Pages

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Monday, June 17, 2013

Kek Coklat Moist Tanpa Telur


Assalamualaikum dan salam Isnin..Masih ada yang gigih mengganti puasa tak, sama la kita (",)...Kek ni CAP buat last week sementara nak tunggu berbuka puasa plus sempat lagi tengok cerita Ady Putra Teduhan Kasih masa baking maklumlah cik abang takde outstation..Geram je tengok watak Anis Nabilah dalam cerita tu menjadi jahat dia..

Taknak buang masa resepi ni copy dari blog jintanmanis sedap tau kek ni lembut je walaupun dibakar, tq ye..Pemilik asalnya kak Dayang moga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik..Maaf jika ada yang CAP tukar dalam resepi ni ye sebab taknak buat topping dia..Enak dimakan begitu saja..Semak kat bawah ye resepinya..

1 cawan tepung gandum
1 sdt baking powder
1/2 sdt soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sdb susu tepung (CAP tak letak)
1 1/4 cawan air sejuk (CAP ganti 150ml susu cair + 100ml air dr peti ais)
1 cawan gula perang (CAP ganti 3/4 cawan gula kastor )
1 sdt esen vanilla
1/2 sdt coffee emulco atau chocolate emulco (CAP ganti esen coklat)
Secubit garam
1/2 cawan minyak masak
1 sdt cuka atau jus lemon 
Sedikit coklat chip (untuk ditabur)

Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan muffin cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata. 

Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul. 

Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati. 

Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.

Memang gebu , lembut dan moist je adunan kek ni..Sampai tak sempat nk snap picca dah potong..Nanti nak buat lagilah..Yummyy... 

Tuesday, June 11, 2013

Roti Jala Penyambut Syaaban


Assalamualaikum, mudah-mudahan semua yang membaca entri ini diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur untuk meniti perjalanan sepanjang menyambut ketibaan Ramadhan..Alhamdulillah semalam dapatlah kiranya berbuka dengan roti jala atau ada yang panggil roti kirai...Ada nama lain tak selain nama di atas, kalau ada sila angkat tangan siapa yang tahu..(",)

Roti jala ni CAP lawankan kuah kari ayam yang berbaki asyik lempeng je kan bosan jugak..Mudah dan ringkas buat roti jala ni cuma tang nak jala tu, kena tahap kelajuan cantik la dia..Jom tengok bahan dia..

1 cawan tepung gandum
1 cawan air 
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning
1 sdt minyak masak

Masukkan semua bahan dan kisar hingga halus dan adunan tidak berketul..

Panaskan non stick pan dan bolehlah menjala dengan api perlahan.. Setelah kering permukaan roti tersebut angkat dan lipat kemas..

CAP lipat yang bahagian licin sebelah dalam dan yang garing sedikit sebelah luar..

 

Sedap dihidang dengan kuah kari..Selamat menjala.. (",))))))))))0

Monday, June 10, 2013

Biskut Coklat Chip Cinnamon


Assalamualaikum dan selamat bertugas semua.. Kejap je dah masuk Syaaban kan dan sessi persekolahan pun telah bermula.. Ni projek last week lepas hidung terbau kat Famous Amous masa jenjalan haritu..Bagi yang tak suka manis boleh gantikan dengan gula perang atau kurangkan lagi sikit gula castor..Tanpa membuang masa jom kita tengok resepi dia..Boleh buat utk raya juga ni nanti..

250g mentega
150g gula castor (3/4 cawan)
1 biji telur
250g tepung gandum (2 1/4 cawan) 
2 sdb tepung jagung
Secubit garam
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt serbuk kulit kayu manis (CAP sagat cinnamon yang buat masak je)
1 cawan coklat chip
1 sdt esen coklat

Pukul butter dan gula hingga kembang kemudian tambahkan esen coklat, garam dan serbuk kayu manis..

Masukkan telur diikuti dengan tepung gandum, soda bikarbonat dan tepung jagung yang telah diayak sedikit demi sedikit.

Kacau rata dan masukkan coklat chip gaul sebati..Adunan memang sedikit lembik tapi menghasilkan biskut yang rangup..

Griskan loyang dengan sedikit marjerin dan taburkan tepung..Letakkan anggaran 1 sdt adunan ke dalam loyang dan jarakkan setiap adunan sebab ianya mengembang dan meleper dengan sendiri..

