Pages

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 28, 2012

Sepetang Bersama Karipap Sardin



Assalamualaikum, ada yang dah pegi shoping back to school ke belum..Dah start musim hujan gamaknya..Tiap petang langit menitiskan airnya membasahi bumi..

Petang semalam dapatla layan karipap sardin ni ha..Kulit macam biasa CAP guna resepi kak noorsha je..Pusing2 le kita..


Bahan Doh Margerin:
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar margerin
1 sdb tepung jagung (CAP tambah)

Bahan Doh Minyak:
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air sejuk
Secubit garam

Cara² Doh Margerin:
Satukan margerin dan tepung gandum. gaul sebati dan kepal²kan kepada 5 bulatan sama besar dan ketepikan.

Cara² Doh Minyak:
Satukan garam kedalam air sejuk, kacau sedikit hingga larut, masukkan kedalam adunan tepung beserta minyak dan uli hingga rata. 

Untuk gambarajah sila rujuk sini sebab CAP ambil resepi ni kat kak norsha..Karipap ni CAP dah pernah masuk entry last month so refer sini tau..

Inti
1 tin sardin
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (dipotong dadu)
5 tangkai cili api (dipotong nipis)
1 sdb lada kering kisar
1 sdt garam
Sedikit minyak untuk menumis
2 biji limau kasturi

Lenyekkan ikan sardin tersebut dan tumis bawang dan cili hingga garing.Masukkan ikan dan sosnya dan biarkan ia kering sedikit. 

Tambahkan air limau dan perasakan dengan garam..Biarkan sejuk..

Olaaa layan kopi O panas......


Tuesday, November 27, 2012

Pulut Kuning Adam



Entry ni buat untuk Adam waktu khatan ari tu..Dan kebetulan juga ulangtahun perkahwinan CAP mengikut bulan Islam..

1 kg beras pulut
2 cawan santan @ 400ml (CAP guna santan kotak je)
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa
1 sdb serbuk kunyit
1 keping asam gelugur
1 sdb lada hitam biji


Rendam pulut dalam air yang telah dicampur dengan 1 sudu besar kunyit serbuk dan asam keping. Kacau rata dan rendam semalaman..

Basuh pulut yang telah direndam semalaman dan toskan air.. Kukus beras pulut yang sudah berwarna kuning dan letakkan daun pandan untuk mewangikan pulut.. 

Tambahkan juga lada hitam biji ke dalam beras pulut.Kukus selama 45 minit dan kaup balik pulut supaya masaknya sekata.
 
Kemudian masukkan beras pulut ke dalam besen besar yang telah dicampurkan sedikit garam ke dalam santan secukup rasa..Kacau sampai sebati.

Kemudian kukus selama setengah jam atau sehingga santan masak dan kacau rata..Padamkan api dan sedia dihidang..


Monday, November 26, 2012

Kuih Ketayap


Kali ni kuih ketayap ni digulung oleh Ain anak buah yang sulung..Cuti sekolah maklum jela dorang nak makan kena tolong sama kat dapur ni..

2 cawan tepung gandum
3 cawan air
1sdt garam
1 biji telur
1 sdb minyak masak
Pewarna hijau

Campur semua bahan dan gaul hingga adunan sebati dan tidak berketul-ketul..Kemudian panaskan pan dan tuangkan suku cawan adunan dan dadarkan adunan tersebut..

Tunggu sehingga adunan masak dan angkat..Letakkan inti kelapa dan gulungkan..


Sedia dihidang untuk santapan keluarga.. Untuk inti rujuk sini je la ye..

Saturday, November 24, 2012

Berkhatan Beramai-ramai

Sponsor by Nanny Adam


Alhamdulillah selesai sudah majlis berkhatan beramai anak makngah sorang ni..Suka betul ye mandi air bomba..Kita layan picca je ya..



Hujan pagi ni kan tapi bomba tetap hadir tapi sebelum tu salam dulu dengan YB dapat duit ho yeee...




Time tu mandi air pancut meh...Ohh sejuknya saya bila lagi kan nak main air...ambik sampai mengigil dengan hujan lagi..




Turn ke 25 daaa sabar jela nak tunggu..Berani sungguh budak ni sikit tak takut nasi lemak 2 bungkus bedal tunggu lama sangat..Nangis sikit je bila dah nak balik rumah..



