Pages

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, January 26, 2013

Day 3 Kuching

Semalam day 2 hari ni update day 3..Takde p mana sangat pun pegi Satok baru eh nama baru KUbah Ria..Tapi lum banyak kedai bukak meh...Dah cantik pun tak macam dulu...Gaya moden ..

Medan Niaga Satok new look...


Melepaskan haus dengan ABC di Benteng kat tepi medan niaga Satok tu..Kat tepi tu ada macam jeti tengah dok buat..


Again lik singgah umah maksu kat Stapok jumpa si kecik yang bising ni..tengok dengan bapak mertua...

Lupa update pagi tadi p sini tak jauh dr umah MIL..kat tasik ni kan amik gambar kawen...hehe  terkenang plak..

Biru airnya sebab tu nama dia Tasik Biru kott..

Friday, January 25, 2013

Cuti di Kuching

Assalamualaikum dan salam sayang semua..Rindu rasa kat kawan semua..Kebetulan cuti Maulidur rasul bersambung dengan Thaipusam jadi CAP pun lik la hometown sang arjuna..Jenjalan jumpa baby member yang dah duduk sarawak dan sepupu yang comel kiut miut ni jugak...Serta cucu yang baru deliver..



Comel kan baby Ayu ni nama dia Rania....


Our cucu Muhammad Mukhtar cepat besar ye sayang..

Oh Qaleysa dengan abang ambi geng abis...


Dah penat kan hari dah petang kita makan lok..



Sunday, January 20, 2013

Taman Orkid


Aktiviti weekend CAP pegi Taman Orkid di Lake Garden, Tasik Perdana ye..Takmo celoteh kita tengok picca jom..

Subhanallah cantik kan..

Macam2 warna dan jenis..Masuk adalah percuma..


Ada air terjun hehehe sejuk je datang sini luas pandangan..
 
Setia menanti...

Nak beli pun boleh ada kedai jual bunga harga mengikut jenis..Ni kat kedai bunga dia pun cantik..

Sapa yang belum pernah pegi boleh datang ye..Daaa


Saturday, January 19, 2013

Belimbing Merah


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua..Hari ni CAP nak berkongsi cerita pasal belimbing merah ok..Buah liar ni banyak kat umah in-law CAP tau..Mesti ada yang tertanya-tanya kan sebab selalu kita dengar belimbing buluh belimbing besi je kan..Kat blog ni pun ada boleh tengok perkongsian ilmu..Sapa yang mengidam datang la ke Sarawak sebab buah ni banyak kat Kepulauan Borneo..Nak cite banyak CAP pun tak reti sangat sejarah buah ni jadi layankan je la rasa dia masam manis seakan buah rambai sebab tu agaknya ada orang panggil buah rambai merah..

Red Angle Starfruit


 Lupa plak CAP nak tunjuk gambar gugusan di pokoknya..


Tuesday, January 15, 2013

Kuih Lapis Labu Kak Yatie


Assalamualaikum dan salam Selasa kepada semua..Mudah2an semua berada dalam keadaan yang baik dan dibawah rahmatNya selalu, Insya Allah..Last week CAP berjaya jugak habiskan si labu ni jadi kuih lapis..Resepi ni daripada kak Yatie sayang yang terer buat kuih kukus ni cantik kemas je lapisannya....Kak, CAP admire kat akak la tengok la anakmurid buat tak comei la ni....Jom kita tengok ye..

Bahan A
2 cawan air
1 1/4 cwn gula halus (untuk rujukan CAP guna 1 cawan je)
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan-disimpul 

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1/2 cwn tepung beras
1/4 cwn tepung jagung
2 cawan santan pekat
2 cawan air

Bahan C
1/2 cwn santan pekat
Bahan D
1 cawan labu-( yg telah di rebus dan di lecek halus)

Masak bahan A hingga gula larut dan sejukkan.Ketepikan dulu. Dalam mangkuk lain satukan bahan B. Gaul rata dan masukkan bahan A kedlm B. 
Setelah sebati, tapiskan adunan dan bahagikan kepada 2 bahagian. 
Satu bahagian di masukkan bahan C(santan) dan satu bahagian lagi masukkan bahan D(labu) 
Bahagikan pula setiap bahagian pada 3 bahagian supaya sama je jumlah cecair adunan iaitu 3 kuning dan 3 putih.
  