Bakar selama 30 minit atau hingga masak dengan suhu 190'c mengikut oven masing-masing dan sejukkan di atas redai..

Simpan dalam bekas kedap udara..Dah siap boleh buat minum petang..

Selamat mencuba (",))))))))))))0

Thursday, June 6, 2013

Sambal Ketuk Peneman Berbuka


Assalamualaikum dan Salam Isra' Mikraj..
Kebetulan semalam CAP jenjalan kat blog kak TEena ni terjumpa sambal ketuk ni jadi terliur pulak time puasa gini kan..Barang pun semua ada je dalam dapur bolehlah godek je..Tq ye, sungguh CAP belum pernah buat sambal gini yang ikan bilis dia tumbuk sekali..Selalu tu tumis lebur je ikan bilis gorengnya..Nak buat pun senang..Tahan lama kan, kotlah sapa yang nak bagi bekal kat anak balik asrama hujung minggu ni..Jom kita tengok resepinya..
Segenggam ikan bilis
Cili api secukupnya (anggaran 20 biji lebih kurang)
1 biji bawang besar
1 biji limau nipis



Ikan bilis digoreng garing dan ketepikan..Kemudian gorengkan cili api dan bawang sehingga layu..
 

Tumbuk ikan bilis, bawang dan cili api hingga lumat atau separa lumat..
Siap dihidang dengan nasi panas dan perahan air limau..

Friday, May 31, 2013

Paceri Terung Meletup


Assalamualaikum dan salam Jumaat Al Mubarak..Tq kepada kak hanieliza dan kak nor resepi yang sedap hingga menjilat jari..

Rasa dan aroma bau udang kering menyentap jiwa tambah pulak dengan kerisik..Huhhhh tak boleh cakap apa dah dengan nasi putih yang panas tu kan siap dengan ikan kerisi goreng..Tak toleh kiri kanan hehehe..

Lain kali boleh cuba buat paceri nenas lawan dengan nasi minyak pulak time gader2 dengan family..Jom kite tengok bahan dia senang je..


1 biji nenas [potong kecil] (CAP ganti 1 biji terung panjang yang digoreng sekejap)
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa] (CAP ganti susu cair)
1 inci halia ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 sdb udang kering [tumbuk]
1 batang kulit kayu manis
6 sdb besar rempah kari ikan [bancuh ngan air]
4 sdb besar minyak
2 sdb besar gula merah/putih (CAP ganti gula apung)
2 sdb kerisik
Garam secukup rasa 

Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu manis dan rempah kari yang digaul dengan air. 
Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada periuk.

Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.  Masak hingga kuah pekat dan naik minyak.
 
Nota Tambahan
Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri.


Thursday, May 30, 2013

Kek Pisang Emas


Resepi ni CAP copy kat blog En Mat Gebu dan mamafami tak lupa tq juga kepada pemilik asal resepi ni sedap sangat plus gebu kek nye..First time CAP buat kek pisang sendiri ni selalu beli je..

Mula tu macam neves jugak tau sebab adunan dia pekat semacam je tawakkal jela.But at the end kek naik cantik je cuma terpakai loyang besar sikit jadi tak tinggi la sebab takda loyang loaf..Lain kali pakai tin loaf cantik macam kenkawan lain buat..Dalam kata lain nak buat lagi le tu sebab senang je masuk dalam blender heheehe..

200 gram tepung gandum*
1 sdt soda bicarbonate*
1 sdt baking powder*(*satukan dan ayak)
150 gram pisang (CAP guna pisang emas)
170 gram gula perang (CAP ganti 140g gula kastor + 1sdb gula apung)
Secubit garam
3 biji telur gred A
120ml minyak sayur
1 sdb ovallate
Beberapa titik esen pisang (CAP ganti esen vanilla)
Chocolate rice sebagai hiasan (CAP ganti coklat cip)


Panaskan oven pada suhu 170C, sediakan loaf pan berukuran 7 inci x 3 inci (2 biji), sapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak (anda boleh juga guna tin bulat 8 inci atau tin 4 segi 8 inci). Ketepikan.

Lecek pisang, gula, garam dan ovallate hingga semua bergaul dan sebati. 

