Pages

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 19, 2012

Sambal Tumis Udang Petai

Entry tertunggak ni...

1 mangkuk lada kering (ikut tahap kepedasan masing2 ye)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 kg udang(saiz sederhana)
Garam 
Gula
Air asam jawa
4 papan petai
Minyak masak 
Belacan (kalau suka)

Mula sekali goreng udang hingga bertukar warna kemerahan tapi jangan overcooked ye..Sekejap je..

Kemudian kisar bawang besar, bawang putih dan lada kering dan tumis sehingga terbit minyak...Kemudian masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula pasir...

Bila dah cukup rasa tu masukkan udang yang dah digoreng sekejap tadi dan masukkan cik petai kita tu......


Sambal Tumis Udang

Thursday, September 6, 2012

Salam Hari Lahir Suami Yang Tercinta

Ya Habib, 

Salam ulangtahun diucapkan walaupun serba kekurangan dek kerana kesihatan tidak mengizinkan...Semoga abang terus diberi ketabahan dan kesabaran menghadapi ujian dariNYA...Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambaNya dengan sesuatu yang tak mampu ditanggungi..

Nur akan tetap setia disampingmu sayang walaupun apa yang terjadi selagi diizinkan Sang Pencipta...Pasti ada hikmah disebalik semua yang terjadi..

Alhamdulillah dilafazkan akhirnya dapat juga kita kembali bersatu pada hari ulang tahunmu sayang  dibawah satu bumbung Baiti Jannati setelah seminggu menghuni dihospital.....

Mudah-mudahan Allah sentiasa merahmati susur perjalanan hidup kita sebagai suami isteri....Amin

Sebab suami lum recover chickpox so picca ni jela ye.....



Tuesday, September 4, 2012

Oh Demam Cacar @ Chickenpox

Assalamualaikum semua readers...

Alkisah nak ambil cuti lagi daripada berblogging....Lepas mood raya asyik tak dan je update..dah tu seminggu en asbend demam panas, muntah bagai..

Alhamdulillah, takut jugak aritu saspek denggi siap la wat sup ketam semua sebab platlet dah makin turun...Tapi memang bagus makan sup ketam tu naik terus semalam bila cek cuma blood presure rendah jadi warded la juga sang suami..Rupanya demam cacar air...So CAP cuti lagi ye...

Bagi sesape yang lum kena tu tips nya minum air kelapa bebanyak ye..Air kosong minum juga biar flush semua..

Ok selamat bertemu lagi ni nak pegi jaga encik asbend dah.......