Pages

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 31, 2013

Paceri Terung Meletup


Assalamualaikum dan salam Jumaat Al Mubarak..Tq kepada kak hanieliza dan kak nor resepi yang sedap hingga menjilat jari..

Rasa dan aroma bau udang kering menyentap jiwa tambah pulak dengan kerisik..Huhhhh tak boleh cakap apa dah dengan nasi putih yang panas tu kan siap dengan ikan kerisi goreng..Tak toleh kiri kanan hehehe..

Lain kali boleh cuba buat paceri nenas lawan dengan nasi minyak pulak time gader2 dengan family..Jom kite tengok bahan dia senang je..


1 biji nenas [potong kecil] (CAP ganti 1 biji terung panjang yang digoreng sekejap)
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa] (CAP ganti susu cair)
1 inci halia ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 sdb udang kering [tumbuk]
1 batang kulit kayu manis
6 sdb besar rempah kari ikan [bancuh ngan air]
4 sdb besar minyak
2 sdb besar gula merah/putih (CAP ganti gula apung)
2 sdb kerisik
Garam secukup rasa 

Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu manis dan rempah kari yang digaul dengan air. 
Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada periuk.

Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.  Masak hingga kuah pekat dan naik minyak.
 
Nota Tambahan
Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri.


Thursday, May 30, 2013

Kek Pisang Emas


Resepi ni CAP copy kat blog En Mat Gebu dan mamafami tak lupa tq juga kepada pemilik asal resepi ni sedap sangat plus gebu kek nye..First time CAP buat kek pisang sendiri ni selalu beli je..

Mula tu macam neves jugak tau sebab adunan dia pekat semacam je tawakkal jela.But at the end kek naik cantik je cuma terpakai loyang besar sikit jadi tak tinggi la sebab takda loyang loaf..Lain kali pakai tin loaf cantik macam kenkawan lain buat..Dalam kata lain nak buat lagi le tu sebab senang je masuk dalam blender heheehe..

200 gram tepung gandum*
1 sdt soda bicarbonate*
1 sdt baking powder*(*satukan dan ayak)
150 gram pisang (CAP guna pisang emas)
170 gram gula perang (CAP ganti 140g gula kastor + 1sdb gula apung)
Secubit garam
3 biji telur gred A
120ml minyak sayur
1 sdb ovallate
Beberapa titik esen pisang (CAP ganti esen vanilla)
Chocolate rice sebagai hiasan (CAP ganti coklat cip)


Panaskan oven pada suhu 170C, sediakan loaf pan berukuran 7 inci x 3 inci (2 biji), sapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak (anda boleh juga guna tin bulat 8 inci atau tin 4 segi 8 inci). Ketepikan.

Lecek pisang, gula, garam dan ovallate hingga semua bergaul dan sebati. 

Masukkan telur, kacau hingga rata. Tambah tepung yang telah diayak, minyak jagung dan esen pisang (jika guna). Gaul hingga sebati. 

Kalau anda nak masukkan sedikit coklat rice juga boleh, tapi CAP cuma tabur atas kek saja.

Tuang dalam tin kek dan bakar 40 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2. 


Keluarkan kek dari tin, biar sejuk atas jaringan dan boleh hidangkan..Sekali imbas nampak cam kek buah pulak..Ah sudah,...

Selamat mencuba (",)))))))))0





Wednesday, May 29, 2013

Dragon Fruit Berbuah Lagi


Assalamualaikum dan selamat pagi..Alhamdulillah berbuah lagi buah naga di rumah mak ni..Kali ni kedua kali la dapat makan buah ni lepas bertahun lamanya menanti hasil..Tahun ni cubaan kedua pokok ni berbuah tapi beberapa bulan lepas jadi macam dan bunga berguguran gitu..Takmo lekat buah dia tu tau..

Ni macam ada peluang nak makan lagi je..Rasanya macam tak lama lagi dapat tuai gitu kan..Yeeehaaa...Ambik, sekali 2 biji buahnya ermmm yummy...Ce tengok kat celah pokok naga yang dah macam kaktus tua tu ada buah belimbing jugak..Sedapnya dapat buat masak lemak lalaalala..Blurppp, terliur sekejap..


 

Sekian dulu nanti dah dapat makan CAP post tau...Tatatataitituu..

Tuesday, May 28, 2013

Nasi Beriyani Timbus Kak Amie Bertukar Rempah Khabsa


Assalamualaikum semua dan selamat bercuti kepada yang turut bercuti meraikan cuti persekolahan yang baru bermula..Resepi ni CAP skodeng kat dapur kak Amie sayang..Tapi dek kerana rempah beriyani CAP tengok expired pulak jadi tukar je la rempah apa yang ada..Sedap masak timbus gini..Lain kali boleh guna kambing mesti umpphhhh kan..5 bintang bagi kat kak Amie..Jom kita tengok bahan dia ye yang sempoi je kan..

