Pages

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, June 30, 2013

Selamat Tinggal Semenanjung (^;^)

 


Assalamualaikum dan salam hujung minggu semua..Kurang lebih seminggu je lagi kita akan masuk ke bulan Ramadhan Al- Mubarak...Sekarang ni tengah lepak jap sementara nak tunggu fly balik...

Episod baru dalam kehidupan kami bermula esok di Malaysia Timur.. Jumpa lagi..

Tatatatata... (",))))))))))~

Wednesday, June 26, 2013

Hujan Pengubat Jerebu-WW


Alhamdulillah, syukur padaMU mengurniakan hujan yang bermanfaat buat semua makhluk di muka bumi semalam.. Teringat lagu ni, Al- Fatihah..

Sunday, June 23, 2013

Malam Nisfu Syaaban

 

Assalamualaikum dan salam Syaaban semua..Mudah-mudahan diberi kesihatan yang baik maklumlah negara sedang berdepan dengan cuaca yang tidak sihat sekarang..Banyakkan minum air kosong dan kurangkan aktiviti di luar rumah ye..

Apabila masuk waktu maghrib hari ini bermulanya pertengahan bulan Syaaban yakni Nisfu Syaaban..Semoga kita beroleh manfaat darinya..

Yang baik datangnya daripada Allah, yang buruk daripada kelemahan manusia itu sendiri..

Selamat beramal...

Saturday, June 22, 2013

Packing Time


Short entry today...Time to settle down..

Free boleh update lagi..Tatatataa (",)))))))))))))0~

Friday, June 21, 2013

Nisfu Syaaban

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua..Jangan lupa hari Isnin ni nisfu Syaaban ye..Selamat beramal.. (",))))))))))))0~
 
Hadith: 
Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.
 
Huraian Hadith: 
 
1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan

3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

iii. Bertaubat

iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
 
Ilmu credit to, Jakim

Tuesday, June 18, 2013

Satay Willy


Assalamualaikum semua, hari ni auto publish post tau sebab ada hal sikit so tak sempat nk jenjalan..Nanti CAP datang terjah tau siap-siap sediakan makanan ye, lapar ni nak datang makan..

Ni entry last week pergi makan satay dengan asben kat Kajang..Tapi bukan satay Samuri ok, no no no..Kali ni CAP try rasa satay willy pulak asyik masuk tv je kan tak boleh jadi ni..Harus di cobain ibu-ibu sebelum move in to Sarawak next month...


Finally, yeayyyy rasa jugak kan, hari tu tengok kat blog kak Jassnani macam sedap la haiii..Tapi series sataynya sedap dan terasa rempah dan perapan..Yummy yummy...Ada satay ayam, lembu dan kambing price not bad below RM 1 kecuali kambing..Ni nak citer ni CAP arrive destination dengan bantuan Waze dalam pukul 5.30 gitu kena que jugak isy isy..Yang nak takeaway ada no giliran jugak weh..Pukul 6 lebih centu nak takeaway kat my parents ayam habis pulokkk masa pergi tu hari Sabtu..


Overall ok taste dia boleh bagi 4/5 sebab kuah dia bagi CAP sedap, emm cuma masih boleh diperbaiki lagi bagi umppphhh sikit lagi..Sukati je nak cakap kan tapi sate dia memang sedap tak tipu makan gitu je pun dah ok dia serve pulak dengan lontong tau bukan nasi impit, ada kelainan thumbs up..Sorry ye tuan punya kedai kalau terbaca...Next time CAP pasti akan datang lagi, peace no war (",)))))))0~


Banyak kedai kat foodcourt tu juga ada burger bakar and etc..That day CAP try ABC sedap jugak minum time panas gini kan..Tak letak sirap merah, rasa nya gula melaka sebab ada rasa lemak2 gitu..

Sibuk nak letak jugak picca ABC yang dah kena roboh ni..Suka tak, suka tak, pinjam tagline Chef Amar jap..

Last but not least sebelum balik beli chestnut atau buah berangan..Selalu tengok cha ya nun alif je jual buah ni tapi kat sini budak melayu..Harga? 1kg RM35 so CAP belilah 200g je RM7 jadilah buat rebut2 dengan asben kan..