Masukkan telur, kacau hingga rata. Tambah tepung yang telah diayak, minyak jagung dan esen pisang (jika guna). Gaul hingga sebati. 

Kalau anda nak masukkan sedikit coklat rice juga boleh, tapi CAP cuma tabur atas kek saja.

Tuang dalam tin kek dan bakar 40 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2. 


Keluarkan kek dari tin, biar sejuk atas jaringan dan boleh hidangkan..Sekali imbas nampak cam kek buah pulak..Ah sudah,...

Selamat mencuba (",)))))))))0





Friday, May 24, 2013

Puding Sagu Gula Melaka


Assalamualaikum, hari ni cuti kan bestnya...Musim panas begini rasa nak makan yang sejuk je kan..CAP tengok susu cair berbaki dengan barang lain semua ada termasuk cik sagu ni..Kes nak habiskan stok ni..Hasil skodeng dapur kak Lina Pg..Tq kak owsem makan gini tau selalu buat makan dengan kelapa parut walaupun CAP punya tak berapa nak lapis plak masa serve hehehe..

Sagu:

1 cawan biji sagu (warna putih)
1 liter air
1 helai daun pandan simpul
Pewarna kegemaran
 
Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam kemudian toskan..

Didihkan air bersama daun pandan.Masukkan biji sagu ke dalam air yg mendidih tadi..

Masak hingga sagu bertukar jernih dan tutup api dan biarkan seketika..

Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk membuang kanji.

Bahagikan sagu kepada beberapa bahagian. Titiskan warna kegemaran masing dan kacau menggunakan garfu..

Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan..

 

Untuk Manisan

1 ketul gula melaka/gula nipah/gula kabung (CAP guna gula apung)
1/2 cawan gula pasir (CAP kurangkan)
1/2 cawan air
1 helai daun pandan simpul
 
Satukan semua bahan, masak hingga gula larut dan pekat kemudian tapis.
Untuk menghidang keluarkan sagu dari acuan, curahkan susu cair dan juga air gula. 
Note: Puding ni sedap dimakan bila disejukkan beberapa jam.

Wednesday, May 22, 2013

Kailan Goreng Sos Tiram Udang Kering


Assalamualaikum..

Panas terik kan cuaca kat luar pening lalat rasa..Musim panas gini kena banyak minum air kosong tau..Jaga kesihatan baik-baik ye semua..Tak lama je lagi cuti sekolah pun bakal bermula..Esok last sessi persekolahan bersambung dengan cuti Hari Wesak kan..Kepada yang dah plan percutian selamat bercuti dan pandu cermat ingatlah orang yang tersayang..

Hari ini CAP nak kongsikan sayur kailan goreng sos tiram tapi tambahkan udang kering sedikit..Cubalah memang wangi bau udang kering dan bawang putih semerbak je..

2 pokok sayur kailan
3 ulas bawang putih (dicincang halus) 
2 sdb sos tiram
1 sdb udang kering
Sedikit serbuk lada sulah
Garam (jika perlu) 


Celur sayur kailan dan ketepikan.

Tumis udang kering hingga naik bau dan sedikit garing.. Kemudian tambahkan bawang putih hingga garing juga.

Masukkan sedikit lada sulah, sos tiram dan sedikit air..

Tuangkan pada sayur kailan yang telah dicelur tadi dan sedia dihidang..

Selamat mencuba..

Sunday, May 19, 2013

Sayap Ayam Rosemary

Assalamualaikum semua, lama sungguh tak update kat sini..CAP baru je balik dari hometown en asben..Ni sayap panggang sebelum balik kampung hari tu sempena adik ipar dapat transfer balik Kuching..Taknak celoteh panjang jom layan ye resepi main campak ni.

1/2 kg sayap ayam
2 sdb cili kering kisar
1 sdb madu
1 sdb jintan manis
1 sdt rosemary
2 biji limau nipis
2 sdt serbuk lada hitam
1 sdb minyak zaitun
Sedikit garam

Bersihkan sayap ayam tadi dan cucukkan sedikit dengan garfu.. Campurkan semua bahan, perahkan limau nipis dan perap selama 3 jam dan perasakan dengan garam..

Kemudian CAP panggang atas non stick pan je hingga masak..Sedap, cubalah..