500 gram beras basmathi - (CAP masak 4 cawan)
200 gram daging kambing dipotong kiub - (CAP masak seekor ayam)
100 gram bawang besar - dihiris
80 gram bawang putih - dihiris
50 gram halia - dihiris
10 gram daun pandan - disimpul
20 gram daun bawang - dipotong
20 gram daun pudina dipotong
5 gram kulit kayu manis
5 gram buah pelaga
5 gram bunga lawang
5 gram bunga cengkih
20 gram cili merah - belah dua
20 gram cili hijau - belah  dua
80 gram rempah beriyani (CAP ganti rempah khabsa)
200ml susu cair (CAP letak 1 cawan)
100ml minyak sapi (CAP ganti marjerin)  
50ml minyak jagung
350ml air - (CAP letak 5 cawan air)  
Garam secukup rasa
7 biji telur rebus (CAP tak letak) 200 gram ubi kentang - (CAP tak letak)  
Sedikit pewarna kuning



Dalam sebuah periuk, masukkan minyak dan tumis daun pandan sehingga naik bau.
 
Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, daun bawang, daun sup, daun ketumbar dan daun pudina. Kacau hingga wangi.   

Masukkan bahan yang dihiris, rempah beriyani dan masak hingga naik bau.
   
Masukkan daging kambing / ayam, susu cair, garam, air dan gula secukupnya - Amie masukkan sekali ubi kentang.
 
Gaul rata hingga daging / ayam lembut. 

Akhir sekali masukkan beras (dan ubi kentang yang direbus). Gaul dan masak hingga kering.
 
Bila sudah masak, bolehlah dihidangkan dan dihias.


Sedapnye makan dengan ayam masak merah..Jeng jeng jeng kepak ayam keluar dari timbunan nasi...CAP panjangkan kat sini resepinya..Selamat mencuba..

Monday, May 27, 2013

OST - Sebenarnya Saya Isteri Dia




Santai Malam


Friday, May 24, 2013

Puding Sagu Gula Melaka


Assalamualaikum, hari ni cuti kan bestnya...Musim panas begini rasa nak makan yang sejuk je kan..CAP tengok susu cair berbaki dengan barang lain semua ada termasuk cik sagu ni..Kes nak habiskan stok ni..Hasil skodeng dapur kak Lina Pg..Tq kak owsem makan gini tau selalu buat makan dengan kelapa parut walaupun CAP punya tak berapa nak lapis plak masa serve hehehe..

Sagu:

1 cawan biji sagu (warna putih)
1 liter air
1 helai daun pandan simpul
Pewarna kegemaran
 
Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam kemudian toskan..

Didihkan air bersama daun pandan.Masukkan biji sagu ke dalam air yg mendidih tadi..

Masak hingga sagu bertukar jernih dan tutup api dan biarkan seketika..

Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk membuang kanji.

Bahagikan sagu kepada beberapa bahagian. Titiskan warna kegemaran masing dan kacau menggunakan garfu..

Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan..

 

Untuk Manisan

1 ketul gula melaka/gula nipah/gula kabung (CAP guna gula apung)
1/2 cawan gula pasir (CAP kurangkan)
1/2 cawan air
1 helai daun pandan simpul
 
Satukan semua bahan, masak hingga gula larut dan pekat kemudian tapis.
Untuk menghidang keluarkan sagu dari acuan, curahkan susu cair dan juga air gula. 
Note: Puding ni sedap dimakan bila disejukkan beberapa jam.

Thursday, May 23, 2013

Family Gathering Again


Assalamualaikum, lagi entry sekitar hometown last week tengok tu comel tak sarung ketupat burung yang nenek CAP buatkan ketupat bentuk ikan pun ada tapi terlupa snap..


Malu pulak...

Sampai kaki ayam pun naik atas panggang..



Happy sungguh adik-adik ni walaupun dah bau asap kan..




Canggih kan tempat bbq petang tu jugak siap hahaha...


 Ok kita makan duluuu.... Daaaa

Wednesday, May 22, 2013

Kailan Goreng Sos Tiram Udang Kering


Assalamualaikum..

Panas terik kan cuaca kat luar pening lalat rasa..Musim panas gini kena banyak minum air kosong tau..Jaga kesihatan baik-baik ye semua..Tak lama je lagi cuti sekolah pun bakal bermula..Esok last sessi persekolahan bersambung dengan cuti Hari Wesak kan..Kepada yang dah plan percutian selamat bercuti dan pandu cermat ingatlah orang yang tersayang..