Belum habis lagilah, otw balik rumah nampak bebudak yang jual durian Muo kat Bulatan Mawar, Cheras dah berkhemah lagi kat situ..Tapi katanya start bulan depan baru banyak..Setakat ni yang paling murah 2 biji RM10 tapi dah habis..CAP beli yang 3 biji RM20 memang superb.. Cantik semua takdak busuk hokey..Berbaloi esoknya siap buat bubur chacha durian..Bila dah musim sebakul RM 10 tau..Will miss this moment..


Sampai di sini saja..Daaaa...  (",))))))))))))0~

Monday, June 17, 2013

Kek Coklat Moist Tanpa Telur


Assalamualaikum dan salam Isnin..Masih ada yang gigih mengganti puasa tak, sama la kita (",)...Kek ni CAP buat last week sementara nak tunggu berbuka puasa plus sempat lagi tengok cerita Ady Putra Teduhan Kasih masa baking maklumlah cik abang takde outstation..Geram je tengok watak Anis Nabilah dalam cerita tu menjadi jahat dia..

Taknak buang masa resepi ni copy dari blog jintanmanis sedap tau kek ni lembut je walaupun dibakar, tq ye..Pemilik asalnya kak Dayang moga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik..Maaf jika ada yang CAP tukar dalam resepi ni ye sebab taknak buat topping dia..Enak dimakan begitu saja..Semak kat bawah ye resepinya..

1 cawan tepung gandum
1 sdt baking powder
1/2 sdt soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sdb susu tepung (CAP tak letak)
1 1/4 cawan air sejuk (CAP ganti 150ml susu cair + 100ml air dr peti ais)
1 cawan gula perang (CAP ganti 3/4 cawan gula kastor )
1 sdt esen vanilla
1/2 sdt coffee emulco atau chocolate emulco (CAP ganti esen coklat)
Secubit garam
1/2 cawan minyak masak
1 sdt cuka atau jus lemon 
Sedikit coklat chip (untuk ditabur)

Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan muffin cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata. 

Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul. 

Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati. 

Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.

Memang gebu , lembut dan moist je adunan kek ni..Sampai tak sempat nk snap picca dah potong..Nanti nak buat lagilah..Yummyy... 

Saturday, June 15, 2013

Sanjak Si Renta ~ Pena Bahari




Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..Entry hari ni berkisar tentang buku puisi yang telah dipasarkan..

Ada yang berminat dengan puisi hasil tulisan anak Sarawak boleh dapatkan dengan harga RM 15 Sabah/Sarawak dan RM 17 Semenanjung dengan 97 helaian muka surat ..Beliau dapat dihubungi di sini ye kawan-kawan..

Sanjak Si Renta diberi nama memberikan warna keindahan, kesegaran kematangan, kelainan dan kebenaran.. Kata dan makna yang terjalin kemas menitipkan kebjaksanaan dan hikmah untuk dinikmati hasil..

Hasil nukilan Pharo Abdul Hakim dan pernah memenangi Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak 2002 genre puisi..

Selamat Membaca..


Tuesday, June 11, 2013

Roti Jala Penyambut Syaaban


Assalamualaikum, mudah-mudahan semua yang membaca entri ini diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur untuk meniti perjalanan sepanjang menyambut ketibaan Ramadhan..Alhamdulillah semalam dapatlah kiranya berbuka dengan roti jala atau ada yang panggil roti kirai...Ada nama lain tak selain nama di atas, kalau ada sila angkat tangan siapa yang tahu..(",)

Roti jala ni CAP lawankan kuah kari ayam yang berbaki asyik lempeng je kan bosan jugak..Mudah dan ringkas buat roti jala ni cuma tang nak jala tu, kena tahap kelajuan cantik la dia..Jom tengok bahan dia..

1 cawan tepung gandum
1 cawan air 
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning
1 sdt minyak masak

Masukkan semua bahan dan kisar hingga halus dan adunan tidak berketul..

Panaskan non stick pan dan bolehlah menjala dengan api perlahan.. Setelah kering permukaan roti tersebut angkat dan lipat kemas..

CAP lipat yang bahagian licin sebelah dalam dan yang garing sedikit sebelah luar..

