Pages

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 30, 2012

Hak Jiran

Dewasa ini kita menyaksikan pincangnya institusi kejiranan tidak kira di bandar mahupun desa...Hormatilah hak jiran anda lebih lagi di bukan Syawal yang mulia ini...Kembali kita kepada fitrah seorang muslim  yang baik dan mengikut sunnah Rasulullah SAW....

Dalam Hadith Anas; 'Sesiapa yang menyakiti jirannya sesungguhnya dia menyakiti aku, Dan sesiapa yang menyakiti aku sesungguhnya dia menyakiti Allah...Dan sesiapa yang memerangi jirannya sesungguhnya dia memerangi aku, Dan sesiapa yang menyakiti aku sesungguhnya dia menyakiti Allah'.....Moga kita dijauhkan............

Abu Hurairah juga meriwayatkan; 'Demi Allah tidak beriman seseorang itu selagimana jirannya belum terlepas daripada kejahatannya'.....

Dengan kesempatan yang ada dan sisa umur yang berbaki ini marilah kita sama menghormati hak jiran disekeliling kita....Janganlah kita sakiti mereka dengan mengambil hak mereka kerana seperti kata bidalan jika kita mahu dihormati belajarlah menghormati orang lain dengan itu kehormatan akan datang dengan sendiri...Jauhkan sikap mazmumah dalam hidup berjiran kerana itulah ciri orang mukmin.......

Seperti dalam Surah An Nisa ayat 36; 'Dan sembahlah Allah dan jangan kamu mensyirikkanNYA dengan sesuatu pun, Dan berbuatlah baikkepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang kerabat dan jiran tetangga yang bukan kerabat'..

Monday, August 27, 2012

Trip to Kuala Selangor

Rasanya tak terlewat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua........ Dalam pada kita semua bergembira jangan lupa yang berduka ye...Sama-sama kita berkongsi hari lebaran ini...

Mentarang
On the way tu kami singgah menyinggah la di tepi jalan kuala selangor...Macam-macam ada...Sapa nak kenal ni la siput mentarang katanya...CAP rebus je dengan serai dan halia siput ni..Tapi bagi yang nak beli tu sebelumnya kena la rajin kan diri buang talipusat mentarang ni yang kandung pasir dalam tu...Tak payah letak garam dah masin........

Siput Halia
Oh ada lagi satu siput jumpa tapi CAP tak berani beli...Rupa macam siput babi  heeheee..........Sapa nak cuba boleh lah cari ye...Nanti bagitahu rasa dia....Dan kami pun teruskan perjalan ke kampung nelayan......Segar sungguh ikan mereka dan CAP sangat teruja tengok rumah mereka...

Bot Di Penambang


On the way balik beli buah-buahan kat tepi jalan yang sangat menggoda susun atur........Sedap....... 

Belilah buah-buahan tempatan

Monday, August 13, 2012

Popia Simpul

Dek kerana tengok popia simpul ni wow mahal sungguh orang jual...Jadi suami tanya senang tak buatnya...Jadi CAP tunaikan la...

Kulit popia (cap KG yang plastik kaler kuning saiz dia)
Serunding daging Kelantan(beli je RM10)
Minyak untuk menggoreng

Mula sekali kulit popia tu potong 4 bahagian kemudian dah dapat 4 tu setiap satu kerat jadi 2...Lupa nak snap gambar...jadi kita ada 8 bahagian yg kecil..

Buka sekeping dan masuk dalam kain yang di basahkan kalau tak kering nanti koyak bila simpul...

Haaaa kan jadi tu

Bulatkan sikit je serunding tadi bukan apa kalau banyak susah nak simpul dan gulung kemudian simpulkan....

Nak pesan ni Letak serunding tu biar tak center jadi kulit popia tu hujung dia sebelah panjang sebelah pendek jadi senang nak simpul ok...Takpayah tarik ketat simpul tu nanti dia goreng ok je...Janji dah simpul je..Buat sampai habis dan pastu boleh goreng...

Kalau suka boleh letak daun kari dalam minyak masa goreng ye......

