Pages

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 27, 2012

Capati di Tepati


Assalamualaikum dan selamat pagi..Ni entry lepas sembuh sikit kaki ni..Ada kuah dalca baki nasi jagung, tepung atta pun ngam2 je ok la tu kan..Ni 2nd trial CAP guna resepi che mat gebu kita..Sebelum ni tak berapa menjadi macam keras pun ye tak tau apa silap tapi kali ni Alhamdulillah lembut capati ni guna resepi yang sama..tq che mat ('',)

2 cawan tepung atta
2 sdb marjerin atau minyak sapi
1 cawan air suam
Secubit garam

Masukkan tepung atta dalam mangkuk, buat lubang ditengah2 tepung tadi. Tuang air suam bergaram sedikit demi sedikit, gaul dengan tepung. Tuang lagi hingga habis dan terus menggaul hingga menjadi doh.  
Tambah marjerin dan terus menguli doh hingga tidak melekat di mangkuk adunan. Bahagikan doh pada 10 bahagian, bulat2kan, letak dalam bekas dan tutup dengan towel lembap dan rehatkan 30 minit (CAP tutup mangkuk tadi dengan plastik cling).
Tabur tepung pada meja kerja. Ambil 1 biji doh, leper2kan sedikit, tabur tepung dan canai hingga nipis, jika melekat tabur tepung masa mencanai (gunakan tepung atta juga). 
Canai hingga siap baki doh dan tabur tepung sebelum diletak atas doh yang telah dicanai, tujuan untuk mengelakkan ia melekat. Panaskan non-stick pan. (CAP tepukkan lebihan tepung pada capati untuk elakkan rasa pahit dan masak gunakan api kecil).
Tekan permukaan capati dengan tuala bersih. Bila kelihatan pucat, terbalikkan dan masak sekejap lagi, hingga sedikit perang. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki doh. 
Tutup dengan towel bersih capati yang telah masak, untuk mengelakkan ia cepat sejuk dan mengeras. Hidangkan bersama kuah dalca atau gulai yang anda gemari....

 

Wednesday, December 26, 2012

Nasi Jagung


Assalamualaikum dan salam siaran semua..Kepada yang menyambut Hari Natal selamat bergembira..Ni entry semalam sempena cuti perayaan tersebut..Makan dengan kuah dalca tulang disediakan oleh suami tersayang dek kerana CAP tergolek dok terseliuh kaki..Jadi tu yang blog cuti lama queen cuti heee...Jom semak.

8 cawan beras basmathi (direndam sejam)
10 cawan air
1 cawan susu cair
2 biji bawang besar (dihiris)*
4 ulas bawang putih (ditumbuk)*
Sebesar ibu jari halia (ditumbuk)*
Sedikit safron (dibancuh dalam sedikit air)
1 1/2 tin jagung krim
4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga)*
Garam secukupnya
2 helai daun pandan (disimpul)*
2 batang serai (dititik)* 
Minyak sapi untuk menumis

Basuh dan toskan beras kemudian tumis semua bahan * hingga naik bau dan garing..

Masukkan air, susu, dan jagung biarkan hingga mendidih dan tambahkan beras..Biarkan nasi masak seperti biasa..Hidangkan dengan taburan bawang goreng dan kuah kesukaan anda..


Friday, December 21, 2012

Puding Kastard Jagung


Asalamualaikum dan salam Jumaat yang mulia.. Lama tak update rasanya macam biasa semoga semuanya berada dalam keadaan sihat hendaknya..Alhamdulillah semalam dapat la rezeki buat puding ni..Sedap dan mudah dapat dalam 15 ketui gitu mengikut acuan..Resepi ni CAP amik kat blog kak sue..

1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis (CAP guna jagung krim cap ayam)
3/4 cawan gula (lain kali CAP nak guna 1/2 cawan je)
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair
Secubit garam (CAP tambah)

Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air gaul hingga tidak berketul. Kacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati..

Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

Tuesday, December 18, 2012

Our Anniversaries


Beberapa tahun lalu, 18hb Disember jam 5.30 petang selamat CAP diijabkabulkan....Tiada yang lebih bermakna melainkan bersama suami yang sangat dikasihi dan dihormati..Tidak terungkap dengan kata bahagia yang dikecapi..Rasa syukur ke hadrat mu Ya Rabb kerana menganugerahkan seorang pelengkap hidup yang sangat memahami..Mudah-mudahan kita diberi kerahmatan dan dilimpahkan rezeki mengharungi bahtera kehidupan ini..

Salam ulangtahun perkahwinan sayang..




Monday, December 17, 2012

Ole-ole Dari Kuching


Ni nak update entry adik ipar baru lik dari umah MIL jadi syukur dapat la 4 biji buah cempedak...Tapi lum masak meh..Nanti CAP tunjuk tau..Tapi buah memang terbaik..

Ha kenal tak apa ni...Ni namanya cili habanero orang sana panggil cabai geronong..Pedasnya mak aiii...Sebiji sama macam 10 biji cli api gitu..Tak caya p cari...CAP dapat banyak nenek suami tanam cili ni...Memang sangat pedas ye cuba baca link ni..Rupa dia macam capsicum kan tapi versi kecik ni tapi bahaya rasa yang menyengat..


Sekian, selamat bertugas semuanya..

Karipap Keribang Sapi


Assalamualaikum semua dan selamat pagi..Siaran hari ni just nak update aktiviti semalam je..Ni la buah tangan bagi kat maksu bawa lik Kuching..Dapat la makan rasa sorang sikit dan bagi maksu bawa bekal..Since nya cuti sekolah sebulan kat semenanjung ni asyik makan karipap kan..Al maklum pembawakan budak gamaknya..Resepi biasa CAP guna kak noorsha je..Rujuk sini ye.. Cuma nya CAP tambah daging cincang yang digoreng sekejap dan tambahkan dalam adunan keledek tadi.. Sedap tau maklum la family sume suka karipap..Jadi selalu buat..Ni pun ada lagi inti ..Bye... (",)

Sunday, December 16, 2012

Strawberries Smoothie


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..Pasti ada yang sibuk kan sekarang ni..Ni sesuai sangat bila hari panas sejuk je lalu kat tekak ni..Takmo membebel panjang ni nak ke airport..Selamat menjamu selera..

5 biji strawberry
Air gula secukupnya
1 tin air sprite
1/2 cawan susu cair
Ais secukupnya

Kisar semua bahan hingga halus dan boleh dihidang dingin dengan hirisan strawberry segar..



Thursday, December 13, 2012

Kacang Panjang Goreng Kicap

Assalamualaikum dan salam Khamis semua..Entry sayur ye..CAP bila tengok sayur kacang panjang goreng kicap ni teringat Anjang nun jauh di sinun..Bila balik je rumah mertua mesti ada dapat sepiring dua Anjang hantar..Sedap sangat la rasanya dengan penuh kasih sayang gitu kan..Senang sangat jom..

1 cekak kacang panjang
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih*
1 sdb ikan bilis*
Kicap manis secukupnya

Cuci kacang panjang dan potong serong..Tumbuk semua bahan * dan tumis hingga garing..Masukkan kacang panjang tadi dan tambahkan kicap secukupnya..

Tambahkan garam jika perlu sebab kicap kadang dah masin..Tambahkan sedikit air dan biarkan masak..

Hidangan yang mudah dan ringkas..

Oh ni nak syer, semalam pergi pasar malam kat Taman Dagang ada pulak orang jual strawberry..sekotak RM7 je..Agaknya orang tu baru lik Cameron kot..sedap sangat... Dalam minda dok fikir nak wat pe lagi ye stoberry bebanyak ni..

Ni stobery pesen apa ntah gumukss..Ke kembar ni ye..


