Pages

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 29, 2013

Alhamdulillah Warga Baru


Alhamdulillah 27 Mac 2013 dapat sorang sepupu lagi dari sebelah mak...Comel kan si baby ni dilahirkan dengan berat 3.80kg..

Diberi nama Qardiana Dayana adik kepada Qaleesya Dayana yang becok ni ye..




Tak sabar nak tunggu si kecik ni lik semenanjung cium pipi dia yang gebus gebas...

Thursday, March 28, 2013

Nasi Beriyani Rempah Faiza



Alhamdulillah dapat lagi bersiaran hari ini dengan nasi beriyani permintaan tersayang digandingkan dengan kari ayam..Jom semak je ye..

3 cawan beras basmathi (direndam setengah jam)
4 cawan air
1 cawan susu cair (ditambah 1biji air perahan limau nipis)
1 sdb garam
1 inci halia *
1 biji bawang besar *
1 inci lengkuas *
3 ulas bawang putih *
1 batang serai (diketuk)
Rempah 4 sekawan
2 helai daun pandan
2 sdb rempah beriyani (Cap Faiza)
Sedikit safron
Tumis rempah 4 sekawan, daun pandan dan serai..Kemudian masukkan bahan * yang telah dikisar halus hingga garing dan tumiskan rempah beriyani hingga naik minyak..

Tambahkan beras yang telah ditoskan airnya dan gaul sedikit agar rata.. Tambahkan air dan susu cair .. 

Biarkan nasi separuh masak dan masukkan sedikit pewarna atau air safron..Biarkan nasi hingga masak dan taburkan bawang goreng..

Bolehlah hidang dengan lauk kesukaan masing-masing ye...Selamat menjamu selera...


Wednesday, March 27, 2013

Ikan Kerisi Masak Taucu


Assalamualaikum dan salam siaran semua...Dah fikir nak masak apa harini ke belum ibu semua..Maklum la musim cuti sekolah kan..Sesiapa yang ada taucu tu boleh operasi ye..

4 ekor ikan kerisi (dikunyit garam dan goreng dulu)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
1 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah
1 inci halia (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sdt asam jawa (diambil airnya)
2 sdb taucu (dikisar halus) 
Sedikit kicap manis

Tumis semua bahan hingga naik bau dan masukkan taucu, kicap manis dan air asam jawa.. 

Biarkan mendidih tanpa perlu tambahkan garam sebab dah masin tau..

Masukkan ikan kerisi yang telah digoreng garing dan sedia dihidang..Selamat mencuba...

Tuesday, March 26, 2013

Sambal Tumis Telur Rebus

Assalamualaikum dan salam sayang daripada CAP di sini.. Semoga kalian sihat hendaknya dan pada yang dapat keputusan SPM cemerlang teruskan berusaha dan pada yang kurang usaha lagi ye..Tak nak celoteh panjang kita terus je ye masak sambal telur ni, jadi sapa yang dapat telur banyak masa kenduri bolehlah cuba..

5 biji telur ayam (direbus dulu)
1 senduk lada kering kisar
1 biji bawang besar (dikisar)
1 sdt asam jawa (diambil airnya)
Sedikit garam
Sedikit gula (jika suka)

Tumis bahan yang dikisar hingga garing dan masukkan air asam jawa..

Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan masukkan telur yang telah direbus..

Dah siapkan tam taraaaa.. Sangat senang dan sedap dimakan dengan nasi panas..

Tuesday, March 19, 2013

Agar-agar Santan Gula Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Ni entry tertunggak yang CAP dapat hidangkan hasil skodeng dapur kak yatie dan kak naz.
1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
1 liter air (4 cawan)
1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm)
1/4 cawan gula pasir
250 ml santan pekat (1 cawan) - (CAP guna santan kotak juga & boleh kurangkan kuantiti kalau nak dapatkan lapisan santan/atas yang nipis sedikit)
1 biji telur ayam (masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu)
Secubit garam
2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan

Masak gula melaka yg diracik halus, gula pasir bersama 1 cwn air. Masukkan daun pandan yg di simpul. Masak hingga didih dan sentiasa di kacau. Bila dah siap tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan.  (Guna air yg dari 4 cwn)

Dalam periuk bersih, masak 2 cawan air bersama dngn serbuk agar2. Masak hingga mendidih. 
 
Masukkan air gula melaka tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih.  Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.  
  
Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk dan adjust api dapur tu ye. 
Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.  
Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras dan sejukkan.
TIPS DAN NOTA NAZ: 
Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..Confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.

Wednesday, March 13, 2013

Salam Kerinduan





Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Diharap semua yang membaca berada dalam keadaan sihat hendaknya..Lama sungguh CAP tak bertemu di alam maya terasa balutan kerinduan kepada sekalian..

Masa itu tiada lain hanya kesulitan lalu kemudahan atau kesempitan itu datang mengiringi dan setelah tiba saatnya kelapangan datang sesudahnya..

Kita tidak akan mampu mengubah masa lalu dan juga tidak mampu mengetahui apa yang bakal terjadi pada masa mendatang..Untuk itu mengapa harus disesali masa lalu dan berasa cemas dengan masa mendatang..

Moga Allah permudahkan dan memberkati usaha CAP..Amin