 

Sedap dihidang dengan kuah kari..Selamat menjala.. (",))))))))))0

Monday, June 10, 2013

Biskut Coklat Chip Cinnamon


Assalamualaikum dan selamat bertugas semua.. Kejap je dah masuk Syaaban kan dan sessi persekolahan pun telah bermula.. Ni projek last week lepas hidung terbau kat Famous Amous masa jenjalan haritu..Bagi yang tak suka manis boleh gantikan dengan gula perang atau kurangkan lagi sikit gula castor..Tanpa membuang masa jom kita tengok resepi dia..Boleh buat utk raya juga ni nanti..

250g mentega
150g gula castor (3/4 cawan)
1 biji telur
250g tepung gandum (2 1/4 cawan) 
2 sdb tepung jagung
Secubit garam
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt serbuk kulit kayu manis (CAP sagat cinnamon yang buat masak je)
1 cawan coklat chip
1 sdt esen coklat

Pukul butter dan gula hingga kembang kemudian tambahkan esen coklat, garam dan serbuk kayu manis..

Masukkan telur diikuti dengan tepung gandum, soda bikarbonat dan tepung jagung yang telah diayak sedikit demi sedikit.

Kacau rata dan masukkan coklat chip gaul sebati..Adunan memang sedikit lembik tapi menghasilkan biskut yang rangup..

Griskan loyang dengan sedikit marjerin dan taburkan tepung..Letakkan anggaran 1 sdt adunan ke dalam loyang dan jarakkan setiap adunan sebab ianya mengembang dan meleper dengan sendiri..

Bakar selama 30 minit atau hingga masak dengan suhu 190'c mengikut oven masing-masing dan sejukkan di atas redai..

Simpan dalam bekas kedap udara..Dah siap boleh buat minum petang..

Selamat mencuba (",))))))))))))0

Saturday, June 8, 2013

Santai Lagi

Assalamualaikum semua..Sana sini jalan jam kan jadi CAP pun santai di rumah jelah..Semalam hantar maksu pergi airport nsk balik Kuching pun tak sanggup tengok q nak check in Malindo..Nasib dapat fast lane terus tumpang check in kat Business class dengan budi bicara pegawai Malindo, thank ya..

Tengok gambar Qardiani jom makin comel dia kan..


 Geram tengok mulut tu..comell


Kakaknya Qaleesya eksyen takmo senyum pandang kamera..Dah pakai baju cantik kan nak jalan katanya awal lagi dah masuk kereta ..


Hari ni lagilah dapur berasap terlebih dengan nasi impit, rendang ayam tua dn kuah kacang bagai..Ada rasa macam raya la pulok bila asben cakap nak makan hidangan gini..Layankan aje..

Ok daaa..

Friday, June 7, 2013

Kisah Nabi Zakaria A.S

Nabi Zakaria adalah ayah dari Nabi Yahya putera tunggalnya yang lahir setelah ia mencapai usia sembilan puluh tahun. Sejak beristeri Hanna, ibu saudaranya Maryam, Zakaria mendambakan mendapat anak yang akan menjadi pewarisnya. Siang dan malam tiada henti-hentinya ia memanjatkan doanya dan permohonan kepada Allah agar dikurniai seorang putera yang akan dapat meneruskan tugasnya memimpin Bani Israil. Ia khuatir bahawa bila ia mati tanpa meninggalkan seorang pengganti, kaumnya akan kehilangan pemimpin dan akan kembali kepada cara-cara hidup mereka yang penuh dengan mungkar dan kemaksiatan dan bahkan mungkin mereka akan mengubah syariat Musa dengan menambah atau mengurangi isi kitab Taurat sekehendak hati mereka. Selain itu, ia sebagai manusia, ingin pula agar keturunannya tidak terputus dan terus bersambung dari generasi sepanjang Allah mengizinkannya dan memperkenankan.

Nabi Zakaria tiap hari sebagai tugas rutin pergi ke mihrab besar melakukan sembahyang serta menjenguk Maryam anak iparnya yang diserahkan kepada mihrab oleh ibunya sesuai dengan nazarnya sewaktu ia masih dalam kandungan. Dan memang Zakarialah yang ditugaskan oleh para pengurus mihrab untuk mengawasi Maryam sejak ia diserahkan oleh ibunya. Tugas pengawasan atas diri Maryam diterima oleh Zakaria melalui undian yang dilakukan oleh para pengurus mihrab di kala menerima bayi Maryam yang diserahkan pengawasannya kepadanya itu adalah anak saudara isterinya sendiri yang hingga saat itu belum dikurniai seorang anak pun oleh Tuhan.

