Pages

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 30, 2013

Kuih Tiram


Assalamualaikum dan Selamat Hari Pekerja 2013..Kepada yang bercuti esok selamat berehat bersama insan yang tersayang..Ada yang suka makan kuih tiram tak , ada juga yang panggil kuih lidah buaya..Tapi sama je kuihnya kan..Resepi ni CAP copy dari blog kak suehasue yang rasanya lama dah tak nampak online, tq ye sedap dan mudah rupanya buat kuih ni walaupun tak berapa nak macho tiram CAP ni..Sesiapa yang nak tengok carakerja bergambar boleh intai blog kaksuehasue yang rajin ye, kamek rindu kitak kak.. Nampak macam banyak kan setengah kilo tepung tapi dapat jadi kudapan hari cuti macam ni krup krap krup krap sedar nanti dah habis..

500gm tepung
1 biji telur
2 sdb margerin
sedikit garam
160ml air
**6 sdb tepung jagung**
**6 sdb minyak masak**

Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.

Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (Kalau lembik tambah tepung sikit dan kalau keras, tambah air)
Uli doh supaya jadi nipis dan akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. (CAP buat 8 ketul)
 **Nota: kalau buat canai besar akan dapat bentuk kuih yang besar.
Sapu rata doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..

Canai adunan secara memanjang agar gulungannya pun banyak kali.Gulung kemas dan potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari untuk mendapat lapisan yang banyak.Nipis dan tebal terpulang kepada selera masing-masing ye..
Ambil doh kecil tadi dan canai leper..Susun atas dulang yang sudah ditabur tepung agar tidak melekat satu sama lain.

Goreng hingga kekuningan dengan api yang sederhana dan toskan minyak..
Sira dengan gula halus dan simpan dalam bekas kedap udara..

Monday, April 29, 2013

Agar-agar Santan Pandan FOR ALL


Assalamualaikum dan salam Isnin permulaan minggu yang baru dan terakhir dalam bulan April ni. Aktiviti semalam ni masa sambut hari lahir adik lelaki yang sorang ni di rumah mak.. CAP buatkan agar agar ni diadaptasi dari agar santan gula merah dari dapur kak naz.. Maaf ye kak naz CAP dah tukar jadi colour hijau agar-agar santan pandan for all...Sesiapa yang nak tengok yang original CAP dah pernah post di sini ye..

1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
1 liter air (4 cawan)
1 ketul gula melaka (CAP tak letak)
1/4 cawan gula pasir (CAP ganti 1 cawan gula pasir)
250 ml santan pekat (1 cawan) - (CAP guna santan kotak juga & boleh kurangkan kuantiti kalau nak dapatkan lapisan santan/atas yang nipis sedikit)
1 biji telur ayam (masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu)
Secubit garam

2 helai daun pandan (dibasuh dan disimpulkan)
Sedikit pewarna hijau
 

Masak gula pasir bersama 1 cwn air. Masukkan daun pandan yg di simpul. Masak hingga didih dan sentiasa di kacau. Bila dah siap tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan.  (Guna air yg dari 4 cwn)

Dalam periuk bersih, masak 2 cawan air bersama dengan serbuk agar2. Masak hingga mendidih. 
 
Masukkan air gula tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih.  Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.  
  
Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk dan adjust api dapur tu ye. 
Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.  
Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras dan sejukkan.
TIPS DAN NOTA NAZ: 
Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..Confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.

Cantik tak agar agar pandan ni sekali imbas macam talam seri muka je kan..Tq sekali lagi kepada pemilik resepi ni ye...

Saturday, April 27, 2013

Bubur Kacang Hijau Tinggal Aiskrim


Assalamualaikum ni nak bagitau punya la sedap bubur ni sampai tak dan posing..Mana taknya lepas buka puasa tinggal secawan je hehe sedap le tu kan siap makan dengan krim krakers bagai..Yang tinggal cuma bubur yang sempat CAP bekukan jadikan aiskrim Malaysia ni ha..Tak kisahlah janji terlaksanalah permintaan asben nak makan bubur kacang walaupun tak jumpa durian gigih je la.. Dapat jugak la jadi hidangan CAP berbuka puasa hari Khamis lepas, Alhamdulillah dan terima kasih untuk kak Rohah sayang..