Panaskan kukusan. Alaskan plastik di loyang dan sapu sedikit minyak di sekelilingnya. 
Masukkan adunan D(labu) dan kukus selama 5-7 minit. Lapiskan pula adunan C(santan) dan kukus selama 5-7 minit. 
Ulangi sehingga habis.Lapisan terakhir hendaklah dikukus selama 20 minit guna api sederhana supaya permukaan kuih licin dan cantik. 
Setelah masak, angkat dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik. Selamat mencuba.
**Untuk kuih di atas CAP gunakan gunakan loyang 8 inci. Memang sedap resepi ni lemak manis labu terasa..


Thursday, January 10, 2013

Rombongan Cik Yaya ke Kajang


Ni aktiviti masa Cik Yaya turun KL nak hantar Nadhirah pegi register University of Nottingham kat Semenyih tu..Sampai je ari Ahad tu lepas kenduri arwah atuk setahun CAP pun bawakla rombongan yang nak rasa keunikan sate kajang HJ Samuri yang femes ames ni..Kat Singapore xde kan..

Eh dorang ni try sate arnab tau plus layan macam ayam tu rasa dia..Macam2 sate ada ayam, daging, kambing, perut dan arnab..

Ada yang fear factor jugak sapa lagi our future student ni..Nak tak nak try si rabbit at last terkena jugak...

Now u see now u dont..

Enjoy makan time..


Fresh from grill..Syukur, sangat kenyang...



Trafik sesak la.. 


Memang best sapa yang lum pernah sampai boleh pergi tau..Macam2 barang antik ada jugak kat situ..Sampai sini saja, daaaa

Wednesday, January 9, 2013

Popia Sengkuang Goreng


Assalamualaikum semua dan salam 1 Malaysia.. Lama betul tak update ni kan lemau rasanya nak menaip..Kot kalau tercuti lagi maaf la ye..Entry tertunggak lama dah ni masa awal tahun baru..Jom semak la..

1 biji sengkuang*
1 batang lobak merah*
2 sdb udang kering
2 biji telur
Garam (jika perlu)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (dicincang)
1 sdt serbuk kunyit 
1 sdt serbuk lada hitam

Kulit popia secukupnya

Sagat bahan * dan tumis bahan lain hingga naik bau. Kemudian masukkan carrot dan sengkuang dan gaul sebati. 

Masukkan telur dan kacau rata hingga kering..Sejukkan inti dan bolehlah digulung.

Sedia dihidang dengan sos bawang putih rujuk sini..


Thursday, January 3, 2013

Ku Sanjung Tinggi Akhlakmu

picca ni ehsan pak google

 


TINGGINYA SIFAT KASIH SAYANG RASULULLAH

Kisah hidup Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa tingginya sifat kasih sayang baginda.

1. Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.

2. Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam ditangan baginda.

3. Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil, lantas seorang Sahabat menegurnya, “Engkau mencium anak kecil, ya Rasulullah?” Kerana pada sangkaannya Rasulullah tidak pernah mencium anak kecil. Baginda mengiyakan lantas bersabda, “Barang siapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”

4. Rasulullah SAW sangat mengasihi Sahabat-sahabatnya. Jika seorang Sahabat sudah dua tiga hari tidak kelihatan, baginda akan bertanya, “Ke mana perginya si polan si polan itu…”

5. Jika ada orang yang meminta tolong pada Rasulullah SAW, tidak pernah baginda tidak menunaikannya. Baginda sangat prihatin dan amat mengambil berat kesusahan orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menunaikan satu hajat saudaranya, akan ALLAH tunai 70 hajatnya.”

6. Pernah satu ketika seorang Arab Badwi kencing di satu sudut dalam Masjid Nabi. Ada di antara para Sahabat marah kerana sikap tidak beradab itu. Tetapi Rasulullah SAW tetap tenang dan berkata, “Biarkan dia menyelesaikan hajatnya…” Setelah lelaki tersebut selesai, Rasulullah SAW sendiri membasuh najis itu dan kemudiannya barulah memberitahu Arab Badwi tersebut adab-adab di dalam masjid.

7. Ketika Rasulullah SAW berdakwah dengan anak angkatnya Zaid bin Harisah di Thaif, baginda telah dibaling dengan batu oleh kanak-kanak dan pemuda-pemuda nakal yang disuruh berbuat begitu oleh penduduk kota tersebut. Akibatnya, lutut Rasululah SAW telah berdarah. Melihat penganiayaan itu, malaikat sangat marah sehingga menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif dengan bukit-bukit sekitar bandar itu. Tetapi Rasulullah SAW menolaknya dan berkata, “Jangan, mereka tidak tahu saya ini rasul-Nya.” Malaikat menjawab: “Tuan benar.” Selepas itu baginda terus berdoa untuk penduduk Thaif: “Ya ALLAH berilah petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui.”

