Pages

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label puding. Show all posts
Showing posts with label puding. Show all posts

Friday, May 24, 2013

Puding Sagu Gula Melaka


Assalamualaikum, hari ni cuti kan bestnya...Musim panas begini rasa nak makan yang sejuk je kan..CAP tengok susu cair berbaki dengan barang lain semua ada termasuk cik sagu ni..Kes nak habiskan stok ni..Hasil skodeng dapur kak Lina Pg..Tq kak owsem makan gini tau selalu buat makan dengan kelapa parut walaupun CAP punya tak berapa nak lapis plak masa serve hehehe..

Sagu:

1 cawan biji sagu (warna putih)
1 liter air
1 helai daun pandan simpul
Pewarna kegemaran
 
Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam kemudian toskan..

Didihkan air bersama daun pandan.Masukkan biji sagu ke dalam air yg mendidih tadi..

Masak hingga sagu bertukar jernih dan tutup api dan biarkan seketika..

Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk membuang kanji.

Bahagikan sagu kepada beberapa bahagian. Titiskan warna kegemaran masing dan kacau menggunakan garfu..

Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan..

 

Untuk Manisan

1 ketul gula melaka/gula nipah/gula kabung (CAP guna gula apung)
1/2 cawan gula pasir (CAP kurangkan)
1/2 cawan air
1 helai daun pandan simpul
 
Satukan semua bahan, masak hingga gula larut dan pekat kemudian tapis.
Untuk menghidang keluarkan sagu dari acuan, curahkan susu cair dan juga air gula. 
Note: Puding ni sedap dimakan bila disejukkan beberapa jam.

Monday, April 29, 2013

Agar-agar Santan Pandan FOR ALL


Assalamualaikum dan salam Isnin permulaan minggu yang baru dan terakhir dalam bulan April ni. Aktiviti semalam ni masa sambut hari lahir adik lelaki yang sorang ni di rumah mak.. CAP buatkan agar agar ni diadaptasi dari agar santan gula merah dari dapur kak naz.. Maaf ye kak naz CAP dah tukar jadi colour hijau agar-agar santan pandan for all...Sesiapa yang nak tengok yang original CAP dah pernah post di sini ye..

1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
1 liter air (4 cawan)
1 ketul gula melaka (CAP tak letak)
1/4 cawan gula pasir (CAP ganti 1 cawan gula pasir)
250 ml santan pekat (1 cawan) - (CAP guna santan kotak juga & boleh kurangkan kuantiti kalau nak dapatkan lapisan santan/atas yang nipis sedikit)
1 biji telur ayam (masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu)
Secubit garam

2 helai daun pandan (dibasuh dan disimpulkan)
Sedikit pewarna hijau
 

Masak gula pasir bersama 1 cwn air. Masukkan daun pandan yg di simpul. Masak hingga didih dan sentiasa di kacau. Bila dah siap tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan.  (Guna air yg dari 4 cwn)

Dalam periuk bersih, masak 2 cawan air bersama dengan serbuk agar2. Masak hingga mendidih. 
 
Masukkan air gula tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih.  Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.  
  
Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk dan adjust api dapur tu ye. 
Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.  
Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras dan sejukkan.
TIPS DAN NOTA NAZ: 
Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..Confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.

Cantik tak agar agar pandan ni sekali imbas macam talam seri muka je kan..Tq sekali lagi kepada pemilik resepi ni ye...

Tuesday, March 19, 2013

Agar-agar Santan Gula Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Ni entry tertunggak yang CAP dapat hidangkan hasil skodeng dapur kak yatie dan kak naz.
1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
1 liter air (4 cawan)
1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm)
1/4 cawan gula pasir
250 ml santan pekat (1 cawan) - (CAP guna santan kotak juga & boleh kurangkan kuantiti kalau nak dapatkan lapisan santan/atas yang nipis sedikit)
1 biji telur ayam (masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu)
Secubit garam
2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan

Masak gula melaka yg diracik halus, gula pasir bersama 1 cwn air. Masukkan daun pandan yg di simpul. Masak hingga didih dan sentiasa di kacau. Bila dah siap tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan.  (Guna air yg dari 4 cwn)

Dalam periuk bersih, masak 2 cawan air bersama dngn serbuk agar2. Masak hingga mendidih. 
 
Masukkan air gula melaka tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih.  Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.  
  
Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk dan adjust api dapur tu ye. 
Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.  
Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras dan sejukkan.
TIPS DAN NOTA NAZ: 
Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..Confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.

Friday, December 21, 2012

Puding Kastard Jagung


Asalamualaikum dan salam Jumaat yang mulia.. Lama tak update rasanya macam biasa semoga semuanya berada dalam keadaan sihat hendaknya..Alhamdulillah semalam dapat la rezeki buat puding ni..Sedap dan mudah dapat dalam 15 ketui gitu mengikut acuan..Resepi ni CAP amik kat blog kak sue..

1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis (CAP guna jagung krim cap ayam)
3/4 cawan gula (lain kali CAP nak guna 1/2 cawan je)
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair
Secubit garam (CAP tambah)

Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air gaul hingga tidak berketul. Kacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati..

Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

Friday, November 23, 2012

Puding Sagu Pelangi



Assalamualaikum.Jenjalan dapur kak Lina PG cantik betul puding tu kemas je dan sama besar lapisnya..Kebetulan semua nak clearance stock je ni...Tapi CAP nyer x kacak cam sifu la maklum pertama kali seumur hidup melapis, boleh ('',).....Adeh2 tapi best rasa manis pun sedang je..

1 cawan biji sagu
1 liter air

20 gm serbuk agar-agar
 
1 1/2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan

1 tin susu cair
(CAP guna 200ml)
3 jenis pewarna kegemaran

Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih(Masukkan beberapa titis olive oil ke dlm air rebusan sagu).

Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir untuk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.  

Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.  

Masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Masukkan susu cair dan kemudian tutup api  
Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau (CAP guna garfu je) 

Cedok 200 ml larutan agar-agar lagi dan masukkan ke dalam 1 bekas sagu dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.  

Ulang beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sagu digunakan. Sejukkan di dalam peti ais...

Untuk setiap lapisan masukkan ke dalam freezer (1-2min) dengan suhu max supaya puding cepat membeku.


 

Thursday, November 22, 2012

Syukran

Assalamualaikum semua..Petang ni hujan mencurah turun..Alhamdulillah gencatan senjata telah diumumkan malam tadi..Syukur tak terhingga CAP mudah-mudahan saudara seIslam kita nun jauh di sana diberi keamanan dan kesejahteraan untuk hidup selepas ni..

Tidak terhitung nyawa yang terkorban betapa tabahnya mereka menghadapi ujian ini..Bersyukur kita tinggal di bumi Malaysia yang hidup aman damai dan penuh kerukunan..Bersamalah kita pelihara dan bersatu padu dibawah rahmat ALLAH..


Hari ni CAP entry pokok kari dah menjadi seronoknya yang lama dulu dah mati...Orang tanam kita nak tanam jugak kan..Yela dalam seminggu mesti ada lauk kari kat rumah ni..Abaikan je air tu ye time hujan ni nak bergambar jugak


Ha si serai pun mula menunjukkan dedaunnya..Pas ni kalau menjadi takyah beli dah kat pasar tu..Tapi stok dalam pasu je semua ni ye..

Petang ni kita layan dessert ni ye agar-agar stoberri..




Monday, October 1, 2012

Pengat Labu

Ni entry hari sabtu last week...Kena la kotakan janji kat suami...Daripada semalam dok request pengat labu...Ha labu ada setengah dalam peti sejuk tu...Jom kita operasi..

1/2 biji labu saiz sederhana 
1/2 cawan gula pasir
1/2 ketul gula melaka
1 kotak santan pekat (cap MS)
4 cawan air
1/2 cawan biji sagu
1 sdt garam
2 helai daun pandan yang disimpul

Mula sekali kita didihkan air, gula dan garam hingga larut...Kemudian basuh dan toskan biji sagu dan masakkan hingga biji sagu bertukar menjadi jernih...

Lepas tu masukkan santan kacau sentiasa ye dan masukkan labu yang dah dipotong kecil...Labu dah masak boleh tutup api tu...Emmm makan suam2 pun sedap tau..........

Hidang bersama teh atau kopi...

Saturday, July 28, 2012

Puding Roti Karamel

Semalam lepas je balik interview terus je buat puding ni...Suami nak makan sangat....Terima kasih kepada Mat Gebu ye...JOm kita semak.

Resepinya:-

4 sdb gula + 1 sdb air (gula hangus)
4 keping roti
3 biji telur
1 cawan air 
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 sdt esen vanilla
Garam

Panaskan periuk kukus dan blend roti, susu pekat, susu cair dan air serta garam. Pukul telur dengan garfu je jangan sampai berbiuh nanti tak cantik puding kita tak tulus gitu...

Masak gula hingga jadi karamel dan masuk 1 sdb air kemudian campurkan dengan bahan yang dah dikisar tadi.Sebatikan adunan dengan telur dan kukus selama 45 minit.

Biarkan sejuk dan sedia dihidang........

Enak dimakan bila sejuk.....

Monday, July 23, 2012

Agar agar Susu

Pencuci mulut untuk sajian berbuka hari ini agar-agar susu...Hehehe sebab tak nak pakai santan ok...Jom kita semak

Resepinya:-

20 g agar-agar
1 1/2 cawan gula pasir
900 ml air
1 tin susu cair 
Secubit garam
Ceri merah

Masakkan air, gula dan agar-agar hingga mendidih kemudian tuangkan susu cair...

Masak hingga larut agar-agar ye...Letakkan ceri merah di dalam tapi sesiapa kalau ada fruit koktel lg sedap. Dah sejuk simpan dalam peti ais bila petang boleh kita potong....

Sedia untuk disejukkan
Nak dapat gini rupanya kita terapkan dengan acuan biskut...Sejuk sejuk sedap.....
Agar-agar siap