Suatu peristiwa yang sangat menakjubkan dan menghairankan Zakaria telah terjadi pada suatu hari ketika ia datang ke mihrab sebagaimana biasa. Ia melihat Maryam disalah satu sudut mihrab sedang tenggelam dalam sembahyangnya sehingga tidak menghiraukan bapa saudaranya yang datang menjenguknya. Di depan Maryam yang sedang asyik bersembahyang itu terlihat oleh Zakaria berbagai jenis buah-buahan musim panas. Bertanya-tanya Nabi Zakaria dalam hatinya, dari mana datangnya buah-buahan musim panas ini, padahal mereka masih berada dalam musim dingin. Ia tidak sabar menanti anak saudaranya selesai sembahyang, ia lalu mendekatinya dan menegur bertanya kepadanya: "Wahai Maryam, dari manakah engkau dapat ini semua?"

Maryam menjawab: "Ini adalah pemberian Allah yang aku dapat tanpa kucari dan aku minta. Di waktu pagi dikala matahari terbit aku mendapatkan rezeki ku ini sudah berada di depan mataku, demikian pula bila matahari terbenam di waktu senja. Mengapa bapa saudaranya merasa hairan dan takjub? Bukankah Allah berkuasa memberikan rezekinya kepada siapa yang Dia kehendaki tanpa perhitungan?"

Maryam binti Imran

Maryam yang disebut-sebut dalam kisah Zakaria adalah anak tunggal dari Imran seorang daripada pemuka-pemuka dam ulama Bani Isra'il. Ibunya saudara ipar dari Nabi Zakaria adalah seorang perempuan yang mandul yang sejak bersuamikan Imran belum merasa berbahagia jika belum memperoleh anak. Ia merasa hidup tanpa anak adalah sunyi dan membosankan. Ia sangat mendambakan keturunan untuk menjadi pengikat yang kuat dalam kehidupan bersuami-isteri, penglipur duka dan pembawa suka di dalam kehidupan keluarga. Ia sangat akan keturunan sehingga bila ia melihat seorang ibu menggandung bayinya atau burung memberi makan kepada anaknya, ia merasa iri hati dan terus menjadikan kenangan yang tak kunjung lepas dari ingatannya.

Tahun demi tahun berlalu, usia makin hari makin lanjut, namun keinginan tetap tinggal keinginan dan idam-idaman tetap tidak menjelma menjadi kenyataan. Berbagai cara dicubanya dan berbagai nasihat dan petunjuk orang diterapkannya, namun belum juga membawa hasil. Dan setelah segala daya upaya yang bersumber dari kepandaian dan kekuasaan manusia tidak membawa buah yang diharapkan, sedarlah isteri Imran bahawa hanya Allah tempat satu-satunya yang berkuasa memenuhi keinginannya dan sanggup mengurniainya dengan seorang anak yang didambakan walaupun rambutnya sudah beruban dan usianya sudah lanjut. Maka ia bertekad membulatkan harapannya hanya kepada Allah bersujud siang dan malam dengan penuh khusyuk dan kerendahan hati bernazar dan berjanji kepada Allah bila permohonannya dikabulkan, akan menyerahkan dan menghebahkan anaknya ke Baitul Maqdis untuk menjadi pelayan, penjaga dan memelihara rumah suci itu dan sesekali tidak akan mengambil manfaat dari anaknya untuk kepentingan dirinya atau kepentingan keluarganya.

Harapan isteri Imran yang dibulatkan kepada Allah tidak tersia-sia. Allah telah menerima permohonannya dan mempersembahkan doanya sesuai dengan apa yang telah disuratkan dalam takdir-Nya bahawa dari suami isteri Imran akan diturunkan seorang nabi besar. Maka tanda-tanda permulaan kehamilan yang dirasakan oleh setiap perempuan yang mengandung tampak pada isteri Imran yang lama kelamaan merasa gerakan janin di dalam perutnya yang makin membesar. Alangkah bahagia si isteri yang sedang hamil itu, bahawa idam-idamannya itu akan menjadi kenyataan dan kesunyian rumah tangganya akan terpecahlah bila bayi yang dikandungkan itu lahir. Ia bersama suami mulai merancang apa yang akan diberikan kepada bayi yang akan datang itu. Jika mereka sedang duduk berduaan tidak ada yang diperbincangkan selain soal bayi yang akan dilahirkan. Suasana suram sedih yang selalu meliputi rumah tangga Imran berbalik menjadi riang gembira, wajah sepasang suami isteri Imaran menjadi berseri-seri tanda suka cita dan bahagia dan rasa putus asa yang mencekam hati mereka berdua berbalik menjadi rasa penuh harapan akan hari kemudian yang baik dan cemerlang.