Sekali Makan Takleh stop

Thursday, August 9, 2012

Ayam Percik


Juadah semalam untuk sang suami yang baru balik kerja luar...Tapi tak la luar sangat sebab lik umah mak mertuaku juga di Sarawak nun...Jom semak

1/2 ekor ayam 
1/2 tin susu cair
2sdt jintan (2beradik jintan yg dikisar)*
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 biji buah keras*
3 batang serai (2 batang kisar + 1 batang ketuk)
1 keping asam gelugur
1 sdt serbuk kunyit
10 tangkai lada kering (ikut suka nak banyak mana)*
1 sdb gula merah
1 sdb madu
1sdt gula pasir
Garam

Mula sekali kisar semua bahan * dan perap selama sejam dalam ayam kita tu..Kemudian asingkan ayam dan tumis bahan tadi serta masukkan semua jenis gula dan asam...Biarkan ayam 3/4 masak perasakan dengan garam dan keluarkan ayam tadi ye..

Bungkus dengan aluminium foil dan bakar selama 50 minit dengan suhu 180'c..10 minit yang terakhir tu buka foil nak bagi dia kering semua air dalam tu dan nak dapat tekstur mcm hitam hangus2 tu...

Siap dibakar

Sementara ayam tu dibakar, masak semula kuah tadi dan masukkan susu cair dan biarkan hingga benar-benar pekat ye..

Bila dah siap kuah tu ayam pun dah masak boleh la tuang cenggini ha.......Sedap.........

Wah gitu.......
Selamat mencuba...

Wednesday, August 8, 2012

Biskut Arab

Entry hari ini masih lagi untuk tempahan...Biskut Arab Ya Habibi...Jom semak.....

Resepinya:-

500g tepung gandum
250g minyak sapi
250g gula 
Garam

Pukul minyak sapi dan mentega dan masukkan semua bahan gaul hingga sebati.

Kemudian boleh la bulatkan sebesar 5sen dan bakar selam 15minit dengan suhu  160'c..Jangan buat besar tau biskut ni mengembang la sangat...

Crystal gitu..
 Dah sejuk golekkan pada gula kastor.......Senang kan...Tamtara dah siap....

Kalau suka boleh letak kacang dalam tu...
















Monday, August 6, 2012

Coklat Cip Pak Ya

Al kisah biskut ni macam dah jadi resepi temurun sejak CAP masa study lagi dah wat...Ni nak share ok entry harini untuk jualan...

Resepinya:-

375 g butter
3 cawan gula
6 sdb tepung jagung
1 bj telur
6 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan cip coklat
1 cawan badam cincang
Esen coklat
1sdt garam

Pukul butter dan gula hingga kembang kemudian masukkan semua bahan dan gaul sebati...Kemudian sudukan sedikit ke dalam loyang dan gores dengan sudu di bahagian atasnya..

Bakar dengan suhu 160'c selama 20 minit..Tunggu sejuk sedikit dan boleh diletakkan atas redai...Bukan apa masa panas tu biskut ni mudah pecah tau..

Coklat Cip

Selamat mencuba ye.. Sedap tau resipi ni...Macam jual kat kedai.......

Friday, August 3, 2012

Tepung Pelita Ramadhan

Assalamualaikum semua dah lemau rasanya seminggu tak update...Tak terkejar dengan tempahan cookies rakan sang suami...Masak buka pun tak sempat mik gambar......Penuh jadual sampai minggu depan nak memenuhinya...Ni curi masa jap dapat la meng'update' mik resepi ni kak Yatie ye..tq sangat kak..De Bomb..JOm semak.

Resepinya:-

Lapisan Hijau (Bawah)
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
5 cawan air
Pewarna hijau
2 helai daun pandan (disimpul)
1/2 biji sengkuang (potong dadu)

Lapisan Putih (Atas)
4 1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung jagung
1/2 sdt garam

Satukan bahan bawah dan masak selama 15minit hingga pekat dan kacau sentiasa..Api sederhana dan keluarkan daun pandan serta masukkan sengkuang dan matikan api.

Lapisan Hijau

Tuang adunan hingga paras setengah dan biarkan sejuk seketika..Oleh kerana tak pandai nak buat takungnya CAP pakai bekas ni je..Nak pinjam rumah mak acuan takung kaler2 hijau tu rasa taknak keluar je...

Kemudian masukkan adunan bahan atas dan masak hingga pekat selama 15 minit dan kacau sentiasa...Matikan api dan tuang adunan ke atas adunan hijau tadi tu..Tapi pastikan yang hijau dah keras sikit..Dapatla dalam 20 bekas ni...

Sesuai dijadikan pencuci mulut

Sejukkan dalam peti sejuk dan boleh dijadikan hidangan berbuka nanti......Selamat mencuba...