8. Pernah seorang Sahabat duduk secara menghimpit paha atas paha dengan Rasulullah SAW. Baginda membiarkannya sahaja untuk menjaga hati Sahabat tersebut supaya tidak menganggap yang Rasulullah SAW tidak sudi duduk bersamanya.

9. Sewaktu hijrah ke Madinah, Rasulullah SAW telah dikejar dengan kuda oleh seorang bernama Suraqah yang bercita-cita merebut hadiah yang ditawarkan oleh kafir Quraisy Makkah jika berjaya membunuh Rasulullah SAW. Setiap kali kuda Suraqah mendekati Rasulullah SAW, setiap kali itulah kudanya tersungkur jatuh. Rasulullah SAW tidak bertindak apa-apa. Rasulullah memaafkannya. Akhirnya Suraqah menyerah dan berjanji tidak akan cuba membunuh Rasulullah SAW lagi.

10. Satu ketika seorang musuh bernama Da`thur mendapati Rasulullah SAW sedang berehat di satu batu. Dia terus melompat dan meletakkan pedangnya di leher Rasulullah SAW dan berkata, “Siapa yang akan menyelamatkan nyawa kamu dan tanganku?”
Rasulullah SAW spontan menjawab, “ALLAH!”
Mendengar jawapan Rasulullah itu, Da`thur menggeletar hingga pedangnya jatuh daripada tangan.
Rasulullah SAW mengambil pedang itu dan bertanya, “Kali ini siapa yang akan menyelamatkan kamu dari tanganku?”
Da`thur tergamam dan menjawab, “Tiada siapa.”
Akhirnya Rasulullah SAW memaafkan Da`thur. Melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu, Da`thur pun mengucap dua kalimah syahadah (masuk Islam).

11. Rasulullah SAW sangat penyayang dengan anak-anaknya dan bertimbangrasa dengan isteri-isterinya. Pada kesilapan isteri-isterinya, baginda selalu memberi maaf. Baginda juga membantu kerja-kerja rumah dan menampung jubah dan kasutnya sendiri.

12. Rasulullah SAW selalu berjalan dengan fakir miskin dan sering menziarahi janda-janda, bertanya akan keperluan hidup mereka. Bahkan dengan orang-orang miskin dan melarat, baginda selalu duduk bersama mereka, berbual, makan minum dan bermesra dengan mereka.

13. Pernah di satu pagi Hari Raya, Rasulullah SAW bertemu seorang kanak-kanak yang menangis di tepi jalan. Baginda terharu dan bertanya, “Mengapa engkau menangis?” Kanak-kanak tersebut menjawab, “Ayah saya telah mati syahid sementara ibu saya sudah berkahwin lain. Nasib saya terbiar dan saya tidak ada baju baru dan lain-lain persediaan untuk berhari raya.” Rasulullah SAW mengalirkan air mata mengenangkan nasib kanak-kanak tersebut. Baginda berkata: “Sukakah kamu kalau aku menjadi ayahmu dan Aisyah (isteri Rasulullah) menjadi ibumu?” Sungguh tidak terkira gembiranya rasa hati kanak-kanak itu, bila mendengar Rasulullah SAW yang mulia menjadi ayahnya. Baginda pun membawa pulang kanak-kanak tersebut ke rumahnya. Kanak-kanak itu dimandikan, dipakaikan dengan baju raya dan dijamu makan. Betapa gembiranya hati kanak-kanak itu, begitulah gembiranya hati Rasulullah SAW kerana dapat menggembirakannya.

14. Pada ketika yang lain, dalam perjalanan menuju ke pasar, Rasulullah SAW melihat seorang budak (hamba sahaya) sedang menangis di tepi jalan. Bila baginda tanyakan mengapa menangis, budak itu menjawab bahawa dia menangis kerana duit yang diberi oleh tuannya telah hilang. Rasulullah SAW terus mengganti duit yang hilang itu dengan duit baginda sendiri. Tetapi apabila baginda balik dari pasar, dilihatnya budak yang sama masih menangis. “Kenapa kamu masih menangis?” tanya Rasulullah SAW. “Kali ini saya menangis kerana takut dimarahi dan dipukul oleh tuan saya kerana saya sudah terlambat pulang dari pasar,” jawab budak itu.