2 cawan kacang hijau (direndam semalaman)
13 cawan air
1 cawan santan pekat
1 cawan gula pasir
1/3 cawan gula merah (CAP ganti gula apung)
Durian secukupnya (CAP tak letak)
3 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit garam

Rendamkan kacang hijau semalaman agar cepat empuk ketika dimasak.Cuci bersih dan satukannya dengan  air dan daun pandan dalam periuk.

Rebus sehingga kacang empuk. Apabila kacang mulai empuk, masukkanlah durian dan santan pekat.

Setelah kacang rebusan empuk sepenuhnya, barulah dimasukkan gula pasir, gula merah, dan garam.

Kacau selalu sambil mereneh agar ianya sebati. Tutup api dan hidangkan. 

Friday, April 26, 2013

Terung Berlada Udang Kering



Assalamualaikum dan salam Jumaat semuanya..Ada yang suka makan pedas tak..Entry hari ni terung goreng letak udang kering.. Sedap tau dengan bau wangi udang keringnya mau bertambah nasi tapi jangan ada yang mak mertua ke bos ke lalu kat belakang tu ha tak nampak udah....Tak percaya ce try..

2 biji terung panjang
1 tangkai cili merah *
1 tangkai cili hijau *
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1 sdb udang kering *
1 keping asam gelugur
Sedikit garam dan (jika perlu)


Goreng terung dalam minyak dan toskan serta asingkan. 

Tumbuk semua bahan * dan tumis hingga agak garing. Tambahkan asam keping dan perasakan dengan garam dan gula.

Tuangkan ke dalam terung yang telah digoreng tadi...Dah siap senangkan...

Selamat menjamu selero...

Thursday, April 25, 2013

Ayam Masak Kicap Berkentang


Assalamualaikum dan semoga semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya..Pejam celik esok dah masuk hari Jumaat penghulu segala hari dan ini bermakna bermula lagi masa untuk bersama keluarga pada hujung minggu.. Ada yang dah masak ke belum hari ni..Hari ni kita layankan ayam masak kicap yang semua orang terer kan..Tapi CAP nak tempek jugak kat sini sempena minggu ayam kat rumah ni ye ..

1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih *
3 tangkai lada kering *
1 inci halia *
1 sdb kicap pekat
Kicap manis dan kicap masin secukupnya
1 sdb asam jawa (diambil airnya)
Lada hitam secukup rasa
Garam
2 biji ubi kentang (digoreng)
1 biji bawang besar (dipotong bulat dan digoreng)

Masukkan kicap serta lada hitam ke dalam ayam dan perap selama 1/2 jam.

Gorengkan ubi kentang yang telah dipotong bersama bawang yang dimayang bulat tadi..

Kemudian tumiskan bahan * yang dikisar tadi hingga naik bau.. Masukkan air asam jawa tadi dan tambahkan ayam yang telah diperap..

Tambahkan kicap dan lada hitam jika perlu dan perasakan dengan garam..

Biarkan kuah ayam tadi agak kering dan mendidih kemudian masukkan bawang dan ubi kentang yang digoreng tadi..

Sedia dihidang dengan nasi panas.

Wednesday, April 24, 2013

Nasi Tomato Tomatomen



Assalamualaikum semua adik kakak seperti dijanjikan ni la entry nasi nya....Ni nasi tomato yang bergusti dush dush dengan ayam ungkep semalam..Takmo buang masa semak je kat bawah ye..

4 cawan beras basmathi
1 cawan susu cair
5 cawan air
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
3 sdb tomato sos
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 batang serai (dititik)
4 biji tomato (dipotong dadu)
2 sdb marjerin
2 sdb minyak masak
1 helai daun pandan (disimpul)
Garam secukup rasa
Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan rempah, serai dan daun pandan hingga naik bau..

Tumis semua bahan * yang telah dikisar halus hingga garing, tambahkan sos tomato. Masukkan tomato segar hingga hancur..

Tambahkan beras dan kacau sedikit sahaja elakkan beras patah kemudian masukkan susu dan air..Biarkan nasi masak dengan api yang perlahan..

Dah masak hiaskan dengan bawang goreng..Kali ni CAP lawankan nasi tomato dengan ayam ungkep..Saja cari kelainan..