Akan tetapi sangat benarlah kata mutiara yang berbunyi: "Manusia merancang, Tuhan menentukan. Imran yang sangat dicintai dan sayangi oleh isterinya dan diharapkan akan menerima putera pertamanya serta mendampinginya dikala ia melahirkan , tiba-tiba direnggut nyawanya oleh Izra'il dan meninggallah isterinya seorang diri dalam keadaan hamil tua, pada saat mana biasanya rasa cinta kasih sayang antara suami isteri menjadi makin mesra. Rasa sedih yang ditinggalkan oleh suami yang disayangi bercampur dengan rasa sakit dan letih yang didahului kelahiran si bayi, menimpa isteri Imran di saat-saat dekatnya masa melahirkan.

Maka setelah segala persiapan untuk menyambut kedatangan bayi telah dilakukan dengan sempurna lahirlah ia dari kandungan ibunya yang malang menghirup udara bebas. Agak kecewalah si ibu janda Imran setelah mengetahui bahawa bayi yang lahir itu adalah seorang puteri sedangkan ia menanti seorang putera yang telah dijanjikan dan bernazar untuk dihebahkan kepada Baitulmaqdis. Dengan nada kecewa dan suara sedih berucaplah ia seraya menghadapkan wajahnya ke atas: "Wahai Tuhanku, aku telah melahirkan seorang puteri, sedangkan aku bernazar akan menyerahkan seorang putera yang lebih layak menjadi pelayan dan pengurus Baitulmaqdis. Allah akan mendidik puterinya itu dengan pendidikan yang baik dan akan menjadikan Zakaria, iparnya dan bapa saudara Maryam sebagai pengawas dan pemeliharanya.

Demikianlah maka tatkala Maryam diserahkan oleh ibunya kepada pengurus Baitulmaqdis, para rahib berebutan masing-masing ingin ditunjuk sebagai wali yang bertanggungjawab atas pengawasan dan pemeliharaan Maryam. Dan kerana tidak ada yang mahu mengalah, maka terpaksalah diundi di antara mereka yang akhirnya undian jatuh kepada Zakaria sebagaimana dijanjikan oleh Allah kepada ibunya.

Tindakan pertama yang diambil oleh Zakaria sebagai petugas yang diwajibkan menjaga keselamatan Maryam ialah menjauhkannya dari keramaian sekeliling dan dari jangkauan para pengunjung yang tiada henti-hentinya berdatangan ingin melihat dan menjenguknya. Ia ditempatkan oleh Zakaria di sebuah kamar di atas loteng Baitulmaqdis yang tinggi yang tidak dapat dicapai melainkan dengan menggunakan sebuah tangga. Zakaria merasa bangga dan bahagia beruntung memenangkan undian memperolehi tugas mengawasi dan memelihara Maryam secara sah adalah anak saudaranya sendiri. Ia mencurahkan cinta dan kasih sayangnya sepenuhnya kepada Maryam untuk menggantikan anak kandungnya yang tidak kunjung datang. Tiap ada kesempatan ia datang menjenguknya, melihat keadaannya, mengurus keperluannya dan menyediakan segala sesuatu yang membawa ketenangan dan kegembiraan baginya. Tidak satu hari pun Zakaria pernah meninggalkan tugasnya menjenguk Maryam.

Rasa cinta dan kasih sayang Zakaria terhadap Maryam sebagai anak saudara isterinya yang ditinggalkan ayahnya meningkat menjadi rasa hormat dan takzim tatkala terjadi suatu peristiwa yang menandakan bahawa Maryam bukanlah gadis biasa sebagaimana gadis-gadis yang lain, tetapi ia adalah wanita pilihan Allah untuk suatu kedudukan dan peranan besar di kemudian hari.