Untuk mengelakkan budak itu daripada dimarahi, Rasulullah SAW sendiri menemaninya pulang. Rupanya rumah itu dihuni oleh sekumpulan wanita. Rasulullah SAW terus memberi salam. Setelah tiga kali memberi salam, barulah salam Rasulullah SAW itu dijawab. Rasulullah SAW bertanya, “Apakah kamu tidak dengar salam saya sebelumnya?” Wanita-wanita itu menjawab, “Kami dengar, tetapi sengaja kami tidak jawab supaya kami mendapat doa daripada Rasulullah SAW banyak kali…”

Rasulullah SAW terus menerangkan mengapa budak itu lambat. Baginda meminta supaya budak itu tidak dirotan, tetapi sekiranya mereka tidak puas hati, Rasulullah menawarkan dirinya sebagai ganti untuk dirotan. Lantas Rasulullah SAW menyingsing lengan bajunya. Mendengar kata Rasulullah SAW itu, kumpulan wanita itu lantas berkata, ” Tidak, ya Rasulullah. Mulai sekarang, kami merdekakanlah budak ini.” Itulah kesan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

15. Rasulullah SAW berjiran dengan seorang Yahudi. Baginda sangat menjaga hak-hak jiran. Baginda tidak pernah melakukan sesuatu yang menyakiti hati jirannya malah baginda selalu menghadiahkan makanan dan lain-lain hadiah kepada jiran Yahudinya itu.

16. Rasulullah SAW juga sangat mengambil berat tentang hak-hak kafir zimmi. Baginda bersabda: “Siapa yang menzalimi kafir zimmi walaupun orang Islam sayalah pembelanya (penebusnya).”

17. Rasulullah SAW juga sangat mengasihi binatang. Baginda melarang kanak-kanak menyeksa binatang. Untuk menyembelih binatang, Rasulullah SAW berpesan supaya menggunakan pisau yang tajam, agar binatang tersebut cepat mati dan tidak lama dalam kesakitan. Rasulullah SAW sering mengingatkan supaya unta-unta dan himar tidak dibebani oleh muatan yang berlebihan daripada apa yang sanggup ditanggung. Pernah seekor kucing tidur atas serban Rasulullah SAW. Maka baginda menggunting bahagian tempat kucing itu tidur di atasnya kerana tidak mahu mengejutkan kucing tersebut. Ketika dalam perjalanan dan Madinah ke Makkah di tahun kemenangan, Rasulullah melihat seekor anjing di tepi jalan. 

Anjing itu mengeluarkan suara seakan-akan membujuk anaknya yang sedang mengerumuninya untuk menyusu. Maka Rasulullah meminta seorang Sahabat untuk menjaga jangan sampai ada dan kalangan anggota rombongan baginda yang mengganggu anjing itu dan anak-anaknya. Ketika Rasulullah melihat seekor himar yang telah diberi tanda dengan besi panas di mukanya, baginda menentangnya dan melarang haiwan diberi tanda dan dipukul di mukanya.

18. Ketika Rasulullah meninggalkan kabilah Saqif, ada seorang lelaki yang memohon kepada beliau, “Wahai Rasulullah, berdoalah untuk kebinasaan mereka.” Rasulullah berkata, “Ya ALLAH, berilah petunjuk kepada kabilah Saqif dan bawalah mereka (ke jalan yang benar).”

19. Satu ketika Abu Zar keluar bersama hamba sahayanya yang berpakaian seperti apa yang beliau pakai, lalu ada orang bertanya, “Mengapa kamu berbuat demikian?” Abu Zar menjawab, beliau mendengar Rasulullah berkata: “Hamba sahaya itu adalah saudaramu, mereka di jadikan oleh ALLAH di bawah kekuasaanmu. Maka barangsiapa saudaranya di bawah kekuasaannya (di bawah jagaannya), hendaklah dia memberi makan dengan apa yang dia makan dan memberi pakaian dengan pakaian yang dipakai, dan janganlah hamba itu disuruh melakukan pekerjaan diluar batas kemampuannya. Apabila mereka diperintahkan bekerja maka bantulah mereka.”

INILAH sebahagian daripada cerita-cerita sebagai bukti betapa pengasih dan pemaafnya Rasulullah SAW, model agung kecintaan yang paling unggul dan patut dicontohi oleh manusia sepanjang zaman. Cerita-cerita itu menunjukkan betapa kasih dan sayangnya Rasulullah SAW sama ada kepada manusia atau bintang, yang sepatutnya dicontohi oleh umat Islam.Solallahu wasalam

Sumber sini ye...