Pages

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, July 28, 2012

Popia Goreng

Hari ni berbuka di rumah mak jadi tak masak...Cuma sempat buat popia goreng nak di bawa ke sana...

Resepinya:-

1 biji sengkuang (medium size)
2 biji carrot
1 cawan udang kering (ditumbuk)
Garam
Lada hitam secukup rasa
1 sdt serbuk kunyit
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 biji telur
40 keping kulit popia

Bahan Pelekat - 2 sdb tepung gandum dan air

Tumis semua bahan hingga naik bau dan masukkan sengkuang dan carrot..Perasakan dengan garam.

Biarkan sejuk dan boleh digulung...

Untuk sos nya macam biasa buat sos cili bawang putih..
2 sdb lada kering (dikisar)
1 sdb cuka buatan
1 sdb gula
Garam 
2 ulas bawang putih

Dimakan bersama sos ok.....

Puding Roti Karamel

Semalam lepas je balik interview terus je buat puding ni...Suami nak makan sangat....Terima kasih kepada Mat Gebu ye...JOm kita semak.

Resepinya:-

4 sdb gula + 1 sdb air (gula hangus)
4 keping roti
3 biji telur
1 cawan air 
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 sdt esen vanilla
Garam

Panaskan periuk kukus dan blend roti, susu pekat, susu cair dan air serta garam. Pukul telur dengan garfu je jangan sampai berbiuh nanti tak cantik puding kita tak tulus gitu...

Masak gula hingga jadi karamel dan masuk 1 sdb air kemudian campurkan dengan bahan yang dah dikisar tadi.Sebatikan adunan dengan telur dan kukus selama 45 minit.

Biarkan sejuk dan sedia dihidang........

Enak dimakan bila sejuk.....

Friday, July 27, 2012

Karipap Keribang........

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Bagi penjawat awam nampaknya gembira sokmo dpt bonus ye...Oh ye entri hari ni CAP buat karipap keribang...Hehehe mesti tertanya-tanya kan apa benda tu...Alkisah suami kesayangan saya orang Sarawak jadi ambil kesempatan nak bagi tau semua keledek dipanggil keribang di Sarawak...

CAP ambil daripada Ummi Zaihadi tapi katanya pemilik asal Tun Telani dan Ros Jintan Manis...Ramai dah cuba resepi ni....Memang best, meletup kulit dia......Terima kasih ye..Jom semak....

Resepinya:-

4 cawan tepung gandum
2 sdb marjerin
1/2 cawan minyak masak
3/4 cawan air
1/2 sdt garam

Panaskan marjerin dan minyak hingga larut. Kemudian masukkan tepung dan gaul dengan garfu... Biar adunan sejuk campurkan air dan garam serta uli hingga doh berminyak dan lembut.....

Dah siap kelim

Intinya:-

6 biji keledek (saiz kecik)
1 biji bawang besar (potong dadu)
1/2 genggam ikan bilis
2 sdb udang kering
2 sdb rempah kari
1 sdb lada kering 
Garam
Daun kari (CAP tambah sendiri)

Caranya kisar je semua bahan tersebut dan tumis hingga naik bau..Kemudian masukkan keledek dan sedikit air masak hingga empuk...

Perasakan dengan garam dan sejukkan dahulu ye.......
Inti Keribang
Selamat mengelim.......Banyak juga dapat dalam 50 biji mengikut saiz masing-masing . Maklumlah bulan puasa ni banyakkan bersedekah ye........

Siap sudah..
Dihidang bersama air teh bunga (homemade)

Wednesday, July 25, 2012

Jadilah Wanita Paling Anggun Di Dunia

Wahai An Nisaa semua kejadian betapa pun parahnya ia pasti berhubungan dengan kelapangan dalam waktu yang dekat...Jangan anda berasa hina dan jangan pula bersedih pada perkara yang andalah orang yang beroleh kemenangan...

Ketahuilah ibu-ibu, 

Perhiasanmu bukan emas atau perak, tetapi dua rakaat menjelang subuh, dahagamu di tengahari yang panas dek kerana puasamu di bulan Ramadhan, dermamu yang tersembunyi oleh tangan kirimu, air mata taubat mu di atas panjang hamparan sejadah dan malu mu pada ALLAH ketika terdorong nista dan ajakan syaitan...