Tamtaraaaa..Mempersembahkan Nasi Tomatomen vs Ungkep Ayam..

Tuesday, April 23, 2013

Ungkep Ayam Versi Dapur Madiha


























Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Puas CAP dok fikir apa menu lagi dapat buat dengan ayam..Yelah kari sudah, rendang macam takmo lah sebab takdak santan.. Tetiba jenjalan dapur kak Ratna ternampak resepi ni kebetulan semua bahan dah ada...CAP memang tak pernah rasa lauk ungkep ni selalu tengok je kenkawan post belum pernah try lagi..Maka terlaksanalah kali ini..Tocee sifu dan pemilik asal resepi ni ye..

500 gm/ 1/2 ekor ayam saiz kecil/sederhana - dibersihkan & potong saiz kesukaan
1 sdb serbuk kari
1 btg serai (dititik)
1 helai daun kunyit (dihiris / dikoyak2)
1 sudu kecik asam jawa (dibancuh dengan air)
1 1/2 cwn air
Sedikit gula (CAP ganti 1 sdb gula apong) 
Garam secukup rasa
Minyak masak

Bahan yang dikisar halus
1/2 inci kunyit
1 inci halia
3 ulas bawang putih
5 biji bwg merah kecik (CAP ganti 2 biji bawang besar)
5 tangkai cili padi (CAP tambah)
1 sdb lada kering kisar (CAP tambah)
 
Panaskan minyak lalu tumiskan bahan yang dikisar bersama serai dan serbuk kari sehingga naik bau.  Masukkan ayam & gaulkan rata tambahkan air, air asam jawa, garam, gula & perasa.  Gaul sebati.
Tutup kuali & sesekali buka & gaul sebati & tunggu hingga ayam nampak masak.  Masukkan hirisan daun kunyit & gaul sebati. Bila cukup pekat & ayam empuk bolehlah dimatikan api & hidang.  

Jika suka berkuah sikit.. Bolehlah matikan api lebih awal tanpa tunggu kuah pekat.  Sedap dihidang bersama nasi putih & lauk sampingan yang lain..

Tapi CAP hidangkan dengan nasi tomat entry nya tunggu esok ye..Selamat mencuba.. 

Thursday, April 18, 2013

Jom Mengundi




Assalamualaikum semua...Sana sini CAP tengok dah mula perang bendera di kiri dan kanan jalan..Marilah jalankan tanggungjawab kita kepada negara..Siapa pun pilihan anda, kita masih 1 Malaysia..

Jom layan lagu yang riang ria ni..Jom kita keluar mengundi...

Wednesday, April 17, 2013

Vadai Oh Vadai

























Assalamualaikum dan selamat petang semua..Ada yang terfikir nak minum petang apa kan..Hari ni CAP nak post vadai kat sini..Sapa nak meh cepat sementara stok masih ada...Jom layan resepi yang sempoi ni..Cuma CAP tapis je air kacang dhal tu..
2 cawan kacang dhal (direndam 2 jam)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 tangkai cili kering (dihiris halus)
1 sdt jintan manis
2 tangkai daun kari
Garam secukupnya

Kisar 1 cawan kacang dhal hingga halus dengan sedikit air dan kisar lagi 1 cawan kacang dhal agak kasar sedikit.

Toskan airnya dan masukkan bawang besar, cili kering, jintan manis dan daun kari..Gaul rata dan perasakan dengan garam.

Bentukkan bulat dan leperkan sedikit kemudian goreng dalam minyak yang banyak. CAP bentuk guna sudu yang bulat tu je lepas tu terus masuk dalam kuali..

Untuk rasa yang lebih aroma masukkan setangkai dua daun kari dalam minyak untuk menggoreng..



























Tamtaraaaa dah siap boleh buat hidangan minum petang..Selamat mencuba.

Friday, April 12, 2013

Award Jiran Baru

Thanks Moni, Candy :)


Assalamualaikum dan salam Jumaat yang mubarak..Sekejap kurang lebih 88 hari je kita akan menyambut kedatangan Ramadhan yang sangat dinanti..

Semoga tahun ini menjanjikan keberkatan dan kerahmatan yang berlipat ganda..Mudah-mudahan juga diberi kesihatan yang baik agar kita dapat beribadat padaNYA..

