Monday, December 30, 2013
Dating Scan
Last week 27/12/13 first date with my little darling.. Alhamdulillah 9w6d masa scan and heartbeat sounds good.. Membesar bagai johan ye sayang.. See u next follow up..
Wednesday, December 18, 2013
Saturday, December 7, 2013
Alhamdulillah (",)
Assalamualaikum semua...Lama tak jumpa kan..Diharap semua rakan maya sihat walafiat...
Alhamdulillah tanggal 18/11/2013 setelah 2 tahun 11 bulan bergelar TTC akhirnya rezeki telah datang kepada kami bila upt menunjukkan double line...Yang jauh telah didekatkan dan yang sukar telah dimudahkan...Yeayy yeayy mom to be...Syukur syukur ke hadrat mu Ya Allah kerana permudahkan...
Kepada yang masih berharap dan menanti di luar sana bersabar, berusaha dan berdoa tanpa putus asa..Janji Allah itu pasti, Insya Allah..
Monday, October 21, 2013
Tragedi Oktober
Suatu yang tak tercapai akalku bila saat pulang dari Kuching ke Kampung Buso melalui jalan kampung pada 19/10/2013 kurang lebih jam 1315 kami terlibat dalam satu kemalangan kecil sambil diiringi Doa Dhuha yang tidak putus berkumandang semasa perjalanan..Alhamdulillah tiada yang cedera baik yang melanggar mahupun dilanggar..
Tika kejadian sebuah kenderaan meluru laju dari arah bertentangan dalam keadan hari yang hujan lebat dan jalan yang agak licin ditambah dengan jalan yang banyak selekoh..Dek kerana melihatkan jalan yang sempit dan kenderaan wanita yang agak terburu-buru itu suami memberi laluan kepadanya untuk melintas terlebih dahulu..Malangnya kenderaan wanita itu hilang kawalan dan terus melanggar ke arah sisi kanan pintu pemandu dan pintu penumpang di belakang myvi kami..
Dan dalam sekelip mata kereta kami tersorong ke hadapan dan terus maju ke tepi semak... Saat itu Ya Allah syukurnya dengan kuasa Mu, kekuatan Mu tidak menimpakan pokok ke atas cermin hadapan kami saat hujan yang lebat itu Ya Allah..Dengan Rahman dan Rahim Mu juga kami suami isteri masih hidup di muka bumi Ya Allah..
Syukurlah semua selamat..
Kini myvi kesayangan telah berada di bengkel menanti prosedur tuntutan insurans dan keputusan laporan polis..
Sayu hati melihat pintu yang remuk dan tidak dapat dibuka lagi..
Innalillahiwainna Ilaihirajiun..Allah hanya menguji hambaNYA sesuai dengan kemampuan dan daya..Moga Allah mudahkan urusan kami , amin..
Innalillahiwainna Ilaihirajiun..Allah hanya menguji hambaNYA sesuai dengan kemampuan dan daya..Moga Allah mudahkan urusan kami , amin..
Sunday, October 20, 2013
Insuran Pihak Pertama dan Ketiga
| Undang-undang
  jalanraya Malaysia mewajibkan setiap kenderaan bermotor  perlu  
memiliki  perlindungan insurans pihak ketiga untuk melindungi  
kepentingan  dan  hak orang lain. bermakna, ada pihak yg akan menangung 
 liabiliti  akibat  kecuaian pemegang polisi. Contoh: A - kereta A melanggar tembok rumah. tuan rumah boleh claim dari insurans pemilik kereta. B - kereta A melanggar pejalan kaki. insurans akan menanggung kos perubatan dan gantirugi termasuk yang menyebabkan kematian dan kiraan nafkah hidup untuk mangsa. C - kereta A melanggar kereta B. kereta B berhak membuat tuntutan pembaikan dan gantirugi dari insurans kereta A Sekiranya berlaku kerosakan terhadap kenderaan milik sendiri, maka pemilik tidak boleh buat tuntutan dari insurans sekiranya tidak mengambil Insuran Pihak Pertama (1st party) yang juga dikenali sebagai comprehensive/standard/lengkap. Ini bermakna selain dari pengguna lain, kenderaan milik sendiri turut dilindungi pihak insurans. Perlindungan komprehensif diwajibkan bagi kenderaan yang dibiayai secara sewa beli oleh pembiaya. Jika kenderaan sudah habis di bayar, pemilik ada pilihan untuk gunakan insurance 3rd party.  | |
| 2) | Sekiranya kereta saya dilanggar, apakah yang boleh saya lakukan? | 
| Ada
 2 cara untuk membuat tuntutan sekiranya kereta kita dilanggar org lain.
   tapi MESTI lah ada keputusan polis bahawa orang itu bersalah. 