Wednesday, May 8, 2013

Apam Coklat Filling Blueberry


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. CAP dah cuba resepi ni sedap sangat gebu dan lembut rasa macam makan twiggies pun ye. Tq kepada pemilik resepi ni dan CAP copy dari dapur kak ummi beza nya CAP letakkan filing blueberry dalam tu emmm sedap..Lain kali nak letak filling banyak sikit baru syok..Jom semak je..

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1biji telur
1/2 sdt soda bikarbonat 
2 sudu besar serbuk koko

Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih.

Mix semua bahan menggunakan mixer atau nak lebih mudah lagi boleh gunakan blender.

Masukkan dalam acuan lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit. Mudahkan..(CAP masukkan sedikit adunan diikuti dengan filling kemudian tutupkan dengan sedikit lagi adunan)

# Sedap dimakan panas2. Apam ni rasa dia cam kek coklat kukus. Padat dan moist.

 
Nota:Nak apam yang cantik, tabur choc rice sebaik sahaja diangkat dari kukusa untuk mengelakkan apam berlubang..

Thursday, May 2, 2013

Roti Arab Kuah Kambing


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua untuk permulaan bulan May 2013..Semalam CAP dapat la minum petang dengan roti arab yang sangat gebu dan sedap..Dah rasa macam roti naan pun ada lain kali nak try letak chesee dalam tu mesti sedap kan muahahahaha...Tq kepada sofinar my resepi atas resepi ni..CAP buat separuh je daripada resepi ni tapi tu pun dah banyak dapat 9 keping roti..Kenyang sangat la ye, oh ye maaf juga kepada pemilik resepi sebab CAP derhaka tak goreng roti ni deep fry tapi letak olive oil sikit je dalam non stick pan..

2 sdb mentega (CAP guna 1 sdb marjerin)
2 sdb minyak masak (CAP guna 1 sdb minyak masak)
2 sdb gula (CAP guna 1 sdb gula)
300 ml air suam (CAP guna 150ml air suam)
6 g yis (CAP guna 1 sdt yis mauripan)
500g tepung gandum (CAP guna 250g tepung gandum)
Sedikit minyak zaitun untuk menggoreng (CAP tambah)
 
Satukan mentega, minyak dan  tepung dengan yis..Gula dibancuh dengan air suam..
 
Kemudian campur semua bahan dan uli sehingga licin dan tidak melekat di tangan..
 
Perap selama 1 jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
 
Uli semula dan bulatkan doh dalam 18 biji dan canai nipis lebih kurang 0.4 cm (CAP dapat 9 ketul je)
 
Panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.(CAP goreng dalam non-stick pan dengan sedikit olive oil)

Sedap dimakan bersama kari kambing dan roti ni masih lembut walaupun dah sejuk..Cubalah..



Tuesday, April 30, 2013

Kuih Tiram


Assalamualaikum dan Selamat Hari Pekerja 2013..Kepada yang bercuti esok selamat berehat bersama insan yang tersayang..Ada yang suka makan kuih tiram tak , ada juga yang panggil kuih lidah buaya..Tapi sama je kuihnya kan..Resepi ni CAP copy dari blog kak suehasue yang rasanya lama dah tak nampak online, tq ye sedap dan mudah rupanya buat kuih ni walaupun tak berapa nak macho tiram CAP ni..Sesiapa yang nak tengok carakerja bergambar boleh intai blog kaksuehasue yang rajin ye, kamek rindu kitak kak.. Nampak macam banyak kan setengah kilo tepung tapi dapat jadi kudapan hari cuti macam ni krup krap krup krap sedar nanti dah habis..

500gm tepung
1 biji telur
2 sdb margerin
sedikit garam
160ml air
**6 sdb tepung jagung**
**6 sdb minyak masak**

Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.

Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (Kalau lembik tambah tepung sikit dan kalau keras, tambah air)
Uli doh supaya jadi nipis dan akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. (CAP buat 8 ketul)
 **Nota: kalau buat canai besar akan dapat bentuk kuih yang besar.
Sapu rata doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..

Canai adunan secara memanjang agar gulungannya pun banyak kali.Gulung kemas dan potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari untuk mendapat lapisan yang banyak.Nipis dan tebal terpulang kepada selera masing-masing ye..
Ambil doh kecil tadi dan canai leper..Susun atas dulang yang sudah ditabur tepung agar tidak melekat satu sama lain.