Tengok badge kat atas tu comel kan secomel pemilik blog ni...Salam kenalan ye dari CAP di sini...

Selamat berhujung minggu...Tatatatatatattitititutu.....

Thursday, April 11, 2013

Kesinambungan Perjalanan


Lagi entry last week masa sister semua datang KL..Malam tu lepas je ambil sang suami kat airport terus menuju ke I- City, tak jauh dengan Wisma Jakel Shah Alam..


Tengok ni perut dah lapar tau kitorang ni maklum flight delay plak jadi sampai harus cari kedai makan dulu..Nama kedai Ombak kalau CAP tak silap..Makanan ok la mungkin sebab lapar kot and price ok jugakla untuk makan 7 orang..Takdan ambil picca dah menggigil...


Jom layan picca je ye...Tiket masuk per car RM10 nak main game harga lain...Sangat kagum la lampu cantik..

Flamingooo gooo go
Awesome
Macam Eye on Malaysia jugak
Antara replika haiwan selain gajah, dinosaur etc
Tercapai la sudah hajat adik-adik nak tengok i city..


Macam-macam game ada jugak di sana bagi yang sukakan hiburan dan nak release tension..Cubalah..


Akhir kata selamat datang ke I-City..Tatatatititutu.. (",) 


Wednesday, April 10, 2013

Outing Day




Assalamualaikum semua...Hari ni update jap last week aktivity dengan sis in law..Pergi jenjalan kat Melaka Bandaraya Bersejarah..

Sampai je terus ke tempat yang sangat wanted lama dah teringin nak naik Menara Taming Sari ni..Harga tiket RM20 tapi tunjuk IC dapat la RM10 sorang..Dengan jayanya kami pun naik...


Best dapat tengok view macam naik Menara KL jugak cuma kat sini rendah je..

Singgah tengok tempat sejarah semua..



Bebudak apa lagi bergambar je kojenye...Harga abg beca RM35 tapi tak naik la kitorang cuma adik2 bergambar je..Abang tu suh bayar RM2 je.. 



Balik singgah Pahlawan Mall jugak beli dodol dan kerepek udang geragau....Macam macam ada sini ye belacan, cencaluk, kerepek semua..Pelbagai cenderahati untuk dibawa pulang...



OTW pulang jangan lupa Original Coconut Shake kat Klebang tepi jalan je siap ada drive thru lagi..Time panas minum air kelapa mang syokkk ohh siap ada eskrem dalam tu..Tak sempat nak snap picca hehehe...

Makan asam pedas mesti la tengahari tu kan..Tapi tak makan area Dataran Pahlawan dah terus ke Masjid Tanah makan di Restoran Omak Den..Tapi lauk banyak dah habis sebab dah pukul 2 petang masa tu..

Oh lupa nak gitau lepas turun menara tu boleh beli tau picca yang dorang ambil masa sebelum naik..1 set RM55..

Ok la daaa..Jumpa lagi

Wednesday, April 3, 2013

Roti Canai Ilham


Resepi ni CAP copy dari blog kak maz ye..sedap roti nye lembut jer...cuma CAP tak pandai nak tebar canai...Dahla jadi rupa macam lempeng je gayanya.. Tapi series makngah tak tipu sedap rotinye..

2 cawan tepung gandum (yg murah tu je)
1/2 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar mentega lembut
1 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar telur (pecahkan telur, kocok dan amik 3 sudu)
mentega lembut secukupnya (untuk sapu pada doh) *

Dalam bekas yang sesuai, satukan semua bahan kecuali tepung gandum dan bahan yang bertanda.Kacau sebati dengan sudu.   
Kemudian masukkan 1 1/2 cawan tepung sambil dikacau buat pusingan jam, kemudian boleh la diuli hingga sebati sambil ditambah sikit-sikit tepung yang masih berbaki. Uli selama 10-13 minit hingga jadi doh yang licin dan kenyal. (kalau rasa lembik, boleh la ditambah 1-2 sudu besar lagi tepung semasa menguli.  

Sapukan mentega lembut pada seluruh dasar bekas yang sesuai, kemudian bulatkan doh sebesar bola golf dan sapu mentega pada seluruh doh. Buat sampai habis.
 
Tutup bekas dan rehatkan selama 4-5 jam atau semalaman pada suhu bilik. Kemudian boleh la ditebar.
 