Jadikan takwamu bak pakaian, malu itu bak sepatumu...Jangan pernah berputus asa kerana perubahan itu terjadinya beransur-ansur...Berapa banyak pun nikmat yang tidak dapat dipancing dengan mensyukurinya kepada Allah ternyata bersembunyi di balik perkara yang tidak disukaiNYA...

Lempeng Air Panas dan Sambal Tumis Ikan bilis

Dalam diam dah 5 hari Ramadan berlalu...Semalam CAP buat berbuka puasa cuma lempeng air panas dan sambal tumis ikan bilis...Kebetulan suami ajak pergi cari pulut udang di bazar Ramadan bawa Ain dan Aishah..Dah tu suami bawa balik bubur lambuk jugak ofis sponsor maka banyak la hidangannya..Semak jom..

Resepinya:-

3 cawan tepung gandum
1 cawan air panas 
Garam

Sedikit marjerin dan minyak untuk menggoreng

Baca betul -betul tau arahan ni...Masukkan tepung dan air panas yang baru masak tau..Air dalam termos tak jadi nanti...Lupa pulak larutkan garam dalam air tu..Air tu tengok tau jangan lembik sangat.

Kacau hingga sebati pakai senduk tau panas nanti melecur...Memang macam melekit dan tepung macam termasak sikit..Dah sejuk bulatkan ikut saiz anda suka...Kemudian leperkan adunan tadi nipis sikit dap..

Bila nak goreng panaskan marjerin sikit untuk aroma dia...Goreng sampai garing..
Garingkan

Boleh hidang dengan sambal tumis ikan bilis.. Kalau ada kari pun sedap juga..Selamat mencuba

Sambal Ikan Bilis

Ikan Tongkol Goreng Kicap

Untuk sahur pagi tadi ni entry nya ye...Ikan tongkol goreng kicap.Jom kita semak

Resepinya:-

2 ekor baby tongkol
2 sdb lada kering (yang dikisar)
1 biji bawang besar (yang dikisar)
1 batang serai (diketuk)
1 sdb kicap pekat 
1 cawan kicap manis
1 keping asam keping
1 biji ubi kentang (digoreng)
1 biji tomato 
1 biji cili merah
Garam

Mula sekali kita kunyit garam ikan tongkol dan goreng. Kemudian tumis bahan kisar dan serai hingga naik bau dan terbit minyak....

Lepas tu perasakan dengan garam dan asam keping..Masukkan kicap dan biarkan mendidih..Kemudian masukkan ikan, tomato, ubi kentang dan cili merah....

Sedia untuk dihidang.......



Enak dimakan dengan nasi panas ketika bersahur

Monday, July 23, 2012

Bubur Lambuk

Salam Ramadhan ke 3 sudah...Hari ni resepi kita bubur lambuk...Jom kita semak

Resepinya:-

2 cawan beras
Air secukupnya
2 sdb serbuk lada hitam
1 biji bawang besar (dihiris dadu)
1 inci halia dihiris
Bunga lawang dan kulit kayu manis
1 biji lobak merah (dipotong dadu)
1 cawan isi ayam (dihiris nipis)
1 cawan udang kering
Lobak Asin (ikut suka)
1 kotak santan MS
1 sdb rempah sup
Garam
Daun bawang/daun sup (hiasan)
Bawang goreng (hiasan)

Tuangkan sedikit minyak untuk menumis sehingga dah naik bau...Udang kering pun tumis sekali tau baru sedap..

Lepas tu masukkan beras dan air dan masak hingga nasi menjadi bubur bak kata pepatah....Bila dah mendidih masukkan santan dan biarkan ia masak hingga beras benar-benar kembang...
Masak sehingga kembang
Kalau ikut saya masukkan sedikit bawang goreng daun bawang daun sup masa tengah mendidih untuk memberikan aroma lagi...Ok dah boleh masukkan lobak asin dan lobak merah tu...
Sedia untuk dihidang
Lepas tu boleh dihidang dan hias dengan bawang goreng dan daun bawang serta daun sup.....

Nak sedap lagi gorengkan udang kering tabur atas bubur lambuk tau...

Hidangan berbuka hari ini
Pemberian jiran sebelah rumah

Agar agar Susu

Pencuci mulut untuk sajian berbuka hari ini agar-agar susu...Hehehe sebab tak nak pakai santan ok...Jom kita semak

Resepinya:-

20 g agar-agar
1 1/2 cawan gula pasir
900 ml air
1 tin susu cair 
Secubit garam
Ceri merah

Masakkan air, gula dan agar-agar hingga mendidih kemudian tuangkan susu cair...

Masak hingga larut agar-agar ye...Letakkan ceri merah di dalam tapi sesiapa kalau ada fruit koktel lg sedap. Dah sejuk simpan dalam peti ais bila petang boleh kita potong....

Sedia untuk disejukkan
Nak dapat gini rupanya kita terapkan dengan acuan biskut...Sejuk sejuk sedap.....
Agar-agar siap



Hotel/Bufet Ramadhan

Sempena Ramadhan ini, banyak hotel yang menyediakan bufet Ramadhan dan penting bagi setiap hotel mempunyai sijil halal yang sah dan belum tamat tempoh.

Untuk rujukan senarai hotel yang mempunyai sijil halal yang sah, layarilah laman web Portal Rasmi Halal Malaysia.






Sunday, July 22, 2012

Mee Goreng Ayam

Entri hari ni mee goreng ayam ok...Check it out.....

Resepinya:-

2 bungkus mee kuning
3sdb lada kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cawan udang kertas
Fish ball (ikut suka nak banyak mana)
1 cawan ikan bilis
2 sdb sos tomato
1 cawan taugeh
Daun bawang/daun sup (hiasan)
Cili Merah (hiasan)

Mula-mula tumis bahan kisar hingga naik bau dan masukkan semua bahan sampingan tu..Kemudian letakkan sedikit kicap pekat dan kicap manis..

Masukkan mee dan gaul sebati..

Untuk ayam pula bahan-bahannya ialah:-

3 ulas bawang putih
2 sdb tepung jagung
1 sdb serbuk kunyit
Garam
Daun kari

Masukkan semua bahan dan perapkan sebentar lebih kurang dalam 10 minit sebelum digoreng...

Mee dan ayam goreng
Gandingan mantap hari ni sirap bandung........

Disajikan dengan air bandung penyejuk badan


Selamat mencuba.........

Saturday, July 21, 2012

Cucur Udang sajian Hari Pertama Iftar

Salam Ramadhan buat semua...Semoga bulan yang mubarak ini dapat kita manfaatkan sebaiknya... Hari pertama berbuka tahun ini cucur udang...Bukan apa nanti makan yang berat tak larat nak terawih...

Resepinya:-

500 g tepung gandum
2 sdb lada kering (yang dikisar)
1 sdb marjerin
1 sdt baking powder
1/2 sdt bicarbonat soda
2 cawan udang kertas
2 cawan air
Secubit garam
1 biji bawang (besar dipotong dadu)
Daun kucai
1 biji telur

Masukkan semua bahan tadi dan gaul sebati..Air tu kalau tengok pekat sangat tambah lagi yer...Tapi jangan cair sangat pulak...
Adunan yang telah sebati

Perapkan adunan sekejap..


Sedia untuk digoreng

Sebelum terlupa cucur ini sedap dihidang bersama dengan cili sos buatan sendiri ok...

Resepinya:-

2 sdb lada kering
1 sdb gula pasir
2 ulas bawang putih
2 sdb cuka buatan
Secubit garam

Masak semua bahan tadi hingga mendidih dan pekat..

Cili sos buatan sendiri

Habis laris masa berbuka tadi....

Memang sedap berbuka bersama keluarga
Selamat berbuka puasa dan selamat mencuba....

Thursday, July 19, 2012

Kuih Dadar @ Ketayap

Last tea time sebelum puasa ni try resepi kak Ctdelima memandangkan kelapa ada dalam petisejuk tu ok...Jom kita semak...

Resepinya:-

1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1cawan susu cair dan 1/2 cawan air
Secubit garam
Pewarna hijau
1 sdb minyak masak

Inti:-

1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula merah
Air
Daun pandan
2 sdb gula pasir

Memula gaulkan semua bahan hingga sebati dan kisar adunan tadi untuk mendapatkan adunan yang halus dan sebati

Panaskan kuali dan griskan dengan minyak. Sendukkan 1/2 adunan dan dadar hingga menjadi bulat...

Letakkan inti kelapa dan gulung...

Sedia untuk dihidang...
Kuih Ketayap

Sedap untuk dijadikan sebagai minum petang...

Dihidang bersama kopi dan teh

Jadual Berbuka Puasa dan Imsak 2012 (Kuala Lumpur)

Lagi 2 hari nak masuk Ramadhan, elok kita perhatikan Jadual Berbuka dan Imsak bagi kawasan Kuala Lumpur dan sewaktu dengannya.


Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak



Wednesday, July 18, 2012

Choc Moist Cake


Dah berapa hari teringin sangat nak makan kek coklat moist moist gitu...asyik tertunda je..Akhirnya ku gagahkan diri buat jugak harini...Walaupun first time buat ni..Hope menjadi...Resepi nak ambil kat blog jintanmanis tapi ila tukarkan air suam kepada susu cair gitu...Jom kita semak..

Resepinya

Bahan (A)
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
3/4 cawan serbuk koko
esen coklat

Bahan (B)
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sdt baking powder
1/2 sdt bikarbonat soda
esen vanila
Telur 3 biji

Cara Masakan

Masak bahan (A) hingga larut sepenuhnya dan pukul telur hingga kembang. Kemudian kacau rata (A) dan (B) dan masukkan telur yang telah dipukul...
Alas loyang dengan kertas dan griskan dengan minyak. Kemudian panaskan pengukus dan kukus selama sejam. Sorry la gambar ni memula letak loyang empat segi rupanya tak muat masuk dalam kukus..Jadi tukar loyang dulu lah...

Loyang square -tak muat masuk dalam pengukus 
Alaskan kain pada tudung periuk untuk elakkan wap air jatuh...Pesanan food blogger berpengalaman semua ila tengok jangan buka tudung periuk sebelum waktunya...Sabar supaya kek tak mendap....
Hah tengok tu menjadi gitu kek yahooooo....

Tukar dulang bulat 

Dah sejuk boleh buat topping cenggini tau

1 cawan susu pekat
3/4 cawan serbuk koko
1 sdb mentega
Kek disirami dengan coklat cair
Last sekali ikut suka nak hias cemane ok...tengah takde idea tabur je coklat rice...


Tuesday, July 17, 2012

Kuih Sagu

Tea Time kelmarin kuih sagu kegemaran suamiku sorang ni....Mari kita cek resepi dia tapi tak ingat la ambik kat mana....Apapun memang best dan menjadi.Dah banyak kali buat jugak..:- 

Resepinya:

1 cawan sagu biji
3 cawan air
3/4 cawan gula(atau secukup rasa)
Pewarna merah dan perisa ros
1/2 biji kelapa parut 
1 sudu teh garam

Cara Masakan...

Panaskan air, gula dan pewarna hingga mendidih..Masukkan sagu dan kacau rata sampai pekat dan masukkan ke dalam loyang yang telah digris dengan sedikit minyak.

Kukus sagu selama 20minit hingga semua sagu bertukar jernih


Siap untuk dihidang... Boleh juga dihidang bersama santan
dan air gula merah

Tuesday, July 10, 2012

Lagu Semangat

Lagu favorite hari-hari



Sunday, July 8, 2012

Pre- Ramadhan

Almond London

Projek hari ini menyiapkan tempahan staff MBSB ini biskut la...Cik Tinkerbell dan Cik Bananana....

Tart Nenas

Ada lagi tart nenas juga untuk kenkawan opis en suami... Mengidam katanya... Nampak gayanya Alhamdulillah rezeki anak-anak dapat sebelum puasa lagi order...