Goreng hingga kekuningan dengan api yang sederhana dan toskan minyak..
Sira dengan gula halus dan simpan dalam bekas kedap udara..

Monday, April 29, 2013

Agar-agar Santan Pandan FOR ALL


Assalamualaikum dan salam Isnin permulaan minggu yang baru dan terakhir dalam bulan April ni. Aktiviti semalam ni masa sambut hari lahir adik lelaki yang sorang ni di rumah mak.. CAP buatkan agar agar ni diadaptasi dari agar santan gula merah dari dapur kak naz.. Maaf ye kak naz CAP dah tukar jadi colour hijau agar-agar santan pandan for all...Sesiapa yang nak tengok yang original CAP dah pernah post di sini ye..

1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
1 liter air (4 cawan)
1 ketul gula melaka (CAP tak letak)
1/4 cawan gula pasir (CAP ganti 1 cawan gula pasir)
250 ml santan pekat (1 cawan) - (CAP guna santan kotak juga & boleh kurangkan kuantiti kalau nak dapatkan lapisan santan/atas yang nipis sedikit)
1 biji telur ayam (masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu)
Secubit garam

2 helai daun pandan (dibasuh dan disimpulkan)
Sedikit pewarna hijau
 

Masak gula pasir bersama 1 cwn air. Masukkan daun pandan yg di simpul. Masak hingga didih dan sentiasa di kacau. Bila dah siap tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan.  (Guna air yg dari 4 cwn)

Dalam periuk bersih, masak 2 cawan air bersama dengan serbuk agar2. Masak hingga mendidih. 
 
Masukkan air gula tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih.  Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.  
  
Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk dan adjust api dapur tu ye. 
Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.  
Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras dan sejukkan.
TIPS DAN NOTA NAZ: 
Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..Confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.

Cantik tak agar agar pandan ni sekali imbas macam talam seri muka je kan..Tq sekali lagi kepada pemilik resepi ni ye...

Saturday, April 27, 2013

Bubur Kacang Hijau Tinggal Aiskrim


Assalamualaikum ni nak bagitau punya la sedap bubur ni sampai tak dan posing..Mana taknya lepas buka puasa tinggal secawan je hehe sedap le tu kan siap makan dengan krim krakers bagai..Yang tinggal cuma bubur yang sempat CAP bekukan jadikan aiskrim Malaysia ni ha..Tak kisahlah janji terlaksanalah permintaan asben nak makan bubur kacang walaupun tak jumpa durian gigih je la.. Dapat jugak la jadi hidangan CAP berbuka puasa hari Khamis lepas, Alhamdulillah dan terima kasih untuk kak Rohah sayang..

2 cawan kacang hijau (direndam semalaman)
13 cawan air
1 cawan santan pekat
1 cawan gula pasir
1/3 cawan gula merah (CAP ganti gula apung)
Durian secukupnya (CAP tak letak)
3 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit garam

Rendamkan kacang hijau semalaman agar cepat empuk ketika dimasak.Cuci bersih dan satukannya dengan  air dan daun pandan dalam periuk.

Rebus sehingga kacang empuk. Apabila kacang mulai empuk, masukkanlah durian dan santan pekat.

Setelah kacang rebusan empuk sepenuhnya, barulah dimasukkan gula pasir, gula merah, dan garam.

Kacau selalu sambil mereneh agar ianya sebati. Tutup api dan hidangkan. 

Friday, April 26, 2013

Terung Berlada Udang Kering



Assalamualaikum dan salam Jumaat semuanya..Ada yang suka makan pedas tak..Entry hari ni terung goreng letak udang kering.. Sedap tau dengan bau wangi udang keringnya mau bertambah nasi tapi jangan ada yang mak mertua ke bos ke lalu kat belakang tu ha tak nampak udah....Tak percaya ce try..

2 biji terung panjang
1 tangkai cili merah *
1 tangkai cili hijau *
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1 sdb udang kering *
1 keping asam gelugur
Sedikit garam dan (jika perlu)


Goreng terung dalam minyak dan toskan serta asingkan. 

Tumbuk semua bahan * dan tumis hingga agak garing. Tambahkan asam keping dan perasakan dengan garam dan gula.

Tuangkan ke dalam terung yang telah digoreng tadi...Dah siap senangkan...