Cara nak tebar, amik sebiji doh dan leperkan guna hujung telapak tangan hingga jadi nipis dan 2x ganda saiz asal. Kemudian angkat dan tebar atas permukaan yang luas yang telah disapu dengan sedikit minyak.
 
 Untuk roti canai kosong, bila dah siap tebar, angkat/pegang dari hujung doh (maksudnya macam pegang hujung tuala gitu), kemudian letak hujung bawahnya atas tempat tebar dan buat bulatan, macam lilit tali tu, pastu tekan-tekan biar jadi bentuk bulat yang nipis. Boleh la digoreng atas kuali leper yang telah dituang sedikit minyak dengan api perlahan (maz guna kuali roti canai yang hitam tu).
 
Kalau nak buat roti telur, sapukan telur pada seluruh doh yang telah ditebar, lipat kiri dan kanan buat saiz 4 segi. Roti pisang pulak, sapu sikit mentega pada doh yang telah ditebar, susun pisang yang telah dihiris nipis dan taburkan sedikit gula. Lipat 4 segi jugak.(CAP x buat)

Tuesday, April 2, 2013

Ketam Telur Masin

























Assalamualaikum semua...Dah ada menu tak untuk hari ni..CAP nak masukkan entry tertunggak ni ye...Haa sapa terliur leh p cari ketam pas ni ye..Haritu kan sangat tergoda dengan ketam ni kat dapur kak zilanorazila...Jadi kali ni CAP pun cuba jaya sedap tau lemak manis masin cukup menyelerakan dan CAP lebihkan susu sikit ye bagi dia berkuah...

4 ekor ketam
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
2 sdb cili kering yang dikisar halus
4 tangkai daun kari
1 1/2 cawan susu cair
2 biji telur masin (direbus dahulu dan cincang halus)
3 sdb marjerin
2 sdb tepung jagung
Sedikit serbuk lada hitam

Gaul ketam dengan tepung jagung kemudian digoreng dengan minyak yang banyak..Rebus telur masin dan cincang halus telur yang telah masak.

Tumis semua bahan hingga naik bau dan masukkan ketam yang telah digoreng tadi..

Tambahkan susu cair dan kacau rata hingga mendidih. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat..Tak payah letak garam tau dah cukup rasa masinnya..

Senang je kan..Selamat mencuba..

Monday, April 1, 2013

Pau Berinti Keledek



Assalamualaikum dan salam April untuk semua...Sekejap je kan masa berlalau dan anak-anak pun dah mulakan sesi persekolahan lagi..Kali ni CAP sangat puas hati dapat pau yang putih dan gebu..

Sebelum ni tak pernah buat guna tepung pau pakai tepung gandum je..Memang beza rasa dan tekstur..Terima kasih tak terhingga kepada pemilik asal dan pemilik yang telah mencuba jaya resepi ini...Lain kali CAP nak guna resepi ni ..CAP copy kat blog kak rohah ni..Tq kak, sayang akak...



250 gm (2 1/2 cawan) tepung pau 

3 gm (1 sdt)  yis kering

2 g (1/2 sdt) baking powder

50gm (4 sdb) gula kaster (CAP kurangkan)

20g (1 sdb) lemak sayuran (CAP ganti marjerin)

2 g (1 sdt) bread softener (CAP tak letak)

1/2 cawan air suam
1 sdt cuka

Secubit garam

Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener di dalam mangkuk adunan. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.  

Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin.Jika menggunakan bread maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula kaster, bread softener dan lemak sayuran, kemudian pilih menu dough dan tekan start.
 
Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam. Jika menggunakan bread maker, biarkan doh di dalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam).
 
Bahagikan doh kepada 10 bahagian. Masukkan inti dan tutup kemas. Letakkan setiap pau di atas kertas empat segi (2"x2") dan susun di dalam pengukus. Untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa sahaja, mengikut kesukaan.  

Rehatkan pau selama 45 minit di dalamkukusan. Untuk mengukus, didihkan air di dalam periuk pengukus.Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi dan kukus pau selama 10 minit.
 
Tips:Air mestilah betul2 panas/ mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yang lembut dan gebu.

























Tengok tu leh kupas kulit dia tau..Selamat mencuba.