Friday, November 23, 2012

Puding Sagu Pelangi



Assalamualaikum.Jenjalan dapur kak Lina PG cantik betul puding tu kemas je dan sama besar lapisnya..Kebetulan semua nak clearance stock je ni...Tapi CAP nyer x kacak cam sifu la maklum pertama kali seumur hidup melapis, boleh ('',).....Adeh2 tapi best rasa manis pun sedang je..

1 cawan biji sagu
1 liter air

20 gm serbuk agar-agar
 
1 1/2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan

1 tin susu cair
(CAP guna 200ml)
3 jenis pewarna kegemaran

Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih(Masukkan beberapa titis olive oil ke dlm air rebusan sagu).

Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir untuk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.  

Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.  

Masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Masukkan susu cair dan kemudian tutup api  
Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau (CAP guna garfu je) 

Cedok 200 ml larutan agar-agar lagi dan masukkan ke dalam 1 bekas sagu dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.  

Ulang beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sagu digunakan. Sejukkan di dalam peti ais...

Untuk setiap lapisan masukkan ke dalam freezer (1-2min) dengan suhu max supaya puding cepat membeku.


 

Thursday, November 22, 2012

Syukran

Assalamualaikum semua..Petang ni hujan mencurah turun..Alhamdulillah gencatan senjata telah diumumkan malam tadi..Syukur tak terhingga CAP mudah-mudahan saudara seIslam kita nun jauh di sana diberi keamanan dan kesejahteraan untuk hidup selepas ni..

Tidak terhitung nyawa yang terkorban betapa tabahnya mereka menghadapi ujian ini..Bersyukur kita tinggal di bumi Malaysia yang hidup aman damai dan penuh kerukunan..Bersamalah kita pelihara dan bersatu padu dibawah rahmat ALLAH..


Hari ni CAP entry pokok kari dah menjadi seronoknya yang lama dulu dah mati...Orang tanam kita nak tanam jugak kan..Yela dalam seminggu mesti ada lauk kari kat rumah ni..Abaikan je air tu ye time hujan ni nak bergambar jugak


Ha si serai pun mula menunjukkan dedaunnya..Pas ni kalau menjadi takyah beli dah kat pasar tu..Tapi stok dalam pasu je semua ni ye..

Petang ni kita layan dessert ni ye agar-agar stoberri..




Tuesday, November 20, 2012

Nasi Ayam Kuning



Entry weekend last week ni ye..CAP buat nasi ayam sama macam entry yang dah pernah masuk la kira siaran ulangan lagi ni..

Cuma kasi kuning ye CAP rendamkan beras dengan 1 sdt serbuk kunyit..

(Nasi)
3 cawan beras basmathi (rendam selama 1/2 jam dengan serbuk kunyit)
5 1/2 cawan stok ayam
2 helai daun pandan yang disimpul
5 biji bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*
1 kuntum bunga lawang*
1 batang kulit kayu manis*
1 sdb marjerin + 1 sdb minyak masak
2 inci halia (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 batang serai (dititik)

Tumis semua bahan kecuali stok ayam dan beras hingga naik bau...Kemudian masukkan stok ayam dan beras kacau sedikit...Jangan lebih sangat nanti patah tau beras...Masak macam biasa....

(Sup Ayam)

1 biji bawang besar (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1 inci halia (tumbuk)
4 sekawan* 
1 ketul kiub ayam 
Sedikit minyak untuk menumis
Tumis la bahan tu dan naik bau masukkan ayam dan air secukupnya...Kemudian asingkan ayam dan toskan untuk sesi pemerapan nanti...Asingkan juga stok secukupnya tadi untuk masak nasi...Sup yang baki tu kita tambahkan lada hitam, bawang goreng dan daun sup...Perasakan dengan garam... Dah siap pun.......

Untuk ayam

1/2 ekor ayam
2 ulas bawang putih 
1 inci halia
1 sdb kicap pekat
1 sdb kicap manis
Sedikit lada hitam
Garam
Sedikit minyak bijan 
Minyak untuk menggoreng
Tumbuk je bawang tu dan sebatikan dengan kicap..Perap la dalam 30 minit dan boleh digoreng dengan minyak yang banyak..

Untuk sos tu macam biasa CAP suka wat sos bawang putih...

2 sdb lada kering kisar
2 ulas bawang putih
1 biji limau nipis
1 sdb gula pasir
Secubit garam

Masak semua bahan ni sampai mendidih ok...

Kicap

1 sdb kicap pekat
2 sdb kicap cair
Sedikit minyak bijan
Sedikit stok ayam 


Kemudian hidangkan dengan salad, timun dan tomato..Memang hidangan lengkap kan musim cuti sekolah ..

Monday, November 19, 2012

Dark Choc Moist Cake



Assalamualaikum semua..Lama sungguh tak hapdet ni..Cuti sokmo eh..Lagi siaran ulangan kek coklat ni..CAP dah pernah masuk entry guna resepi ni..

Cuma kelainannya CAP letakkan hirisan coklat compound dalam adunan kek ni sebelum dikukus dan tak topping atas dia..Sedap jugak dan bagi penggemar tegar coklat boleh tambah topping kalau nak..

Untuk picca sebelum ni boleh rujuk sini ye.. Resepi kali ni ialah...


Bahan (A)
1 cawan gula pasir (kali ni CAP letak 3/4 cawan)
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
3/4 cawan serbuk koko
Esen coklat

Bahan (B)
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sdt baking powder
1/2 sdt bikarbonat soda
Telur 3 biji

Bahan (C)
Coklat kompaund secukupnya
 
Masak bahan (A) hingga larut sepenuhnya dan pukul telur hingga kembang. Kemudian kacau rata (A) dan (B) dan masukkan telur yang telah dipukul...

Alas loyang dengan kertas dan griskan dengan minyak dan taburkan tepung. Masukkan hirisan coklat kompaund ke dalam adunan sebelum dikukus.

Kemudian panaskan pengukus dan kukus selama sejam. Alaskan kain pada tudung periuk untuk elakkan wap air jatuh..

Sejukkan dan boleh dipotong..Selamat mencuba..


Tuesday, November 13, 2012

Kek Marble Strawberry

Rupa belum bakar


Ni la kononnya nak bagi buah tangan kat suami untuk bawa lik Sarawak kebetulannya outstation gitu..

Tapi yela orang kata malang tak berbau kan tengah dok bakar yang loyang kedua ni hujan dah kilat pun menyambar jadi nya dah kiok fius ni..Nak kena tunggu repair.

Bakar sekali lagi terus bantut kek yang baru bakar tu..Dapat tunjuk picca ni je la ye..

Sapa yang nak resepi CAP guna resepi kek marble sebelum ni cuma ganti serbuk koko dengan strawberry emulco..Sapa yang cuba leh la share ye..

Monday, November 12, 2012

Donut Coklat untuk Adam



Cuti sekolah pun dah bermula tentu semua sibuk kan bila askar semua kat rumah..Ni Adam dok request bila dapat hadiah 10 pelajar terbaik kat tadika tu..

Layankan jela ye..Nanti next entry CAP syer resepi k...Both sided bagi coklat, yang satu tabur kacang tanah dan satu lagi tabur je coklat rice tu eh..

Puas dah hati dia tu..

Saturday, November 10, 2012

Labu Masak Lemak



Assalamualaikum semua kita entry labu lagi boleh..Bukan apa ada lagi suku dok dalam esbok tu sayang pulak..Lagipun lama tak makan gulai putih ni..

1/3 biji labu (dipotong kiub)
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1 genggam ikan bilis *
1 batang serai (dititik)
2 helai daun kunyit (dihiris)
300ml santan
1 cawan air
1 sdb serbuk lada hitam

Tumbuk bahan * hingga halus dan masukkan ke dalam santan hingga mendidih kecuali labu..Kacau selalu supaya tak pecah minyak.

Tambahkan lada hitam dan perasakan dengan garam..Dah mendidih masukkan labu dan masak hingga empuk..

Apa lagi makan dengan nasi panas, sambal belacan, ikan masin dan kacang botor sebagai ulam..



Selamat menjamu selera

Friday, November 9, 2012

Lagi Labu Versi Apam


Ni kes labu dok ada lagi ye kita layankan jela..
2 1/2 cawan tepung gandum (CAP letak 2 cawan)
1 sdt ovalette
1 sdt baking powder
2 biji telur
1/4 cawan ( suku cawan) minyak masak
3/4 cawan gula
3/4 cawan labu yang telah dilenyek
1/2 cawan santan(CAP letak susu cair)
Esen vanila

Kelapa parut (diletakkan garam dan dikukus sekejap)
 
Resepi ni CAP ambil kat jintan manis tq ye..
Rebus atau kukus labu hinga empuk, kemudian lecek hingga hancur, selepas itu dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga betul-betul kembang dan masukkan ovallete, pukul lagi.
 
Selepas itu masukkan labu yang telah dilecek tadi, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan santan kacau sebati.
 
Panaskan kukusan dan pastikan acuan di sapu dahulu dengan sedikit minyak. Sudukan adunan apam labu tadi di dalam acuan dan kukus selama 8 ke 10 minit. 

Letakkan adunan 3/4 bahagian acuan untuk memastikan apam labu naik cantik apabila siap dikukus nanti. 

Selamat Mengukus.

Thursday, November 8, 2012

Kek Batik Malaysia



4 biji telur
250g mentega
1 cawan serbuk koko
500g biskut marie
1 ½ cawan gula pasir
1 tin susu cair

Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan masukkan susu, koko, dan telur yang telah dipukul kembang. Masak di atas api yang perlahan sehingga mendidih dan pekat.

Masukkan biskut marie yang telah dipecahkan dan gaul hingga sebati...Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan.

Sedia dihidang.


Wednesday, November 7, 2012

Lagi Karipap



Assalamualaikum semua..Bila nak masuk musim tengkujuh nih amatla tak terhapdet blog ni..Ni lagi entry karipap semalam inti belen yang dalam peti tu..Tapi CAP adjust sikit sebab inti tak banyak dan ada penambahan..

2 cawan tepung gandum
1 sdb marjerin
1/3 cawan minyak masak
1/2 cawan air sejuk (CAP tak habiskan)
1 sdb tepung jagung
1/2 sdt garam

Panaskan marjerin dan minyak hingga larut. Kemudian masukkan tepung dan gaul dengan garfu... Biar adunan sejuk campurkan air dan garam serta uli hingga doh berminyak dan lembut.....

Untuk inti cek kat sini lah ye..Agak beza jugak kulit karipap ni rangup..

Monday, November 5, 2012

Koci Labu



Resepi ni dari jintan manis..dah 2x try best...Dapat la minum petang semalam..

Kulit

300 gram tepung pulut
200 gram labu puree ( rebus labu, lenyek baru ditimbang)
Sedikit garam
1/2 cawan santan
Sedikit air ( CAP guna 1 cawan)
Didalam bekas adunan, campur tepung pulut, air, isi labu, santan, dan garam, gaul sebati dan tekstur adunan ini seakan-akan adunan buah melaka. ketepikan. 


Inti 

1/2 biji kelapa inti (kelapa yang kulitnya tidak terlalu coklat,tak muda sangat, tak tua sangat)
70 gram gula merah (CAP guna setengah ketul)
3 sudu besar gula
2 helai daun pandan (disimpul)
sedikit air
 
Di dalam kuali, masukkan kelapa, gula merah, gula, sedikit air dan daun pandan, kacau sehingga semuanya sebati, biarkan gula merah betul-betul menyaluti kelapa parut, kacau selalu dan biarkan inti agak kering. angkat dan sejukkan.

Dadih
1/2 cawan santan
1 sdb tepung beras
1/2 sdt garam

Masak hingga agak pekat..

Cara melipat ( beberapa pelepah daun pisang yang telah dilayur)

Ambil daun pisang yang telah di potong beberapa bahagian, sapukan sedikit minyak  di atas permukaan daun pisang,  letakkan adunan tepung pulut dan sudukan inti kelapa, tutup kemas. 

 Lipat daun pisang sehingga menjadi bentuk kuih koci, kukus selama 10 ke 15 minit, angkat dan sedia untuk dihidangkan. 

Tapi CAP buat teknik ni macam tak berapa nak cantik pun..Last sekali buat macam kon je rupa..




Nak dapat koci labu yang cantik warnanya guna labu yang agak masak sikit..Selamat Mencuba.

Sunday, November 4, 2012

Daging Goreng Kunyit




Hari ini CAP nak syer resepi yang sangat simple je..Menu campak ni kalau dah tak sempat cepat je siap..

1 biji bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (potong dadu)
1/2 kilo daging
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
1 biji tomato (potong dadu)
Sedikit serbuk lada hitam
Serbuk kunyit
1 batang lobak merah
Garam

Mula sekali rebuskan daging korban tu dan toskan..Air rebusan jangan dibuang ye..Kemudian kunyit garam daging tadi dan goreng sekejap je jangan lama sangat nanti liat.