Wednesday, December 12, 2012

Bubur Kacang Hijau Durian


Musim durian ni CAP pun tak ketinggalan buat something durian..Teringin pulak maklumla hidung ni terbau rumah sapa ntah..Jadi godek la dalam dapur sendiri ye tak..Ni resepi dapur kak CT delima yang femes ames tuh, kak ct i lap u..Sedap tau..

1 cawan kacang hijau
6 ulas durian (CAP letak banyak kot sebab ulasnya kecik)
200 ml santan pekat
6 cawan air
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
Sedikit garam
1/4 cawan biji sagu (CAP tambah, dibasuh dan toskan)

Bersihkan kacang hijau dan rendamkan di dalam air selama 1/2 jam untuk mempercepatkan proses merebus kacang hijau agar cepat empuk (CAP rendam semalaman)

Kemudian masak kacang hijau dengan air secukupnya hingga separuh masak. Tambahkan air jika perlu dan tuangkan santan, gula merah, gula pasir, biji sagu dan daun pandan yang telah disimpul. 

Guna api sederhana saja dan gaulkan hingga gula larut serta biji sagu menjadi jernih. Masukkan durian dan kacau sentiasa supaya santan tidak pecah dan didihkan pada api sederhana. 

Bila sudah mendidih tutup api. Angkat dan sedia dihidangkan. Boleh juga makan bersama roti putih yang dipotong2 atau CAP makan dengan biskut cream crakers.. 


Tuesday, December 11, 2012

Kerabu Jantung Hatiku


Assalamualaikum dan selamat pagi semua..Sekejap je kan masa meninggalkan kita dah masuk pertengahan bulan December..Ini bermakna cuti sekolah bakal berakhir tak lama lagi dan ayah bonda sibuk membeli peralatan dan kelengkapan persekolahan anak-anak..

Jom kita semak entry mudah ni..

1 ketul jantung pisang (dikupas dan direbus hingga lembut)
5 tangkai cili padi*
1 biji bawang besar*
1 sdb ikan bilis*
1 sdb kerisik
1 ekor ikan kembung atau selar (direbus dan dibuang tulang)
4 biji limau kasturi
Sedikit garam

Rebus jantung dan toskan sebelum dihiris nipis..Tumbuk semua bahan * hingga lumat dan sangaikan bahan * termasuk ikan tadi sekejap..

Tambahkan perahan air limau dan perasakan dengan garam..Gaul sebati dan hidangkan dengan nasi panas...


Monday, December 10, 2012

Nasi Lemak Nenek untuk Ain


Hari ni entry xda resepi tau just nak update my activity..Last week kan birthday Ain so mak CAP pun wat la lunch nasi lemak..Here we go..Sedap la kan lagi air tangan ibu..Best thing dapat kumpul satu family makan berama-ramai..

Makanan lain tak sempat nak snap busy nak makan..Muka birthday girl pun tak ambik..Anyway fun and enjoy...

Saturday, December 8, 2012

Brownies Hari Lahir Ain


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu...Hari ni 8hb Dec genap 10 tahun anak dara ni...Anak buah CAP yang sulung..Kejap je dah membesar kan..Jadi anak yang solehah dan contoh kepada adik-adik ye Ain.. 

Jadi hari ni CAP hantar ni kat rumah Ain untuk hari jadi dia..Sebenarnya anak dara ni mintak kuih koci labu hari ni..Tapi sebab xde stok dan penyakit m melanda nak pegi kedai tu jadi pakai apa yang ada je la..Ni resepi kat dapur kak Hana jepungka jom kita tengok ye, mudah sangat dan sedap..Rasa coklat yang hebat..


6 sdb serbuk koko (CAP letak 5sdb je)
1/4 cawan mentega cair
1 cawan gula
1/2 sdt esen vanilla
1/4 sdt garam
1/3 cawan tepung gandum
2 butir telur
1 cawan kekacang - optional
1/2 cawan coklat cip (CAP tambah)


Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang empat segi. (CAP sapu loyang dengan butter dan tabur tepung)

Masukkan mentega cair, koko, gula, vanilla, garam, tepung dan telur ke dalam mangkuk. Gaul sebati dan masukkan coklat cip.

Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min.Sejukkan dan potong kiub..


Thursday, December 6, 2012

Bihun Goreng Putih


Selamat pagi dan assalamualaikum...Hari ni pagi kita layan bihun goreng putih requested by Ain..Maklumlah ada orang tido umah makngah minggu ni..tu yang demand sikit..

1/2 peket bihun 
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 genggam taugeh
1 genggam ikan bilis*
3 pokok daun kucai
Udang secukupnya
1 biji telur
1 sdt serbuk lada hitam
1/2 ketul kiub ayam

Rendam bihun hingga lembut dan kisar bahan * hingga halus..Tumiskan bahan kisar hingga kering airnya dan masukkan bahan lain.

Pecahkan telur dan kacau rata supaya telur tak berketul..Akhir sekali masukkan bihun dan biarkan seketika..

Hiaskan bawang goreng..Bertambah plak budak ni...

Wednesday, December 5, 2012

Kuih Lapis Pinky Pandan v Sambal Pusuk Kentang


Assalamualaikum semua, semoga berada dalam keadaan sihat hendaknya..Harini CAP tamo masak la..

Kebetulan kakak CAP buat kuih lapis jugak hari ni sebab anak-anak dia tak puas makan..Ambik sekali loyang besar makan la bebudak ni..Tapi tadi tengok yang resepinya lebih tepung gandum ni versi pinky pandan gitu..

Jadi masak sambal ni je la balik dari rumah mak petang tadi..

1 genggam ikan bilis
2 biji ubi kentang
4 tangkai cili merah*
4 tangkai cili padi*
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa

Tumbuk semua bahan * dan ketepikan..Ikan bilis digoreng garing termasuk ubi kentang..

Tumis semua bahan yang ditumbuk tadi hingga garing dan masukkan asam keping. Perasakan dengan garam secukup rasa..

Layanla dengan nasi panas ulam timun oo la mak aiiii.......


Tuesday, December 4, 2012

Kuih Lapis Seri Wangi


Resepi ni ambil kat Kak Yatie sedap la sangat, tq ye kak. Cuma CAP buat petang tadi tak berapa nak kemas nak cepat je tu ada yang tercampur sikit tang tengah tu selapis sebab tak cukup 5 minit dah tuang kaler lain..Heee lagipun tak pernah buat kuih lapis tapi teringin nak test tu yang buat jugak tu..Untuk rujukan CAP sendiri masa hadapan setiap lapis adunan ni letak 125ml dan ada 8 lapis ..Lain kali nak buat lagi..

Bahan A
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 sdb tepung jagung
1 sdt garam
2 cawan santan pekat

Bahan B
1 1/4 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 helai daun pandan (disimpul)
Secubit garam (CAP tambah)

Bahan C
3 sdb rata serbuk koko*
4 sdb air suam untuk bancuh koko*(CAP guna 1 sdb coklat emulco jugak)
pewarna hijau, perisa pandan


Masak bahan B hingga gula larut dan biarkan suam sedikit. Sementara itu satukan kesemua bahan A di dalam mangkuk dan gaul rata.

Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan gaul rata dan kemudian tapiskan. Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan dan satu lagi letak bancuhan koko/coklat emulco.

Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas plastik di dalamnya.Apabila air mendidih panaskan loyang sebentar.
Masukkan adunan koko (125ml) dan kukus selama 5 minit.Setelah itu lapis pula adunan hijau (125ml) selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.Gunakan pisau plastik supaya licin potongannya apabila kuih telah sejuk.


Sedap sangat la kuih ni lemak manisnya cukup rasa memang berbaloi dan puas hati..Ye tak payah beli lagi dah...


Selamat mencuba..

