Pages

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 30, 2012

Hak Jiran

Dewasa ini kita menyaksikan pincangnya institusi kejiranan tidak kira di bandar mahupun desa...Hormatilah hak jiran anda lebih lagi di bukan Syawal yang mulia ini...Kembali kita kepada fitrah seorang muslim  yang baik dan mengikut sunnah Rasulullah SAW....

Dalam Hadith Anas; 'Sesiapa yang menyakiti jirannya sesungguhnya dia menyakiti aku, Dan sesiapa yang menyakiti aku sesungguhnya dia menyakiti Allah...Dan sesiapa yang memerangi jirannya sesungguhnya dia memerangi aku, Dan sesiapa yang menyakiti aku sesungguhnya dia menyakiti Allah'.....Moga kita dijauhkan............

Abu Hurairah juga meriwayatkan; 'Demi Allah tidak beriman seseorang itu selagimana jirannya belum terlepas daripada kejahatannya'.....

Dengan kesempatan yang ada dan sisa umur yang berbaki ini marilah kita sama menghormati hak jiran disekeliling kita....Janganlah kita sakiti mereka dengan mengambil hak mereka kerana seperti kata bidalan jika kita mahu dihormati belajarlah menghormati orang lain dengan itu kehormatan akan datang dengan sendiri...Jauhkan sikap mazmumah dalam hidup berjiran kerana itulah ciri orang mukmin.......

Seperti dalam Surah An Nisa ayat 36; 'Dan sembahlah Allah dan jangan kamu mensyirikkanNYA dengan sesuatu pun, Dan berbuatlah baikkepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang kerabat dan jiran tetangga yang bukan kerabat'..

No comments:

Post a Comment