Tumis bahan hirisan tadi dan tambahkan sedikit lada hitam.Masukkan daging dan air rebusan tadi..

Perasakan dengan garam dan masukkan lobak merah..Tunggu hingga mendidih..

Senang dan sedap..

Friday, November 2, 2012

Sotong Spicy



1/2 kg sotong
1 biji bawang besar
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
2 ulas bawang putih
1 sdb lada kering kisar
1 sdb sos tiram
1 sdt serbuk kunyit
Sedikit garam

Bersihkan sotong dan kelar disebelah dalam sebelum dicelur sekejap..Kemudian hiris bawang dan cili serta tumis hingga naik bau..

Masukkan lada kering kisar dan biarkan garing sekejap..Tambahkan sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam..Masukkan sedikit air ye dan sotong yang dicelur tadi..

Biarkan mendidih sedia dihidang dengan nasi panas..


Pulut Serunding Kasih



Pulut ni lama dah makannya cuma tak terhapdet..Pulut ditanak oleh suami tercinta...Tq sayang..Jadi tak sempat nak nengok dah dok bertenggek atas kukus..

2 cawan beras pulut
1 kotak santan MS
Secubit garam

Rendam pulut selama setengah jam dan toskan..Masukkan separuh santan ke dalam loyang dan daun pandan kacau rata. Kukus hingga separuh masak..

Kacau pulut tadi dan tambahkan santan dan kukus lagi hingga masak.Dah sejuk bolehla kepal atau letak dalam acuan ye..



Untuk inti ni CAP guna inti cucur badak balen dok dalam peti es tu..

2  batang serai*
1 biji kelapa parut
1 biji bawang besar*
1 inci kunyit hidup*
1 sdb udang besar*
1 sdb jintan putih/manis*
1 sdb lada kering (dikisar)*
Garam dan gula secukup rasa

Untuk inti tumiskan bahan yang dikisar hingga naik bau dan masukkan kelapa parut itu tadi..

Goreng kelapa hingga kering air dan sebati..Perasakan dengan garam dan gula..


Thursday, November 1, 2012

Nasi Impit Tasik



Untuk nasi impit CAP selalu buat je sendiri mak ajar daripada kecik..Senang je sapa nak try.

5 cawan beras
5 keping plastik
Stapler

Mula sekali bahagi dua plastik tu dan garis je la nak senang.Kemudian masukkan beras yang dah dibasuh dan ditoskan kedalam plastik ye semua..

Beras ni masukkan suku je orang jawa cakap 1/3 dari garisan yang setengah tu tadi. Yang baki setengah kat atas tu untuk kita lipat dan stapler kan..Lepas tu ambil lidi cucuk je plastik tu..

Panaskan air dan rebus selama 4 jam kalau nak tahan lama..Lepas 4 jam tu tekstur nasi tu pun dah tak berbiji lagi licin je..

Tunggu sejuk dulu baru potong dengan pisau plastik..Selalu CAP esok nya baru potong...

Sedap kan makan dengan soto.. Ni la menu Raya Haji lepas..Siap begedel lagi makngah..

Kek Oren Orengy



Ni entry malam tadi sambil tunggu kepulangan suami daripada obersea  Sabah je pun..Hujan plak tu mencurah-curah..

250g mentega
200g tepung naik sendiri
160g gula halus
4 biji telur
1 biji oren sunkist
1 sdb ovelette
1 sdb susu tepung
1sdt esen oren
Secubit garam
Beberapa titik perisa coklat (untuk buat marmar)

Pukul telur putih hingga kembang tapi CAP blend je maklum dah malam jadi ada sikit M..Kemudian masukkan kuning telur dan asing kan.

Pukul mentega dan gula juga hingga kembang dan selangseli masukkan tepung dan susu tepung hingga sebati..

Masukkan kulit oren yang disagat dan perahan air oren tadi dan tambahkan ovelette, esen oren dan garam hingga rata..

Griskan loyang dengan mentega dan tabur sedikit tepung..Masukkan adunan tadi dan titiskan beberapa titik perisa coklat dan kacau dengan lidi untuk dapatkan corak marmar atas tu..


Bakar hingga masak mengikut oven masing-masing ye CAP bakar dalam 1 jam gitu..Memang mengancam owww bau oren bila bakar tu plusss gebus gitu..


Selamat mencuba