Hari ini CAP nak kongsikan sayur kailan goreng sos tiram tapi tambahkan udang kering sedikit..Cubalah memang wangi bau udang kering dan bawang putih semerbak je..

2 pokok sayur kailan
3 ulas bawang putih (dicincang halus) 
2 sdb sos tiram
1 sdb udang kering
Sedikit serbuk lada sulah
Garam (jika perlu) 


Celur sayur kailan dan ketepikan.

Tumis udang kering hingga naik bau dan sedikit garing.. Kemudian tambahkan bawang putih hingga garing juga.

Masukkan sedikit lada sulah, sos tiram dan sedikit air..

Tuangkan pada sayur kailan yang telah dicelur tadi dan sedia dihidang..

Selamat mencuba..

Experience with Malindo Air


Assalamualaikum uolls...Balik hometown lastweek our first experience by Malindo Air..Tiket? CAP dapat harga return RM78 and RM38 KLIA-> KUCHING-> KLIA all in ok this fare..Free baggage 15kg per person untuk economy class yang best tu and sangat convenience..


Seat sangat selesa dan luas dengan Malindo siap ada in flight entertainment lagi tu..Boleh tengok movie, dengar song, main game dan nak cas handphone pun boleh..So sesiapa yang nak fly nanti jangan lupa bawa earphone sebab kalau nak beli dalam aircraft RM15.


Dalam aircraft diberikan snek sandwich tuna dan sebotol air mineral ok kan sesuai sangat la fly pun tak lama 1h 45min je dr KL plus sesuai dengan tagline Malindo Air Not Just Low Cost..Dah plan next trip untuk cuti sekolah jom booking online.. 


Tuesday, May 21, 2013

KL Pun Ada Jual Makanan Sarawak - Dapur Sarawak

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Kejap je dah hari Selasa kan plus hari Jumaat ni cuti yehaaaa lagilah tak sabar nak tunggu kan..

Last few weeks CAP ada pergi try makanan Sarawak kat tengah bandaraya KL ni gigih la pergi cari dengan asben..Haritu tengok fb Dapur Sarawak ni katanya dah beroperasi kat Foodcourt Taman Dagang, Ampang rupanya belum lagi pulak..Itupun tau lepas penat cari takdak pun kiosk mereka ni..So at last call kedai cakap belum bukak lagi puan, chef belum datang...Kenapa la admin dia tak update info kan maklumla cakap bukak bulan April tapi CAP datang bulan May tau..

Then few days later CAP pergi kedai lama yang terletak belakang Hospital Tawakal dekat Bulatan Pahang tu tapi sekarang dah panggil KPJ Hospital kan..


Ha nampak tak signboard sebelah CT Kafe... Kedai Dapur Sarawak ni pemiliknya pelakon Mahmud Ali Basha tu..Makanan not bad rasa masih ada originality and harga standard harga KL ye..Semangkuk mee harga RM6 kalau tak silap CAP.Lupa snap menu jangan marah ye hehehe... Nasi goreng dabai pun ada tau bagi sesiapa yang tak pernah try makan buah dabai ni..Nak tau macamana buah dia refer sini ye..Dah jom layan Laksa Sarawak, Mee Kolok and Teh C (orang KL panggil Layer Tea) slurppp hmm terasa gula apung..


Jeng jeng jeng nilah Laksa Sarawak tengok udang tu hahaaha this one better than sigek kede gik..


Mee Kolok my favourite hahaha nyummmy nyummmy......Ada ayam dengan daging jugak..


Ni ada sikit picca decor kedai ..



Ada jugak minum petang kuih kasui dengan bubur pulut hitam masa CAP datang and taste ok..Overall ok and must try..


Monday, May 20, 2013

Visit Qaleesya lagi


Last week balik asben hometown sempat lagi visit Qaleesya Dayana plus adik baru Qardiani Dayana yang dah habis tempoh berpantang di Stapok..Semakin keletah si kakak ni dengan happy nya dia bila CAP datang..Sampai taknak tidur, tengok tu bukan main sila panggung lagi makan gula-gula..

Suka dapat chuppa chupp tak nak syer tau dia..

 Adik Qardiani yang comel ni asyik terjaga dek suara si kakak yang bising..

Sunday, May 19, 2013

Sayap Ayam Rosemary

Assalamualaikum semua, lama sungguh tak update kat sini..CAP baru je balik dari hometown en asben..Ni sayap panggang sebelum balik kampung hari tu sempena adik ipar dapat transfer balik Kuching..Taknak celoteh panjang jom layan ye resepi main campak ni.