Pada suatu hari tatkala Zakaria datang sebagaimana biasa, mengunjungi Maryam, ia mendapatinya lagi berada di mihrabnya tenggelam dalam ibadah berzikir dan bersujud kepada Allah. Ia terperanjat ketika pandangan matanya menangkap hidangan makanan berupa buah-buahan musim panas terletak di depan Maryam yang lagi bersujud. Ia lalu bertanya dalam hatinya, dari manakah gerangan buah-buahan itu datang, padahal mereka masih lagi berada pada musim dingin dan setahu Zakaria tidak seorang pun selain dari dirinya yang datang mengunjungi Maryam. Maka ditegurlah Maryam tatkala setelah selesai ia bersujud dan mengangkat kepala: "Wahai Maryam, dari manakah engkau memperolehi rezeki ini, padahal tidak seorang pun mengunjungimu dan tidak pula engkau pernah meninggalkan mihrabmu? Selain itu buah-buahan ini adalah buah-buahan musim panas yang tidak dapat dibeli di pasar dalam musim dingin ini."

Maryam menjawab: "Inilah pemberian Allah kepadaku tanpa aku berusaha atau minta. Dan mengapa engkau merasa hairan dan takjub? Bukankah Allah Yang Maha Berkuasa memberikan rezekinya kepada sesiapa yang Dia kehendaki dalam bilangan yang tidak ternilai besarnya?"

Demikianlah Allah telah memberikan tanda pertamanya sebagai mukjizat bagi Maryam, gadis suci, yang dipersiapkan oleh-Nya untuk melahirkan seorang nabi besar yang bernama Isa Almasih a.s.
 
 
Credit to Hamba Allah

3 Tahun Yang Berlalu


Senyum .. (",)))))))))))0 ^'

Thursday, June 6, 2013

Sambal Ketuk Peneman Berbuka


Assalamualaikum dan Salam Isra' Mikraj..
Kebetulan semalam CAP jenjalan kat blog kak TEena ni terjumpa sambal ketuk ni jadi terliur pulak time puasa gini kan..Barang pun semua ada je dalam dapur bolehlah godek je..Tq ye, sungguh CAP belum pernah buat sambal gini yang ikan bilis dia tumbuk sekali..Selalu tu tumis lebur je ikan bilis gorengnya..Nak buat pun senang..Tahan lama kan, kotlah sapa yang nak bagi bekal kat anak balik asrama hujung minggu ni..Jom kita tengok resepinya..
Segenggam ikan bilis
Cili api secukupnya (anggaran 20 biji lebih kurang)
1 biji bawang besar
1 biji limau nipis



Ikan bilis digoreng garing dan ketepikan..Kemudian gorengkan cili api dan bawang sehingga layu..
 

Tumbuk ikan bilis, bawang dan cili api hingga lumat atau separa lumat..
Siap dihidang dengan nasi panas dan perahan air limau..

Wednesday, June 5, 2013

Rejab Akan Pergi Syaaban Datang Lagi Ramdhan Sedang Menanti

Assalamualaikum dan Salam Rejab semuanya..Esok tanggal 27 rejab terjadinya peristiwa ISRA' mIKRAJ..

Beberapa peristiwa penting telah berlaku dalam bulan Rejab, antaranya:
  1. Peristiwa Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  2. Malaikat Jibril melakukan pembedahan ke atas dada Rasulullah SAW.
  3. Diperlihatkan keadaan syurga dan neraka melalui Rasulullah SAW.
  4. Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Rasul-Rasul terdahulu.
  5. Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj)

Peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Nabi Muhammad SAW. adalah perkara besar yang berlaku dalam bulan ini. Baginda telah di“Israk”kan (dibawa berjalan) dengan menggunakan `Buraq’, dari Masjidil Haram di Kota Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin serta di“Mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah SWT. Di mana dengan izin-Nya, Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah SAW.

Semuanya berlaku dalam satu malam sahaja. Perjalanan ini disebutkan Allah di dalam Al-Quran menerusi firman-Nya: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesunguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”    (Surah Al Israa’: 1)

Iktibar Daripada Kisah Israk Dan Mikraj


Ketika Rasulullah SAW diisrakkan pada malam itu, baginda terlebih dulu mengalami pembedahan dada, dilakukan Malaikat Jibril dengan mengeluarkan segala kotoran dan diisi dengan iman dan hikmah, kemudian dibersihkan hati baginda dengan air zamzam dan dicantumkan semula.
 