Selamat menjamu selero...

Thursday, April 25, 2013

Ayam Masak Kicap Berkentang


Assalamualaikum dan semoga semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya..Pejam celik esok dah masuk hari Jumaat penghulu segala hari dan ini bermakna bermula lagi masa untuk bersama keluarga pada hujung minggu.. Ada yang dah masak ke belum hari ni..Hari ni kita layankan ayam masak kicap yang semua orang terer kan..Tapi CAP nak tempek jugak kat sini sempena minggu ayam kat rumah ni ye ..

1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih *
3 tangkai lada kering *
1 inci halia *
1 sdb kicap pekat
Kicap manis dan kicap masin secukupnya
1 sdb asam jawa (diambil airnya)
Lada hitam secukup rasa
Garam
2 biji ubi kentang (digoreng)
1 biji bawang besar (dipotong bulat dan digoreng)

Masukkan kicap serta lada hitam ke dalam ayam dan perap selama 1/2 jam.

Gorengkan ubi kentang yang telah dipotong bersama bawang yang dimayang bulat tadi..

Kemudian tumiskan bahan * yang dikisar tadi hingga naik bau.. Masukkan air asam jawa tadi dan tambahkan ayam yang telah diperap..

Tambahkan kicap dan lada hitam jika perlu dan perasakan dengan garam..

Biarkan kuah ayam tadi agak kering dan mendidih kemudian masukkan bawang dan ubi kentang yang digoreng tadi..

Sedia dihidang dengan nasi panas.

Wednesday, April 24, 2013

Nasi Tomato Tomatomen



Assalamualaikum semua adik kakak seperti dijanjikan ni la entry nasi nya....Ni nasi tomato yang bergusti dush dush dengan ayam ungkep semalam..Takmo buang masa semak je kat bawah ye..

4 cawan beras basmathi
1 cawan susu cair
5 cawan air
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
3 sdb tomato sos
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 batang serai (dititik)
4 biji tomato (dipotong dadu)
2 sdb marjerin
2 sdb minyak masak
1 helai daun pandan (disimpul)
Garam secukup rasa
Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan rempah, serai dan daun pandan hingga naik bau..

Tumis semua bahan * yang telah dikisar halus hingga garing, tambahkan sos tomato. Masukkan tomato segar hingga hancur..

Tambahkan beras dan kacau sedikit sahaja elakkan beras patah kemudian masukkan susu dan air..Biarkan nasi masak dengan api yang perlahan..

Dah masak hiaskan dengan bawang goreng..Kali ni CAP lawankan nasi tomato dengan ayam ungkep..Saja cari kelainan..

Tamtaraaaa..Mempersembahkan Nasi Tomatomen vs Ungkep Ayam..

Tuesday, April 23, 2013

Ungkep Ayam Versi Dapur Madiha


























Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Puas CAP dok fikir apa menu lagi dapat buat dengan ayam..Yelah kari sudah, rendang macam takmo lah sebab takdak santan.. Tetiba jenjalan dapur kak Ratna ternampak resepi ni kebetulan semua bahan dah ada...CAP memang tak pernah rasa lauk ungkep ni selalu tengok je kenkawan post belum pernah try lagi..Maka terlaksanalah kali ini..Tocee sifu dan pemilik asal resepi ni ye..

500 gm/ 1/2 ekor ayam saiz kecil/sederhana - dibersihkan & potong saiz kesukaan
1 sdb serbuk kari
1 btg serai (dititik)
1 helai daun kunyit (dihiris / dikoyak2)
1 sudu kecik asam jawa (dibancuh dengan air)
1 1/2 cwn air
Sedikit gula (CAP ganti 1 sdb gula apong) 
Garam secukup rasa
Minyak masak

Bahan yang dikisar halus
1/2 inci kunyit
1 inci halia
3 ulas bawang putih
5 biji bwg merah kecik (CAP ganti 2 biji bawang besar)
5 tangkai cili padi (CAP tambah)
1 sdb lada kering kisar (CAP tambah)
 
Panaskan minyak lalu tumiskan bahan yang dikisar bersama serai dan serbuk kari sehingga naik bau.  Masukkan ayam & gaulkan rata tambahkan air, air asam jawa, garam, gula & perasa.  Gaul sebati.
Tutup kuali & sesekali buka & gaul sebati & tunggu hingga ayam nampak masak.  Masukkan hirisan daun kunyit & gaul sebati. Bila cukup pekat & ayam empuk bolehlah dimatikan api & hidang.  