Monday, December 3, 2012

Cucur Cempedak Madu


Entry waktu petang nak lagi hari hujan ni ohh la mak aiii...Sedap betul ni..Manisnya tak terkira..CAP xde pokok jadi kita beli je la kan..RM5 sekilo kat Pasar Pudu..

Nak tulis resepi gak sebagai rujukan masa hadapan..Biji dia pun sedap empuk sangat habis jugak dimakan...

2 senduk leper tepung beras
1/2 senduk leper tepung gandum
1 sdb tepung jagung
Air secukupnya
Secubit garam
Pewarna kuning (jika suka)

Bancuh semua bahan dan salutkan buah tadi..Goreng hingga kekuningan..


Sunday, December 2, 2012

Sup Bebola Ikan


Assalamualaikum hari ni kita bersiaran pada hujung minggu di bulan terakhir tahun 2012..Bakal hadir tahun baru tak lama je lagi..

Hari ni CAP nak tayang ni ha sup bebola ikan tenggiri..Jom masak..

1/2 ekor ikan tenggiri
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 tangkai cili merah (dihiris halus)
Daun sup (dihiris halus)
1 sdb bawang goreng
1 sdt serbuk lada hitam
1 sdt garam
1 sdb tepung jagung

Mula ambil isi ikan tu je dan masukkan semua bahan yang telah dipotong..Tambahkan tepung jagung yang bertindak sebagai agen pelekat bola ikan tu..

Kemudian kepal dan bentukkan bulat ye..Dah siap ketepikan dan tulang tu tak payah buang la nanti masukkan dalam sup sebab ada isi lagi kan nanti membazir..

1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
Air secukupnya
1 biji tomato
1 biji kentang

Tumiskan bahan bertanda * yang telah ditumbuk hingga naik bau dan masukkan kulit kayu manis dan geng dia (",)..

Tambahkan air secukupnya dan masukkan kentang masak hingga mendidih..Masukkan lebihan ikan tadi dan juga bebola ikan yang dah siap tunggu hingga masak..

Dah mendidih masukkan tomato dan hiaskan dengan daun bawang, daun sup dan bawang goreng..


Saturday, December 1, 2012

Blueberry Crepe Versi Kuning


Assalamualaikum semua..Petang ni hujan je sampai ke malam kan..Jadi CAP pun ambil kesempatan ni nak rasa amende la yg hot sangat kat blogger semua..Alhamdulillah tercapai jugak hasrat nak merasa crepe ni..Tapi tak sempat nak test guna durian tu..Kitorang dah bedal balik pasar pudu tadi duriannya..Jadi kita ganti blueberry je la k..Janji crepe..Ni resepi kat blog kak Yatie ye..Tq kak..

Adunan Crepes 

3 sudu besar rata tepung gandum 
4 sudu besar rata tepung kastard
4 sudu besar rata tepung jagung
2 sudu besar rata tepung ubi
3 biji telur (di pukul manja je)
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar gula halus
1/4 sudu teh garam
250 ml susu cair- suhu bilik
1 sudu besar mentega cair/minyak masak
Pewarna purple- optional
 
Cara-cara

Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis. Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.
 
Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan pan dengan minyak masak atau butter dengan menggunakan kitchen tisu.
 
Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering dan tidak perlu diterbalikkan.
 
Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik..Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh ditindih satu persatu.
 
Inti

1 cawan non dairy whipping cream
Blueberry filling secukupnya
 
Ambil 1 cwn/ 250ml non dairy whipped cream dan pukul hingga kental.
Masukkan dlm bekas dan simpan dlm petiais sementara menyediakan crepe.

Non dairy whipped cream yang telah di pukul kental (masukkan dlm piping bag senang di gunakan)

Letakkan sekeping crepe dan non dairy whipped cream di atasnya..Kemudian letakkan 1 sudu kecil blueberry filling dan tutup kembali dengan non dairy whipped cream..

Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah.Buat sehingga adunan habis. Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan ketika dingin..