1/2 kg sayap ayam
2 sdb cili kering kisar
1 sdb madu
1 sdb jintan manis
1 sdt rosemary
2 biji limau nipis
2 sdt serbuk lada hitam
1 sdb minyak zaitun
Sedikit garam

Bersihkan sayap ayam tadi dan cucukkan sedikit dengan garfu.. Campurkan semua bahan, perahkan limau nipis dan perap selama 3 jam dan perasakan dengan garam..

Kemudian CAP panggang atas non stick pan je hingga masak..Sedap, cubalah..


Thursday, May 9, 2013

Roda Itu Akan Berputar

Gambar ihsan google
Assalamualaikum dan selamat pagi..Alangkah bertuah hidup ini bagi yang masih memilikinya..Hargailah mereka selayaknya kerna tanpa mereka kita bukan sesiapa di dunia yang hanya pinjaman ini..Sempena bulan May yang akan datang sambutan Hari Ibu ingin CAP berkongsi satu kisah yang boleh dijadikan iktibar buat kita semua..


“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku pada waktu kecil” (al-Isra’, 17: 24)
 
Ada kisah yang ingin dibawakan..Pada suatu pagi yang indah diiringi hujan rintik terdengarlah suara si ibu bermain dengan si anak ketawa riang..Selang berapa saat si ibu berkata, " anak busuk la, eek eek ye.. Dah pegi sana cakap kat nenek, anak eek eek tau.. Suruh nenek basuh"... Si anak masih datang ingin bermain dan meminta perhatian si ibu..

Tiba-tiba si ibu berang setelah si anak masih datang kepadanya..Dengan nada yang lantang si ibu menjerit, "mak ambil si anak ni dia eek eek busuk tau orang tak tahan la bau".. Mak kepada si ibu masih berdiam diri sambil mengenangkan nasibnya diperlakukan sedemikian..Menghabiskan sisa hidup yang ada ditemani uban yang kian penuh dan makin menipis di rambut,  gigi yang habis luruh, kudrat yang kian lemah..Berkatanya sendirian, "Ya Allah andai kau beri aku waktu untuk melihat anakku berubah dan menghargai aku"..

Si ibu masih lagi terjerit kepada emaknya meminta dibasuhkan sisa buangan si anak yang dibesarkan dirahim sendiri, dilahirkan dengan kudratnya hasil percantuman kasih sayang bersama suami yang tercinta..Tanpa belas kasihan melihat si anak meminta simpati si ibu meminta dibersihkan.. Sekali lagi si ibu terjerit tapi kali ini kepada si anak, " anak kan ibu dah cakap pergi kat nenek pergilah, yang degil sangat ni kenapa..Dah pandai melawan ye"..

Dengan rasa sayu hati emak si ibu ini pun menyahut, "sudahla cucu mari kat nenek biar nenek bersihkan ye"..Lalu dikendong cucunya untuk dibersihkan dengan hati yang sangat sedih..Terimbau saat anaknya masih kecil tangan yang usang dan kasar inilah yang membersihkan sisa buangan anaknya..Yang menyuapkan makan bagi mengenyangkan perut anaknya yang lapar..Dengan tulang empat kerat memberi kasih sayang dan didikan sebaiknya..Tapi disaatnya melangkaui masa tua si anak membentak tanpa rasa hormat.. 

Sambil memakaikan lampin pakai buang cucu emak masih melamun..Memikirkan sarapan apa nak disediakan dan dihidangkan untuk anak menantunya..Hatinya dipaut rasa sebak namun digagahkan juga melawan segala rasa yang datang kerana dia tahu dan yakin saatnya akan tiba juga..Allah pasti mendengar doanya.. Dan emak tenggelam dalam khayalnya di sudut dapur..

Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami.” (Hadis riwayat Tabrani). 

Ketika ditanya oleh seorang sahabat daripada kaum Ansar mengenai masih adakah tanggungjawabnya terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia, Rasulullah menjawab dengan sabdanya bermaksud: “Ada, iaitu berdoa, beristighafar untuk kedua-duanya, menyempurnakan janji, memuliakan sahabat taulan kedua-duanya dan menyambungkan silaturahim yang tidak sempat dijalinkan oleh kedua-duanya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Kisah ini sekadar renungan dan iktibar untuk kita semua..

Sumber : Islamituindah




Wednesday, May 8, 2013

Apam Coklat Filling Blueberry


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. CAP dah cuba resepi ni sedap sangat gebu dan lembut rasa macam makan twiggies pun ye. Tq kepada pemilik resepi ni dan CAP copy dari dapur kak ummi beza nya CAP letakkan filing blueberry dalam tu emmm sedap..Lain kali nak letak filling banyak sikit baru syok..Jom semak je..