Jika suka berkuah sikit.. Bolehlah matikan api lebih awal tanpa tunggu kuah pekat.  Sedap dihidang bersama nasi putih & lauk sampingan yang lain..

Tapi CAP hidangkan dengan nasi tomat entry nya tunggu esok ye..Selamat mencuba.. 

Wednesday, April 17, 2013

Vadai Oh Vadai

























Assalamualaikum dan selamat petang semua..Ada yang terfikir nak minum petang apa kan..Hari ni CAP nak post vadai kat sini..Sapa nak meh cepat sementara stok masih ada...Jom layan resepi yang sempoi ni..Cuma CAP tapis je air kacang dhal tu..
2 cawan kacang dhal (direndam 2 jam)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 tangkai cili kering (dihiris halus)
1 sdt jintan manis
2 tangkai daun kari
Garam secukupnya

Kisar 1 cawan kacang dhal hingga halus dengan sedikit air dan kisar lagi 1 cawan kacang dhal agak kasar sedikit.

Toskan airnya dan masukkan bawang besar, cili kering, jintan manis dan daun kari..Gaul rata dan perasakan dengan garam.

Bentukkan bulat dan leperkan sedikit kemudian goreng dalam minyak yang banyak. CAP bentuk guna sudu yang bulat tu je lepas tu terus masuk dalam kuali..

Untuk rasa yang lebih aroma masukkan setangkai dua daun kari dalam minyak untuk menggoreng..



























Tamtaraaaa dah siap boleh buat hidangan minum petang..Selamat mencuba.

Wednesday, April 3, 2013

Roti Canai Ilham


Resepi ni CAP copy dari blog kak maz ye..sedap roti nye lembut jer...cuma CAP tak pandai nak tebar canai...Dahla jadi rupa macam lempeng je gayanya.. Tapi series makngah tak tipu sedap rotinye..

2 cawan tepung gandum (yg murah tu je)
1/2 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar mentega lembut
1 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar telur (pecahkan telur, kocok dan amik 3 sudu)
mentega lembut secukupnya (untuk sapu pada doh) *

Dalam bekas yang sesuai, satukan semua bahan kecuali tepung gandum dan bahan yang bertanda.Kacau sebati dengan sudu.   
Kemudian masukkan 1 1/2 cawan tepung sambil dikacau buat pusingan jam, kemudian boleh la diuli hingga sebati sambil ditambah sikit-sikit tepung yang masih berbaki. Uli selama 10-13 minit hingga jadi doh yang licin dan kenyal. (kalau rasa lembik, boleh la ditambah 1-2 sudu besar lagi tepung semasa menguli.  

Sapukan mentega lembut pada seluruh dasar bekas yang sesuai, kemudian bulatkan doh sebesar bola golf dan sapu mentega pada seluruh doh. Buat sampai habis.
 
Tutup bekas dan rehatkan selama 4-5 jam atau semalaman pada suhu bilik. Kemudian boleh la ditebar.
 
Cara nak tebar, amik sebiji doh dan leperkan guna hujung telapak tangan hingga jadi nipis dan 2x ganda saiz asal. Kemudian angkat dan tebar atas permukaan yang luas yang telah disapu dengan sedikit minyak.
 
 Untuk roti canai kosong, bila dah siap tebar, angkat/pegang dari hujung doh (maksudnya macam pegang hujung tuala gitu), kemudian letak hujung bawahnya atas tempat tebar dan buat bulatan, macam lilit tali tu, pastu tekan-tekan biar jadi bentuk bulat yang nipis. Boleh la digoreng atas kuali leper yang telah dituang sedikit minyak dengan api perlahan (maz guna kuali roti canai yang hitam tu).
 
Kalau nak buat roti telur, sapukan telur pada seluruh doh yang telah ditebar, lipat kiri dan kanan buat saiz 4 segi. Roti pisang pulak, sapu sikit mentega pada doh yang telah ditebar, susun pisang yang telah dihiris nipis dan taburkan sedikit gula. Lipat 4 segi jugak.(CAP x buat)