Rasulullah SAW dibawa ke Baitulmaqdis dan di Masjidil Aqsa, Rasulullah SAW mengerjakan solat sebelum Jibril menghidangkan dua jenis minuman kepada baginda. Lantas baginda memilih susu.
Jibril berkata: “Benar, engkau telah memilih air susu adalah lambang kesucian dan seandainya engkau mengambil minuman keras nescaya akan tersesatlah engkau dan umat engkau.”

Beberapa tanda kebesaran diperlihatkan kepada Rasulullah SAW ketika Israk, antaranya ialah baginda melihat orang yang sedang memotong padi dan selepas tiap potongan, pokok padi itu tumbuh lagi dan demikian seterusnya tanpa henti.
 
Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril: “Siapakah gerangan itu?” Jibril menjawab: “Itulah contohnya umatmu yang suka bersedekah, maka harta yang disedekahkah itu tidak hilang bahkan kian bertambah di sisi Tuhan yang diterima oleh umatmu yang rajin beramal di kemudian hari dengan berlipat ganda.”
Rasulullah SAW turut melihat orang yang memukul kepala dengan besi. Selepas pecah kepala, ia bercantum semula. Kemudian, dipukul lagi dan pecah semula, begitulah seterusnya berulang kali.
Selepas Rasulullah SAW bertanya, Jibril pun menjawab: “Inilah orang yang malas dan enggan mengerjakan sembahyang, kepalanya tidak mahu sujud kepada Allah maka di kemudian hari, dia akan merasakan sendiri kemalasannya itu.”

Ketika Mikraj pula, Rasulullah SAW menempuh perjalanan melalui tujuh lapisan langit, malah ke tempat lebih tinggi dari langit ketujuh itu. Di tempat mulia itulah, Allah menyampaikan perintah mulia untuk baginda dan umatnya, iaitu mengerjakan solat.
 
Pada mulanya, perintah solat wajib itu menghendaki ia dilaksanakan 50 kali sehari semalam tetapi selepas soal jawab bersama Nabi Musa as, akhirnya mendapat keringanan Allah SWT untuk mengerjakan lima waktu solat saja.
Selepas perintah solat itu, Rasulullah SAW kembali ke dunia dan tiba di Makkah ketika Subuh. Begitulah perjalanan dari Makkah ke Palestin, kemudian naik ke langit dan lebih tinggi dari itu sebelum menerima perintah solat.

Rasulullah SAW turut melihat orang yang memukul kepala dengan besi. Selepas pecah kepala, ia bercantum semula. Kemudian, dipukul lagi dan pecah semula, begitulah seterusnya berulang kali.
Selepas Rasulullah SAW bertanya, Jibril pun menjawab: “Inilah orang yang malas dan enggan mengerjakan sembahyang, kepalanya tidak mahu sujud kepada Allah maka di kemudian hari, dia akan merasakan sendiri kemalasannya itu.”

Ketika Mikraj pula, Rasulullah SAW menempuh perjalanan melalui tujuh lapisan langit, malah ke tempat lebih tinggi dari langit ketujuh itu. Di tempat mulia itulah, Allah menyampaikan perintah mulia untuk baginda dan umatnya, iaitu mengerjakan solat.
 
Pada mulanya, perintah solat wajib itu menghendaki ia dilaksanakan 50 kali sehari semalam tetapi selepas soal jawab bersama Nabi Musa as, akhirnya mendapat keringanan Allah SWT untuk mengerjakan lima waktu solat saja.
Selepas perintah solat itu, Rasulullah SAW kembali ke dunia dan tiba di Makkah ketika Subuh. Begitulah perjalanan dari Makkah ke Palestin, kemudian naik ke langit dan lebih tinggi dari itu sebelum menerima perintah solat.

 Credit to ---- >http://azizijaafar.blogspot.com & http://aimisabri.blogspot.com

Tuesday, June 4, 2013

Nak Cutiiii Tak Cuti

Assalamualaikum semua...Ada yang dah balik bercuti ke..bestnye tengok orang lain pegi jenjalan ni..Nak ikut jugak..Entry malas je tau hari ni takmo hapdet nak bw je..

Ok nak sambung packing memacking hahah ayat sukati tulis..Kenkawan doakan urusan CAP di permudahkan ye...1 month to go..

Sunday, June 2, 2013

Everlasting Love



Dedicated to my lovely husband