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1biji telur
1/2 sdt soda bikarbonat 
2 sudu besar serbuk koko

Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih.

Mix semua bahan menggunakan mixer atau nak lebih mudah lagi boleh gunakan blender.

Masukkan dalam acuan lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit. Mudahkan..(CAP masukkan sedikit adunan diikuti dengan filling kemudian tutupkan dengan sedikit lagi adunan)

# Sedap dimakan panas2. Apam ni rasa dia cam kek coklat kukus. Padat dan moist.

 
Nota:Nak apam yang cantik, tabur choc rice sebaik sahaja diangkat dari kukusa untuk mengelakkan apam berlubang..

Sunday, May 5, 2013

Hari Ulangtahun Ke 30


Alhamdulillah hari ni 5hb Mei 2013 jam 8.50am genap CAP 30 tahun hidup di muka bumi ini..Syukur ke hadrat mu Ya Allah kerna mengurniakan suami dan keluarga yang sempurna dan saling berkasih sayang..

Terima kasih Ya HABIB di atas kesudian bersama suka duka sepanjang usia rumahtangga kita.. Tak terluah dengan kata-kata..

Tq juga ros putih yang cantik dan harum ini seindah dan semanis kehidupan kita, In Sha Allah.. Moga Allah permudahkan segala urusan kita dan sentiasa tautkan hati kita di bawah lembayung rahmatNya, Amin..

Saturday, May 4, 2013

Majlis Persandingan Cik Yatt (^^) Fazwan




Hari ni majlis persandingan kawan ofis Cik Yatt dengan Firdaussazwan..Akhirnya selamat disatukan pehni boleh datang kerja sesama..Jom layan picca je ye..

  
Dengan adik Ain dan Nana yang comel dan abang Bob yang dihormati...

 
With Nana sayang..


2 orang anak dara dan 2 orang mak dara
 

 Depan pintu gerbang Felda Villa

 
Tq Cik Yat dan Fazwan comel botol ni dan kukis kegemaran..

 
Semoga bahagia hingga ke akhir hayat dan dapat zuriat yang comel reramai ok..

Friday, May 3, 2013

Selamat Berkempen dan Selamat Mengundi




Assalamualaikum dan salam Jumaat semua..Ada yang dah siap kemas barang nak balik kampung bagi menjalankan tanggungjawab kepada negara tak..Bagi yang akan meneruskan perjalanan mudah-mudahan selamat sampai ke destinasi. Apa pun pilihan kita marilah kita keluar mengundi kerana masa depan negara di tangan kita..

Moga Allah permudahkan urusan kita..

Selamat mengundi dan selamat berhujung minggu sambil layankan lagu Diari YB nyanyian ND Lala ni..

Thursday, May 2, 2013

Roti Arab Kuah Kambing


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua untuk permulaan bulan May 2013..Semalam CAP dapat la minum petang dengan roti arab yang sangat gebu dan sedap..Dah rasa macam roti naan pun ada lain kali nak try letak chesee dalam tu mesti sedap kan muahahahaha...Tq kepada sofinar my resepi atas resepi ni..CAP buat separuh je daripada resepi ni tapi tu pun dah banyak dapat 9 keping roti..Kenyang sangat la ye, oh ye maaf juga kepada pemilik resepi sebab CAP derhaka tak goreng roti ni deep fry tapi letak olive oil sikit je dalam non stick pan..

2 sdb mentega (CAP guna 1 sdb marjerin)
2 sdb minyak masak (CAP guna 1 sdb minyak masak)
2 sdb gula (CAP guna 1 sdb gula)
300 ml air suam (CAP guna 150ml air suam)
6 g yis (CAP guna 1 sdt yis mauripan)
500g tepung gandum (CAP guna 250g tepung gandum)
Sedikit minyak zaitun untuk menggoreng (CAP tambah)
 
Satukan mentega, minyak dan  tepung dengan yis..Gula dibancuh dengan air suam..
 
Kemudian campur semua bahan dan uli sehingga licin dan tidak melekat di tangan..
 
Perap selama 1 jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
 
Uli semula dan bulatkan doh dalam 18 biji dan canai nipis lebih kurang 0.4 cm (CAP dapat 9 ketul je)
 
Panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.(CAP goreng dalam non-stick pan dengan sedikit olive oil)

Sedap dimakan bersama kari kambing dan roti ni masih lembut walaupun dah sejuk..Cubalah..