sekiranya   dia disaman, bermakna dia bersalah. dan barulah anda boleh 
membuat  tuntutan  dari insurans mereka dan melindungi NCB anda. 1. cara pertama ialah tuntutan pihak ketiga atau 3rd party claim. Anda baiki kereta anda, bayar dan gunakanr resitnya untuk buat tuntutan terhadap insurans itu. antara kelebihan claim ini ialah anda boleh buat tuntutan loss of use. contohnya, kereta anda tersadai selama 20 hari di bengkel dan anda dibolehkan menuntut kerugian. contohnya sehari RM50 x 20 hari = RM1,000. 2. cara kedua dipanggil OD KFK atau Own Damage Knock-For-Knock. Proses tuntutan sama iaitu anda claim pada insurans pihak bersalah TETAPI melalui syarikat insurans anda. Dalam pengertian yang ringkas, anda claim melalui syarikat insurans anda kerana lebih cepat dan kemudian syarikat insurans anda akan membuat tuntutan semula dari syarikat insurans pihak ketiga. NCB anda tidak akan terjejas.  | |
| 3) | Apakah NCB (Bonus Tanpa Tuntutan/ Non Claim Bonus)? | 
| Jika anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam tempoh setahun, maka pihak insuran akan memberikan anda  bonus/diskaun. Peratusannya adalah seperti berikut 1st year = 25% 2nd year = 30% 3rd year = 38.33% 4th year = 45% 5th year = 55% (maksimum) NCB boleh dipindahkan mengikut pemilik dari satu kereta ke kereta yg lain begitu juga dari satu insurans ke satu insurans yang lain.NCB juga boleh dipindahkan sekiranya anda membeli kereta baru. Sekiranya anda membuat tuntutan, NCB anda akan hilang, maknanya anda perlu membeli insuran tanpa mendapat diskaun.  | |
| 4) | Apakah faedah Extension & hubungkait dengan NCD? | 
| Perlindungan seperti banjir, windsreen dan accessories merupakan extension
 dari perlindungan komprehensif. Polisi  insurans komprehensif tidak 
akan melindungi tuntutan disebabkan banjir,  kecurian aksesori atau 
cermin pecah (melainkan pecah akibat kemalangan  yang teruk). Begitu 
juga pokok tumbang akibat ribut @ uprooted trees  melainkan 
pokok yg tumbang sendiri akibat struktur yg tua atau ditebang. 
Contoh-contoh Extension yang boleh ditambah pada polisi insurans 
komprehensif : i. Windscreen ii. Passenger liability - dalam kemalangan membabitkan kecederaan, keilatan kekal atau kematian, semua penumpang akan dilindungi oleh insuran. iii. Damage other than accidents sepertia. banjir b. tanah runtuh c. dahan pokok jatuh disebabkan ribut Jika anda extend dan kemudiannya membuat tuntutan ianya tidak akan mengurangkan/menghilangkan NCB.  | |
| 5) | Apakah yang perlu disediakan untuk membuat tuntutan kemalangan? | 
| Anda perlu menyediakan: Dokumen Kemalangan i. Salinan asal laporan polis ii. Sketch map polis iii Keputusan polis diperlukan sekiranya kita menuntut kerugian dari pihak ketiga (3rd party claim/Kemalangan jenis KFK) iv borang tuntutan perlu diisi. selalunya dibuat oleh bengkel, pemilik cuma perlu tandatangan saja. v. pemilik perlu membayar excess sekiranya ada. Dokumen peribadi: i. Salinan geran kenderaan ii. Salinan policy insurance iii. Salinan report police iv. Salinan lesen memandu v. Salinan I/C vi. Salinan cover note (optional)  | |
| Sekian dulu siaran CAP hari ni untuk dikongsi..Sesiapa yang terer bab ni jom kongsi.. | |
Sunday, October 13, 2013
Wednesday, October 9, 2013
Wordless Wednesday~~~> Niagra Falls
 
 Gambar-gambar ni ehsan pak google hehehe...Bila dapat pergi ni berangan jap, lalalalala.. Penyakit m datang tak mo update entry makanan adoyaiii..
Sunday, October 6, 2013
Wednesday, October 2, 2013
Thursday, September 26, 2013
Doa Dhuha
Assalamualaikum dan selamat pagi semua di pagi yang indah ini mari kita mulakan dengan nama pujian dan doa buatnya..
Saturday, September 21, 2013
Makan Wida~~~~> Lambaian Haji 2013
Assalamualaikum, hari ni CAP nak share entry tertunggak masa makan Wida last week sebelum mak bapak pergi Haji semalam..Alhamdulillah ramai sanak saudara, sahabat handai dan jiran-jiran datang meraikan..Semoga Allah permudahkan urusan semua para jemaaah di sana amin..Jom layan gambar je la ...
Solat berjemaah dan bacaan Yassin 
Tengok tu suka sekali si kecik ni kan.. 
Sayu hati seorang ibu berpisah dengan anak menantu demi menunaikan ibadah rukun ... 
Pasangan mertua yang menunaikan Haji..
Friday, September 20, 2013
Panggilan Haji
Assalamualaikum wbt
 dan salam sejahtera buat semua rakan maya..Rindu sungguh dengan semua 
rakan maya..Alhamdulillah hari ni telah selamat pergi kedua mertua CAP 
menyambut panggilan Haji di Mekah dengan penerbangan KT 37 penerbangan 
pertama di Sarawak tahun ini.. Mudah-mudahan selamat sampai dan 
menunaikan ibadah.. Labbaikallahhumma labbaik Labbaikalasharikalakalabbaik..
 Sessi bergambar ...
 Wa Long turut serta dalam jemaah haji tahun ni..
Selamat jalan..
Dah siap check in.. 
Mudah-mudahan dikurniakan Haji yang mabrur, In Sha Allah... 
Labels:
aktiviti,
bulan Islam,
family,
Haji
Thursday, August 15, 2013
Eid Mubarak
Assalamualaikum semua dan rasanya masih belum terlewat lagi CAP nak ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan maya..Maaf zahir dan batin andai ada terguris hati masa dok komen komen tu ye..
Rindu rasanya nak blogging macam dulu..In sha Allah selepas urusan dipermudahkan moga kita dapat bersua lagi di alam maya.. 
Salam lebaran daripada Catatan Anak Pakya (",))))))))))~
Wednesday, July 10, 2013
Ramadhan Datang Lagi ~ Jalan Pulang
Salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua, Alhamdulillah kita masih diberi peluang bertemu dengan lambaian Ramadhan.. Mudah-mudahan kita diberi kesihatan dan kelapangan untuk merebut segala nikmat yang diturunkan pada bulan yang mulia..Bulan ini mengingatkan seluruh keluarga sebelah suami CAP akan kehilangan seorang adik yang telah berjuang dan bertaruh nyawa untuk meneruskan kehidupannya..Allah lebih menyayangimu.. Al Fatihah..
Pemergiannya diabadikan dalam sebuah puisi tulisan Saudara Pharo Abdul Hakim dalam buku antalogi puisi Sanjak Si Renta halaman 35..Ingin CAP memorikan puisi yang didedikasi untuk Almarhum Shahnizam Bin Sabu dengan tajuk Jalan Pulang..
Kau selusuri titian waktu
Merentasi jejak dura
Di perbatasan hayat
Merangkak dalam kelam 
Dengan nafas yang tersekat-sekat
Telah tiga tahun
Kau melayani kegetasan jantung
Dihimpit keterbatasan diri
Sesekali bicaramu menerobos pilu
Perjalanan semakin sukar
Tentu sekali bukan pilihanmu
Membebani insan
Yang amat menyayangi
Kerana bebasan itu
Manifestasi kasih sayang
Tafsiran makna keluarga
Salam perpisahan 
Kau ucapkan jua akhirnya
Ketika Ramdhan melamarmu
Setelah kau temui
Jalan pulang ke negeri abadi
Kembalilah dengan tenang saudaraku Shahnizam
24 Ogos 2009
Kampung Buso, Bau, Sarawak
Sunday, June 30, 2013
Selamat Tinggal Semenanjung (^;^)

Assalamualaikum dan salam hujung minggu semua..Kurang lebih seminggu je lagi kita akan masuk ke bulan Ramadhan Al- Mubarak...Sekarang ni tengah lepak jap sementara nak tunggu fly balik...
Episod baru dalam kehidupan kami bermula esok di Malaysia Timur.. Jumpa lagi..
Tatatatata... (",))))))))))~
Tatatatata... (",))))))))))~
Wednesday, June 26, 2013
Hujan Pengubat Jerebu-WW
Alhamdulillah, syukur padaMU mengurniakan hujan yang bermanfaat buat semua makhluk di muka bumi semalam.. Teringat lagu ni, Al- Fatihah..
Sunday, June 23, 2013
Malam Nisfu Syaaban
Assalamualaikum dan salam Syaaban semua..Mudah-mudahan diberi kesihatan yang baik maklumlah negara sedang berdepan dengan cuaca yang tidak sihat sekarang..Banyakkan minum air kosong dan kurangkan aktiviti di luar rumah ye..
Apabila masuk waktu maghrib hari ini bermulanya pertengahan bulan Syaaban yakni Nisfu Syaaban..Semoga kita beroleh manfaat darinya..
Yang baik datangnya daripada Allah, yang buruk daripada kelemahan manusia itu sendiri.. 
Selamat beramal...
Saturday, June 22, 2013
Friday, June 21, 2013
Nisfu Syaaban
Assalamualaikum dan salam Jumaat semua..Jangan lupa hari Isnin ni nisfu Syaaban ye..Selamat beramal.. (",))))))))))))0~
Hadith: 
 Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami 
mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering 
berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak 
pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan 
Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam
 sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.
Huraian Hadith: 
 1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian 
kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana 
tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat 
lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda 
pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
iii. Bertaubat
iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
Ilmu credit to, Jakim 
Tuesday, June 18, 2013
Satay Willy
Assalamualaikum semua, hari ni auto publish post tau sebab ada hal sikit so tak sempat nk jenjalan..Nanti CAP datang terjah tau siap-siap sediakan makanan ye, lapar ni nak datang makan..
Ni entry last week pergi makan satay dengan asben kat Kajang..Tapi bukan satay Samuri ok, no no no..Kali ni CAP try rasa satay willy pulak asyik masuk tv je kan tak boleh jadi ni..Harus di cobain ibu-ibu sebelum move in to Sarawak next month...
Finally, yeayyyy rasa jugak kan, hari tu tengok kat blog kak Jassnani macam sedap la haiii..Tapi series sataynya sedap dan terasa rempah dan perapan..Yummy yummy...Ada satay ayam, lembu dan kambing price not bad below RM 1 kecuali kambing..Ni nak citer ni CAP arrive destination dengan bantuan Waze dalam pukul 5.30 gitu kena que jugak isy isy..Yang nak takeaway ada no giliran jugak weh..Pukul 6 lebih centu nak takeaway kat my parents ayam habis pulokkk masa pergi tu hari Sabtu..
Overall ok taste dia boleh bagi 4/5 sebab kuah dia bagi CAP sedap, emm cuma masih boleh diperbaiki lagi bagi umppphhh sikit lagi..Sukati je nak cakap kan tapi sate dia memang sedap tak tipu makan gitu je pun dah ok dia serve pulak dengan lontong tau bukan nasi impit, ada kelainan thumbs up..Sorry ye tuan punya kedai kalau terbaca...Next time CAP pasti akan datang lagi, peace no war (",)))))))0~
Banyak kedai kat foodcourt tu juga ada burger bakar and etc..That day CAP try ABC sedap jugak minum time panas gini kan..Tak letak sirap merah, rasa nya gula melaka sebab ada rasa lemak2 gitu..
Sibuk nak letak jugak picca ABC yang dah kena roboh ni..Suka tak, suka tak, pinjam tagline Chef Amar jap..
Last but not least sebelum balik beli chestnut atau buah berangan..Selalu tengok cha ya nun alif je jual buah ni tapi kat sini budak melayu..Harga? 1kg RM35 so CAP belilah 200g je RM7 jadilah buat rebut2 dengan asben kan..
Belum habis lagilah, otw balik rumah nampak bebudak yang jual durian Muo kat Bulatan Mawar, Cheras dah berkhemah lagi kat situ..Tapi katanya start bulan depan baru banyak..Setakat ni yang paling murah 2 biji RM10 tapi dah habis..CAP beli yang 3 biji RM20 memang superb.. Cantik semua takdak busuk hokey..Berbaloi esoknya siap buat bubur chacha durian..Bila dah musim sebakul RM 10 tau..Will miss this moment..
Sampai di sini saja..Daaaa...  (",))))))))))))0~
Labels:
aktiviti,
family,
jjcm,
local fruit
Monday, June 17, 2013
Kek Coklat Moist Tanpa Telur
Assalamualaikum dan salam Isnin..Masih ada yang gigih mengganti puasa tak, sama la kita (",)...Kek ni CAP buat last week sementara nak tunggu berbuka puasa plus sempat lagi tengok cerita Ady Putra Teduhan Kasih masa baking maklumlah cik abang takde outstation..Geram je tengok watak Anis Nabilah dalam cerita tu menjadi jahat dia..
Taknak buang masa resepi ni copy dari blog jintanmanis sedap tau kek ni lembut je walaupun dibakar, tq ye..Pemilik asalnya kak Dayang moga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik..Maaf jika ada yang CAP tukar dalam resepi ni ye sebab taknak buat topping dia..Enak dimakan begitu saja..Semak kat bawah ye resepinya..
1 cawan tepung gandum
1 sdt baking powder
1/2 sdt soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sdb susu tepung (CAP tak letak)
1 1/4 cawan air sejuk (CAP ganti 150ml susu cair + 100ml air dr peti ais)
1 cawan gula perang (CAP ganti 3/4 cawan gula kastor )
1 sdt esen vanilla
1/2 sdt coffee emulco atau chocolate emulco (CAP ganti esen coklat)
1 sdt baking powder
1/2 sdt soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sdb susu tepung (CAP tak letak)
1 1/4 cawan air sejuk (CAP ganti 150ml susu cair + 100ml air dr peti ais)
1 cawan gula perang (CAP ganti 3/4 cawan gula kastor )
1 sdt esen vanilla
1/2 sdt coffee emulco atau chocolate emulco (CAP ganti esen coklat)
Secubit garam
1/2 cawan minyak masak
1 sdt cuka atau jus lemon
1/2 cawan minyak masak
1 sdt cuka atau jus lemon
Sedikit coklat chip (untuk ditabur) 
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan muffin cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko 
di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. 
Kemudian dikacau rata-rata. 
Masukkan air sejuk, minyak masak, 
esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan 
dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul. 
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati. 
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Memang gebu , lembut dan moist je adunan kek ni..Sampai tak sempat nk snap picca dah potong..Nanti nak buat lagilah..Yummyy...
Memang gebu , lembut dan moist je adunan kek ni..Sampai tak sempat nk snap picca dah potong..Nanti nak buat lagilah..Yummyy...
Saturday, June 15, 2013
Sanjak Si Renta ~ Pena Bahari
Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..Entry hari ni berkisar tentang buku puisi yang telah dipasarkan..
Ada yang berminat dengan puisi hasil tulisan anak Sarawak boleh dapatkan dengan harga RM 15 Sabah/Sarawak dan RM 17 Semenanjung dengan 97 helaian muka surat ..Beliau dapat dihubungi di sini ye kawan-kawan..
Sanjak Si Renta diberi nama memberikan warna keindahan, kesegaran kematangan, kelainan dan kebenaran.. Kata dan makna yang terjalin kemas menitipkan kebjaksanaan dan hikmah untuk dinikmati hasil..
Hasil nukilan Pharo Abdul Hakim dan pernah memenangi Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak 2002 genre puisi..
Selamat Membaca.. 
Tuesday, June 11, 2013
Roti Jala Penyambut Syaaban
Assalamualaikum, mudah-mudahan semua yang membaca entri ini diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur untuk meniti perjalanan sepanjang menyambut ketibaan Ramadhan..Alhamdulillah semalam dapatlah kiranya berbuka dengan roti jala atau ada yang panggil roti kirai...Ada nama lain tak selain nama di atas, kalau ada sila angkat tangan siapa yang tahu..(",)
Roti jala ni CAP lawankan kuah kari ayam yang berbaki asyik lempeng je kan bosan jugak..Mudah dan ringkas buat roti jala ni cuma tang nak jala tu, kena tahap kelajuan cantik la dia..Jom tengok bahan dia..
1 cawan tepung gandum
1 cawan air 
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning
1 sdt minyak masak 
Masukkan semua bahan dan kisar hingga halus dan adunan tidak berketul..
Panaskan non stick pan dan bolehlah menjala dengan api perlahan.. Setelah kering permukaan roti tersebut angkat dan lipat kemas..
CAP lipat yang bahagian licin sebelah dalam dan yang garing sedikit sebelah luar..
Sedap dihidang dengan kuah kari..Selamat menjala.. (",))))))))))0 
Monday, June 10, 2013
Biskut Coklat Chip Cinnamon
Assalamualaikum dan selamat bertugas semua.. Kejap je dah masuk Syaaban kan dan sessi persekolahan pun telah bermula.. Ni projek last week lepas hidung terbau kat Famous Amous masa jenjalan haritu..Bagi yang tak suka manis boleh gantikan dengan gula perang atau kurangkan lagi sikit gula castor..Tanpa membuang masa jom kita tengok resepi dia..Boleh buat utk raya juga ni nanti..
250g mentega
150g gula castor (3/4 cawan)
1 biji telur
250g tepung gandum (2 1/4 cawan)  
2 sdb tepung jagung
Secubit garam
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt serbuk kulit kayu manis (CAP sagat cinnamon yang buat masak je)
1 cawan coklat chip
1 sdt esen coklat
Pukul butter dan gula hingga kembang kemudian tambahkan esen coklat, garam dan serbuk kayu manis..
Masukkan telur diikuti dengan tepung gandum, soda bikarbonat dan tepung jagung yang telah diayak sedikit demi sedikit.
Kacau rata dan masukkan coklat chip gaul sebati..Adunan memang sedikit lembik tapi menghasilkan biskut yang rangup..
Griskan loyang dengan sedikit marjerin dan taburkan tepung..Letakkan anggaran 1 sdt adunan ke dalam loyang dan jarakkan setiap adunan sebab ianya mengembang dan meleper dengan sendiri..
Bakar selama 30 minit atau hingga masak dengan suhu 190'c mengikut oven masing-masing dan sejukkan di atas redai..
Simpan dalam bekas kedap udara..Dah siap boleh buat minum petang..
Selamat mencuba (",))))))))))))0
Saturday, June 8, 2013
Santai Lagi
Assalamualaikum semua..Sana sini jalan jam kan jadi CAP pun santai di rumah jelah..Semalam hantar maksu pergi airport nsk balik Kuching pun tak sanggup tengok q nak check in Malindo..Nasib dapat fast lane terus tumpang check in kat Business class dengan budi bicara pegawai Malindo, thank ya..
Tengok gambar Qardiani jom makin comel dia kan..
 Geram tengok mulut tu..comell
Kakaknya Qaleesya eksyen takmo senyum pandang kamera..Dah pakai baju cantik kan nak jalan katanya awal lagi dah masuk kereta ..
Hari ni lagilah dapur berasap terlebih dengan nasi impit, rendang ayam tua dn kuah kacang bagai..Ada rasa macam raya la pulok bila asben cakap nak makan hidangan gini..Layankan aje.. 
Ok daaa..
Friday, June 7, 2013
Kisah Nabi Zakaria A.S
Nabi Zakaria adalah ayah dari Nabi Yahya putera tunggalnya yang lahir setelah ia mencapai usia sembilan puluh tahun. Sejak beristeri Hanna, 
ibu saudaranya Maryam, Zakaria mendambakan mendapat anak yang 
akan menjadi pewarisnya. Siang dan malam tiada henti-hentinya ia 
memanjatkan doanya dan permohonan kepada Allah agar dikurniai 
seorang putera yang akan dapat meneruskan tugasnya memimpin Bani 
Israil. Ia khuatir bahawa bila ia mati tanpa meninggalkan seorang 
pengganti, kaumnya akan kehilangan pemimpin dan akan kembali kepada 
cara-cara hidup mereka yang penuh dengan mungkar dan kemaksiatan 
dan bahkan mungkin mereka akan mengubah syariat Musa dengan 
menambah atau mengurangi isi kitab Taurat sekehendak hati mereka. 
Selain itu, ia sebagai manusia, ingin pula agar keturunannya tidak 
terputus dan terus bersambung dari generasi sepanjang Allah 
mengizinkannya dan memperkenankan.
Nabi Zakaria tiap hari sebagai tugas rutin pergi ke mihrab besar 
melakukan sembahyang serta menjenguk Maryam anak iparnya yang 
diserahkan kepada mihrab oleh ibunya sesuai dengan nazarnya sewaktu ia 
masih dalam kandungan. Dan memang Zakarialah yang ditugaskan oleh 
para pengurus mihrab untuk mengawasi Maryam sejak ia diserahkan oleh 
ibunya. Tugas pengawasan atas diri Maryam diterima oleh Zakaria 
melalui undian yang dilakukan oleh para pengurus mihrab di kala 
menerima bayi Maryam yang diserahkan pengawasannya kepadanya itu 
adalah anak saudara isterinya sendiri yang hingga saat itu belum dikurniai 
seorang anak pun oleh Tuhan.
Suatu peristiwa yang sangat menakjubkan dan menghairankan Zakaria 
telah terjadi pada suatu hari ketika ia datang ke mihrab sebagaimana 
biasa. Ia melihat Maryam disalah satu sudut mihrab sedang tenggelam 
dalam sembahyangnya sehingga tidak menghiraukan bapa saudaranya 
yang datang menjenguknya. Di depan Maryam yang sedang asyik 
bersembahyang itu terlihat oleh Zakaria berbagai jenis buah-buahan 
musim panas. Bertanya-tanya Nabi Zakaria dalam hatinya, dari mana 
datangnya buah-buahan musim panas ini, padahal mereka masih berada 
dalam musim dingin. Ia tidak sabar menanti anak saudaranya selesai 
sembahyang, ia lalu mendekatinya dan menegur bertanya kepadanya: 
"Wahai Maryam, dari manakah engkau dapat ini semua?"
Maryam menjawab: "Ini adalah pemberian Allah yang aku dapat tanpa 
kucari dan aku minta. Di waktu pagi dikala matahari terbit aku 
mendapatkan rezeki ku ini sudah berada di depan mataku, demikian pula 
bila matahari terbenam di waktu senja. Mengapa bapa saudaranya 
merasa hairan dan takjub? Bukankah Allah berkuasa memberikan 
rezekinya kepada siapa yang Dia kehendaki tanpa perhitungan?" 
Maryam binti Imran
Maryam yang disebut-sebut dalam kisah Zakaria adalah anak tunggal dari 
Imran seorang daripada pemuka-pemuka dam ulama Bani Isra'il. Ibunya 
saudara ipar dari Nabi Zakaria adalah seorang perempuan yang mandul 
yang sejak bersuamikan Imran belum merasa berbahagia jika belum 
memperoleh anak. Ia merasa hidup tanpa anak adalah sunyi dan 
membosankan. Ia sangat mendambakan keturunan untuk menjadi 
pengikat yang kuat dalam kehidupan bersuami-isteri, penglipur duka dan 
pembawa suka di dalam kehidupan keluarga. Ia sangat akan keturunan 
sehingga bila ia melihat seorang ibu menggandung bayinya atau burung 
memberi makan kepada anaknya, ia merasa iri hati dan terus menjadikan 
kenangan yang tak kunjung lepas dari ingatannya.
Tahun demi tahun berlalu, usia makin hari makin lanjut, namun 
keinginan tetap tinggal keinginan dan idam-idaman tetap tidak menjelma 
menjadi kenyataan. Berbagai cara dicubanya dan berbagai nasihat dan 
petunjuk orang diterapkannya, namun belum juga membawa hasil. Dan 
setelah segala daya upaya yang bersumber dari kepandaian dan 
kekuasaan manusia tidak membawa buah yang diharapkan, sedarlah isteri 
Imran bahawa hanya Allah tempat satu-satunya yang berkuasa memenuhi 
keinginannya dan sanggup mengurniainya dengan seorang anak yang 
didambakan walaupun rambutnya sudah beruban dan usianya sudah 
lanjut. Maka ia bertekad membulatkan harapannya hanya kepada Allah 
bersujud siang dan malam dengan penuh khusyuk dan kerendahan hati 
bernazar dan berjanji kepada Allah bila permohonannya dikabulkan, akan 
menyerahkan dan menghebahkan anaknya ke Baitul Maqdis untuk 
menjadi pelayan, penjaga dan memelihara rumah suci itu dan sesekali 
tidak akan mengambil manfaat dari anaknya untuk kepentingan dirinya 
atau kepentingan keluarganya.
Harapan isteri Imran yang dibulatkan kepada Allah tidak tersia-sia. Allah 
telah menerima permohonannya dan mempersembahkan doanya sesuai 
dengan apa yang telah disuratkan dalam takdir-Nya bahawa dari suami 
isteri Imran akan diturunkan seorang nabi besar. Maka tanda-tanda 
permulaan kehamilan yang dirasakan oleh setiap perempuan yang 
mengandung tampak pada isteri Imran yang lama kelamaan merasa 
gerakan janin di dalam perutnya yang makin membesar. Alangkah 
bahagia si isteri yang sedang hamil itu, bahawa idam-idamannya itu akan 
menjadi kenyataan dan kesunyian rumah tangganya akan terpecahlah 
bila bayi yang dikandungkan itu lahir. Ia bersama suami mulai merancang 
apa yang akan diberikan kepada bayi yang akan datang itu. Jika mereka 
sedang duduk berduaan tidak ada yang diperbincangkan selain soal bayi 
yang akan dilahirkan. Suasana suram sedih yang selalu meliputi rumah 
tangga Imran berbalik menjadi riang gembira, wajah sepasang suami 
isteri Imaran menjadi berseri-seri tanda suka cita dan bahagia dan rasa 
putus asa yang mencekam hati mereka berdua berbalik menjadi rasa 
penuh harapan akan hari kemudian yang baik dan cemerlang.
Akan tetapi sangat benarlah kata mutiara yang berbunyi: "Manusia 
merancang, Tuhan menentukan. Imran yang sangat dicintai dan sayangi 
oleh isterinya dan diharapkan akan menerima putera pertamanya serta 
mendampinginya dikala ia melahirkan , tiba-tiba direnggut nyawanya 
oleh Izra'il dan meninggallah isterinya seorang diri dalam keadaan hamil 
tua, pada saat mana biasanya rasa cinta kasih sayang antara suami isteri 
menjadi makin mesra. Rasa sedih yang ditinggalkan oleh suami yang 
disayangi bercampur dengan rasa sakit dan letih yang didahului kelahiran 
si bayi, menimpa isteri Imran di saat-saat dekatnya masa melahirkan. 
Maka setelah segala persiapan untuk menyambut kedatangan bayi telah 
dilakukan dengan sempurna lahirlah ia dari kandungan ibunya yang 
malang menghirup udara bebas. Agak kecewalah si ibu janda Imran 
setelah mengetahui bahawa bayi yang lahir itu adalah seorang puteri 
sedangkan ia menanti seorang putera yang telah dijanjikan dan bernazar 
untuk dihebahkan kepada Baitulmaqdis. Dengan nada kecewa dan suara 
sedih berucaplah ia seraya menghadapkan wajahnya ke atas: "Wahai 
Tuhanku, aku telah melahirkan seorang puteri, sedangkan aku bernazar 
akan menyerahkan seorang putera yang lebih layak menjadi pelayan dan 
pengurus Baitulmaqdis. Allah akan mendidik puterinya itu dengan 
pendidikan yang baik dan akan menjadikan Zakaria, iparnya dan bapa 
saudara Maryam sebagai pengawas dan pemeliharanya.
Demikianlah maka tatkala Maryam diserahkan oleh ibunya kepada 
pengurus Baitulmaqdis, para rahib berebutan masing-masing ingin 
ditunjuk sebagai wali yang bertanggungjawab atas pengawasan dan 
pemeliharaan Maryam. Dan kerana tidak ada yang mahu mengalah, maka 
terpaksalah diundi di antara mereka yang akhirnya undian jatuh kepada 
Zakaria sebagaimana dijanjikan oleh Allah kepada ibunya.
Tindakan pertama yang diambil oleh Zakaria sebagai petugas yang 
diwajibkan menjaga keselamatan Maryam ialah menjauhkannya dari 
keramaian sekeliling dan dari jangkauan para pengunjung yang tiada 
henti-hentinya berdatangan ingin melihat dan menjenguknya. Ia 
ditempatkan oleh Zakaria di sebuah kamar di atas loteng Baitulmaqdis 
yang tinggi yang tidak dapat dicapai melainkan dengan menggunakan 
sebuah tangga. Zakaria merasa bangga dan bahagia beruntung 
memenangkan undian memperolehi tugas mengawasi dan memelihara 
Maryam secara sah adalah anak saudaranya sendiri. Ia mencurahkan cinta 
dan kasih sayangnya sepenuhnya kepada Maryam untuk menggantikan 
anak kandungnya yang tidak kunjung datang. Tiap ada kesempatan ia 
datang menjenguknya, melihat keadaannya, mengurus keperluannya dan 
menyediakan segala sesuatu yang membawa ketenangan dan 
kegembiraan baginya. Tidak satu hari pun Zakaria pernah meninggalkan 
tugasnya menjenguk Maryam.
Rasa cinta dan kasih sayang Zakaria terhadap Maryam sebagai anak 
saudara isterinya yang ditinggalkan ayahnya meningkat menjadi rasa 
hormat dan takzim tatkala terjadi suatu peristiwa yang menandakan 
bahawa Maryam bukanlah gadis biasa sebagaimana gadis-gadis yang lain, 
tetapi ia adalah wanita pilihan Allah untuk suatu kedudukan dan peranan 
besar di kemudian hari.
Pada suatu hari tatkala Zakaria datang sebagaimana biasa, mengunjungi 
Maryam, ia mendapatinya lagi berada di mihrabnya tenggelam dalam 
ibadah berzikir dan bersujud kepada Allah. Ia terperanjat ketika 
pandangan matanya menangkap hidangan makanan berupa buah-buahan 
musim panas terletak di depan Maryam yang lagi bersujud. Ia lalu 
bertanya dalam hatinya, dari manakah gerangan buah-buahan itu datang, 
padahal mereka masih lagi berada pada musim dingin dan setahu Zakaria 
tidak seorang pun selain dari dirinya yang datang mengunjungi Maryam. 
Maka ditegurlah Maryam tatkala setelah selesai ia bersujud dan 
mengangkat kepala: "Wahai Maryam, dari manakah engkau memperolehi 
rezeki ini, padahal tidak seorang pun mengunjungimu dan tidak pula 
engkau pernah meninggalkan mihrabmu? Selain itu buah-buahan ini 
adalah buah-buahan musim panas yang tidak dapat dibeli di pasar dalam 
musim dingin ini."
Maryam menjawab: "Inilah pemberian Allah kepadaku tanpa aku berusaha 
atau minta. Dan mengapa engkau merasa hairan dan takjub? Bukankah 
Allah Yang Maha Berkuasa memberikan rezekinya kepada sesiapa yang 
Dia kehendaki dalam bilangan yang tidak ternilai besarnya?"
Demikianlah Allah telah memberikan tanda pertamanya sebagai mukjizat 
bagi Maryam, gadis suci, yang dipersiapkan oleh-Nya untuk melahirkan 
seorang nabi besar yang bernama Isa Almasih a.s.
Credit to Hamba Allah
3 Tahun Yang Berlalu
Senyum .. (",)))))))))))0 ^'
Thursday, June 6, 2013
Sambal Ketuk Peneman Berbuka
Kebetulan semalam CAP jenjalan kat blog kak TEena ni terjumpa sambal ketuk ni jadi terliur pulak time puasa gini kan..Barang pun semua ada je dalam dapur bolehlah godek je..Tq ye, sungguh CAP belum pernah buat sambal gini yang ikan bilis dia tumbuk sekali..Selalu tu tumis lebur je ikan bilis gorengnya..Nak buat pun senang..Tahan lama kan, kotlah sapa yang nak bagi bekal kat anak balik asrama hujung minggu ni..Jom kita tengok resepinya..
Segenggam ikan bilis
Cili api secukupnya (anggaran 20 biji lebih kurang)
1 biji bawang besar 
1 biji limau nipis
Ikan bilis digoreng garing dan ketepikan..Kemudian gorengkan cili api dan bawang sehingga layu..
Tumbuk ikan bilis, bawang dan cili api hingga lumat atau separa lumat..
Siap dihidang dengan nasi panas dan perahan air limau..
Wednesday, June 5, 2013
Rejab Akan Pergi Syaaban Datang Lagi Ramdhan Sedang Menanti
Assalamualaikum dan Salam Rejab semuanya..Esok tanggal 27 rejab terjadinya peristiwa ISRA' mIKRAJ..
Beberapa peristiwa penting telah berlaku dalam bulan Rejab, antaranya:
- Peristiwa Israk dan Mikraj (27 Rejab)
 - Malaikat Jibril melakukan pembedahan ke atas dada Rasulullah SAW.
 - Diperlihatkan keadaan syurga dan neraka melalui Rasulullah SAW.
 - Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Rasul-Rasul terdahulu.
 - Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj)
 
Peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Nabi Muhammad SAW. adalah perkara besar yang berlaku dalam bulan ini. Baginda telah di“Israk”kan (dibawa berjalan) dengan menggunakan `Buraq’, dari Masjidil Haram di Kota Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin serta di“Mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah SWT. Di mana dengan izin-Nya, Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah SAW.
Semuanya berlaku dalam satu malam sahaja. Perjalanan ini disebutkan Allah di dalam Al-Quran menerusi firman-Nya: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesunguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al Israa’: 1)
Iktibar Daripada Kisah Israk Dan Mikraj
Ketika Rasulullah SAW diisrakkan pada malam itu, baginda terlebih dulu mengalami pembedahan dada, dilakukan Malaikat Jibril dengan mengeluarkan segala kotoran dan diisi dengan iman dan hikmah, kemudian dibersihkan hati baginda dengan air zamzam dan dicantumkan semula.
Rasulullah SAW dibawa ke Baitulmaqdis dan di Masjidil Aqsa, 
Rasulullah SAW mengerjakan solat sebelum Jibril menghidangkan dua jenis 
minuman kepada baginda. Lantas baginda memilih susu.
Jibril berkata: “Benar, engkau telah memilih air susu adalah lambang kesucian dan seandainya engkau mengambil minuman keras nescaya akan tersesatlah engkau dan umat engkau.”
Beberapa tanda kebesaran diperlihatkan kepada Rasulullah SAW ketika Israk, antaranya ialah baginda melihat orang yang sedang memotong padi dan selepas tiap potongan, pokok padi itu tumbuh lagi dan demikian seterusnya tanpa henti.
 
Jibril berkata: “Benar, engkau telah memilih air susu adalah lambang kesucian dan seandainya engkau mengambil minuman keras nescaya akan tersesatlah engkau dan umat engkau.”
Beberapa tanda kebesaran diperlihatkan kepada Rasulullah SAW ketika Israk, antaranya ialah baginda melihat orang yang sedang memotong padi dan selepas tiap potongan, pokok padi itu tumbuh lagi dan demikian seterusnya tanpa henti.
Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril: “Siapakah gerangan itu?” Jibril menjawab: “Itulah contohnya umatmu yang suka bersedekah,
 maka harta yang disedekahkah itu tidak hilang bahkan kian bertambah di 
sisi Tuhan yang diterima oleh umatmu yang rajin beramal di kemudian hari
 dengan berlipat ganda.”
Rasulullah SAW turut melihat orang yang memukul kepala dengan besi. Selepas pecah kepala, ia bercantum semula. Kemudian, dipukul lagi dan pecah semula, begitulah seterusnya berulang kali.
Selepas Rasulullah SAW bertanya, Jibril pun menjawab: “Inilah orang yang malas dan enggan mengerjakan sembahyang, kepalanya tidak mahu sujud kepada Allah maka di kemudian hari, dia akan merasakan sendiri kemalasannya itu.”
Ketika Mikraj pula, Rasulullah SAW menempuh perjalanan melalui tujuh lapisan langit, malah ke tempat lebih tinggi dari langit ketujuh itu. Di tempat mulia itulah, Allah menyampaikan perintah mulia untuk baginda dan umatnya, iaitu mengerjakan solat.
 
Rasulullah SAW turut melihat orang yang memukul kepala dengan besi. Selepas pecah kepala, ia bercantum semula. Kemudian, dipukul lagi dan pecah semula, begitulah seterusnya berulang kali.
Selepas Rasulullah SAW bertanya, Jibril pun menjawab: “Inilah orang yang malas dan enggan mengerjakan sembahyang, kepalanya tidak mahu sujud kepada Allah maka di kemudian hari, dia akan merasakan sendiri kemalasannya itu.”
Ketika Mikraj pula, Rasulullah SAW menempuh perjalanan melalui tujuh lapisan langit, malah ke tempat lebih tinggi dari langit ketujuh itu. Di tempat mulia itulah, Allah menyampaikan perintah mulia untuk baginda dan umatnya, iaitu mengerjakan solat.
Pada mulanya, perintah solat wajib itu menghendaki ia dilaksanakan 50 kali sehari semalam tetapi selepas soal jawab bersama Nabi Musa as, akhirnya mendapat keringanan Allah SWT untuk mengerjakan lima waktu solat saja.
Selepas perintah solat itu, Rasulullah SAW kembali ke dunia dan tiba di Makkah ketika Subuh. Begitulah perjalanan dari Makkah ke Palestin, kemudian naik ke langit dan lebih tinggi dari itu sebelum menerima perintah solat.
Rasulullah SAW turut melihat orang yang memukul kepala dengan besi. Selepas pecah kepala, ia bercantum semula. Kemudian, dipukul lagi dan pecah semula, begitulah seterusnya berulang kali.
Selepas Rasulullah SAW bertanya, Jibril pun menjawab: “Inilah orang yang malas dan enggan mengerjakan sembahyang, kepalanya tidak mahu sujud kepada Allah maka di kemudian hari, dia akan merasakan sendiri kemalasannya itu.”
Ketika Mikraj pula, Rasulullah SAW menempuh perjalanan melalui tujuh lapisan langit, malah ke tempat lebih tinggi dari langit ketujuh itu. Di tempat mulia itulah, Allah menyampaikan perintah mulia untuk baginda dan umatnya, iaitu mengerjakan solat.
 
Selepas perintah solat itu, Rasulullah SAW kembali ke dunia dan tiba di Makkah ketika Subuh. Begitulah perjalanan dari Makkah ke Palestin, kemudian naik ke langit dan lebih tinggi dari itu sebelum menerima perintah solat.
Rasulullah SAW turut melihat orang yang memukul kepala dengan besi. Selepas pecah kepala, ia bercantum semula. Kemudian, dipukul lagi dan pecah semula, begitulah seterusnya berulang kali.
Selepas Rasulullah SAW bertanya, Jibril pun menjawab: “Inilah orang yang malas dan enggan mengerjakan sembahyang, kepalanya tidak mahu sujud kepada Allah maka di kemudian hari, dia akan merasakan sendiri kemalasannya itu.”
Ketika Mikraj pula, Rasulullah SAW menempuh perjalanan melalui tujuh lapisan langit, malah ke tempat lebih tinggi dari langit ketujuh itu. Di tempat mulia itulah, Allah menyampaikan perintah mulia untuk baginda dan umatnya, iaitu mengerjakan solat.
Pada mulanya, perintah solat wajib itu menghendaki ia dilaksanakan 50 kali sehari semalam tetapi selepas soal jawab bersama Nabi Musa as, akhirnya mendapat keringanan Allah SWT untuk mengerjakan lima waktu solat saja.
Selepas perintah solat itu, Rasulullah SAW kembali ke dunia dan tiba di Makkah ketika Subuh. Begitulah perjalanan dari Makkah ke Palestin, kemudian naik ke langit dan lebih tinggi dari itu sebelum menerima perintah solat.
Credit to ---- >http://azizijaafar.blogspot.com & http://aimisabri.blogspot.com
Selepas perintah solat itu, Rasulullah SAW kembali ke dunia dan tiba di Makkah ketika Subuh. Begitulah perjalanan dari Makkah ke Palestin, kemudian naik ke langit dan lebih tinggi dari itu sebelum menerima perintah solat.
Credit to ---- >http://azizijaafar.blogspot.com & http://aimisabri.blogspot.com
Subscribe to:
Comments (Atom)






 
 
 















