Pages

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 17, 2013

Kek Coklat Moist Tanpa Telur


Assalamualaikum dan salam Isnin..Masih ada yang gigih mengganti puasa tak, sama la kita (",)...Kek ni CAP buat last week sementara nak tunggu berbuka puasa plus sempat lagi tengok cerita Ady Putra Teduhan Kasih masa baking maklumlah cik abang takde outstation..Geram je tengok watak Anis Nabilah dalam cerita tu menjadi jahat dia..

Taknak buang masa resepi ni copy dari blog jintanmanis sedap tau kek ni lembut je walaupun dibakar, tq ye..Pemilik asalnya kak Dayang moga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik..Maaf jika ada yang CAP tukar dalam resepi ni ye sebab taknak buat topping dia..Enak dimakan begitu saja..Semak kat bawah ye resepinya..

1 cawan tepung gandum
1 sdt baking powder
1/2 sdt soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sdb susu tepung (CAP tak letak)
1 1/4 cawan air sejuk (CAP ganti 150ml susu cair + 100ml air dr peti ais)
1 cawan gula perang (CAP ganti 3/4 cawan gula kastor )
1 sdt esen vanilla
1/2 sdt coffee emulco atau chocolate emulco (CAP ganti esen coklat)
Secubit garam
1/2 cawan minyak masak
1 sdt cuka atau jus lemon 
Sedikit coklat chip (untuk ditabur)

Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan muffin cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata. 

Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul. 

Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati. 

Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.

Memang gebu , lembut dan moist je adunan kek ni..Sampai tak sempat nk snap picca dah potong..Nanti nak buat lagilah..Yummyy... 

12 comments:

  1. menarik..lum pernah buat kek coklat lg ni..

    ReplyDelete
  2. Zila macam kakak lebih suka kek yg tak ada topping dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak zila xbrapa suka makan yg ada topping..lekas muak kan

      Delete
  3. Macam sedap je kek tu...
    dah lama tak buat kek...huhu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap..t dah baking hantar cni ckit k.. (",)

      Delete
  4. tengoklah hasilnya...memang terbaik..
    sedapnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang berbaloi kak..sedap dah pasti plus gebus gebas..

      Delete
  5. Assalam zila, wah tengok aje akak dah tahu kek ni pasti sedap, moist dan sedapp..akak pun dah pernah cuba memang sedap kan..letak ganache lagggiiii sedap..hehe

    ReplyDelete
  6. Assalam zila..ESMCC ni sangat femes seantero maya, tapi kak lina tak terbuat lagi..macam2 rcp kek cekelet ni..

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap kek coklat tu.
    CAP boleh tak buang word verification jenuh meneka teka teki huruf sebelum komen...

    ReplyDelete
  8. wah sedap ni zila akak pun lama dah tak buat sbb sibuk hee nnt lah pasti nak buat lagi sbb dah terliur tengok yg zila punya ni

    ReplyDelete