Pages

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 21, 2013

Tragedi Oktober

Suatu yang tak tercapai akalku bila saat pulang dari Kuching ke Kampung Buso melalui jalan kampung pada 19/10/2013 kurang lebih jam 1315 kami terlibat dalam satu kemalangan kecil sambil diiringi Doa Dhuha yang tidak putus berkumandang semasa perjalanan..Alhamdulillah tiada yang cedera baik yang melanggar mahupun dilanggar..

Tika kejadian sebuah kenderaan meluru laju dari arah bertentangan dalam keadan hari yang hujan lebat dan jalan yang agak licin ditambah dengan jalan yang banyak selekoh..Dek kerana melihatkan jalan yang sempit dan kenderaan wanita yang agak terburu-buru itu suami memberi laluan kepadanya untuk melintas terlebih dahulu..Malangnya kenderaan wanita itu hilang kawalan dan terus melanggar ke arah sisi kanan pintu pemandu dan pintu penumpang di belakang myvi kami..

Dan dalam sekelip mata kereta kami tersorong ke hadapan dan terus maju ke tepi semak... Saat itu Ya Allah syukurnya dengan kuasa Mu, kekuatan Mu tidak menimpakan pokok ke atas cermin hadapan kami saat hujan yang lebat itu Ya Allah..Dengan Rahman dan Rahim Mu juga kami suami isteri masih hidup di muka bumi Ya Allah..



Syukurlah semua selamat..




Kini myvi kesayangan telah berada di bengkel menanti prosedur tuntutan insurans dan keputusan laporan polis..



Sayu hati melihat pintu yang remuk dan tidak dapat dibuka lagi..

Innalillahiwainna Ilaihirajiun..Allah hanya menguji hambaNYA sesuai dengan kemampuan dan daya..Moga Allah mudahkan urusan kami , amin..

10 comments:

  1. Alhamdulillah tidak teruk dan melibatkan nyawa mahupun kecederaan first..Allah masih sayang..takperlah dah ditakdirkan kan..keta tuh inshaallah lepas repair, eloklah ia balik cam sblm eksiden...:)

    ReplyDelete
  2. teruk juga nampak....nasib baik tiada apa-apa....lega dah hantar repair....tunggu siap saja

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah!!!!!mujur zila & suami selamat.

    ReplyDelete
  4. syukur org yg di dlm nyer takde apa2.... kereta rosak boleh baiki kan... jnji yg dlm tu semua selamat

    ReplyDelete
  5. pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini....blogwalking,jemput follow blog saya ye...http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah kak zila n abg man slmt..akak take care tau...

    ReplyDelete
  7. Syukur tiada yg tercedera.. ujian kecil dr Allah....

    ReplyDelete
  8. assalam zila
    alhamdulillah ...syukur tak ada apa apa yg melibatkan nyawa
    akak jg penah lalui mcm tu bila kereta lain langgar kita dari tepi
    masa tu Allah sja mengetahui perasaan ni...syukurlah kita anak beranak selamat... Amin

    ReplyDelete
  9. Alhmdulillah orgnye x apa2...
    Harap brsabar menanti kereta yg masuk bengkel..
    Semoga dpermudahkan..

    ReplyDelete