Pages

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 3, 2012

Tepung Pelita Ramadhan

Assalamualaikum semua dah lemau rasanya seminggu tak update...Tak terkejar dengan tempahan cookies rakan sang suami...Masak buka pun tak sempat mik gambar......Penuh jadual sampai minggu depan nak memenuhinya...Ni curi masa jap dapat la meng'update' mik resepi ni kak Yatie ye..tq sangat kak..De Bomb..JOm semak.

Resepinya:-

Lapisan Hijau (Bawah)
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
5 cawan air
Pewarna hijau
2 helai daun pandan (disimpul)
1/2 biji sengkuang (potong dadu)

Lapisan Putih (Atas)
4 1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung jagung
1/2 sdt garam

Satukan bahan bawah dan masak selama 15minit hingga pekat dan kacau sentiasa..Api sederhana dan keluarkan daun pandan serta masukkan sengkuang dan matikan api.

Lapisan Hijau

Tuang adunan hingga paras setengah dan biarkan sejuk seketika..Oleh kerana tak pandai nak buat takungnya CAP pakai bekas ni je..Nak pinjam rumah mak acuan takung kaler2 hijau tu rasa taknak keluar je...

Kemudian masukkan adunan bahan atas dan masak hingga pekat selama 15 minit dan kacau sentiasa...Matikan api dan tuang adunan ke atas adunan hijau tadi tu..Tapi pastikan yang hijau dah keras sikit..Dapatla dalam 20 bekas ni...

Sesuai dijadikan pencuci mulut

Sejukkan dalam peti sejuk dan boleh dijadikan hidangan berbuka nanti......Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment