete
  2. Rasa terbau-bau aromanya yang harum baru kuar dari oven... sedapkan biskut ni Zila, lagilah tambah sedap kalau makan bukan time raya he hehehh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang semerbak kak amie..sedap toksah kata la hantar umah mak habis dah..mkn lum raya lagi best kan..dah raya jemu

      Delete
  3. Bahang raya dah mula terasa bila nmpak sekut

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la kak baru nak start enjin..tapi masih ganti puasa lagi ni..kikiki

      Delete
  4. Boleh buat utk raya juga ni Zila.
    Kalau rajin boleh ambil tempahan. Kakak tengok pun dah nampak sedap:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak selalu zila amik jugak tempahan family dgn kenkawan..tapi tahun ni cam x sempat je.

      Delete
  5. cube antar sebalang utk akak bt buke pose dik, rajin nyer kamu... kalu akak mmg takde lah, time pose nnti pun tak pasti rajin ke idak...

    ReplyDelete
  6. dah lama nak buat biskut macam ni..asyik tak jadi saja..
    nampak sedapnya...

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum..
    rajinnya dia membaking ye.. :) sedapnya... boleh wat raya nanti..

    ReplyDelete
  8. Salam zila...rajin nya...ada lagik ka...mau sebalang boleh..hehhee...

    ReplyDelete
  9. dah nak rayapun yerk.. boleh buat jualanni Nampak sedapjer...

    ReplyDelete
  10. Bisnes le nampaknya kita raya ni hehe

    ReplyDelete
  11. Assalam zila,
    wah tengok cookies ni..confirm macam famous amos tu..
    anak2 akak suka sanagt cookies dia orang tu..tapi tiap kali nak beli ada berkira2..sebab mahal..dan sikit aje 100g sampai 4-5 dollar..
    buat sendiri memang berbaloi dan muai..:)

    ReplyDelete
  12. Biskut sedap... Lepas ni dah tak ada la orang nak masak hantar kat rumah... Sedihnya...

    ReplyDelete