Pages

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 19, 2012

Sampaikanlah Berita Gembira Kepada Orang Yang Beriman


Rumah sederhana dengan iman, bukan istana dengan sikap melampaui batas....

Sesungguhnya wanita yang beribadah kepada Allah, mendirikan solat lima waktu, dan berpuasa dibulan Ramadhan merupakan wanita yang paling bahagia daripada wanita yang tinggal di istana waima tinggal dirumah beratapkan rumbia beralaskan pasir dan berbekalkan gandum sekalipun.. 

Sunday, June 17, 2012

Sepetang Bersama Ain dan Suami

 Inilah hasil untuk tempahan puan buyung di ofis lama...

 Sentuhan bersama suami tersayang dan Ain yang datang tuisyen dirumah

Sebelum chocolate di piping....



 Dah mekap almond london

Nyummy nyummy

Tuesday, June 12, 2012

Ujian Tanda Allah Sayangkan Kita....

Alhamdulillah satu masalah dah diringankan Allah SWT.. Moga diberi kemudahan, kesihatan dan ketabahan buat kita..Andai kita diuji lafazkan Inalillahiwainna Ilaihirajiun..Kepada DIA kita datang KepadaNYA jua kita kembali dan moga Allah berikan rezeki yang lebih baik daripada yang kita pulangkan.. 

Hanya DIA berhak menilai siapa kita dan bukan hamba yang sangat terbatas ilmu dan pandangannya. Kepada yang sedang bersedih hitunglah semua nikmat Allah yang telah dikurniakan kepada kita..

Sesungguhnya kita benar-benar berharap kepada Allah sehingga dengan kesabaran yang baik anda seakan-akan dapat melihat apa saja yang telah dilakukan kepada kita selama mana hidup ini adalah pinjaman. Jadilah insan yang paling bahagia dan berpegang teguh pada apa yang diberikan dan puaslah dengan rezeki yang dikurniakan nescaya jadilah kita termasuk dalam golongan orang yang bersyukur..

Jadilah kita seperti lebah, makan dari yang baik dan mengeluarkan yang baik. Pabila hinggap diranting tidak mematahkan, menghisap sari bunga tanpa menyengatnya, mengeluarkan madu tanpa membisakannya dan terbang dengan membawa kecintaan dan hinggap dengan penuh rasa kasih dan sayang. 

Lebah mempunyai suara dengungan bagaikan berita gembira dan desingan bagaikan ungkapan kepuasan seakan-akan ia malaikat yang ada dilangit turun ke bumi dari alam yang kekal abadi. Lihatlah ke arah awan dan jangan melihat ke arah tanah. 

Segala Puji Bagi Allah yang telah melenyapkan kesedihan di hatiku ini.....

Sunday, June 10, 2012

Viva oh Viva

Perodua Viva
on the way ke kenduri sepupu di Shah Alam Seksyen 24 sudahlah sesat tanya jalan dekat kedai tepi jalan itu. Ok dah dapat petunjuk daripada seorang pakcik kononnya kelam kabut sangat nak beritahu suami..

Oppss depan kedai tu perasan kereta putih ok terus masuk..Terfikir juga dihati ini kenapa agaknya lain pintu Myvi putih suami. Plus suami, mak dan abah pun tiada dalam kereta.Nak dijadikan cerita terjeling sebelah kanan eh Myvi ku itu disebelah sana..

Apalagi sangat kelam kabut keluar daripada Viva..Entah siapa tuannya tak sempat minta maaf..Tersalah kereta...Masuk je dalam Myvi mereka semua ketawa.

Motivasi Pagi



Saturday, June 9, 2012

Aktiviti Tengah Malam

Baru balik dari Danau Kota Uptown, makan kat kedai Siti Zubaidah (tempat Nurudin Mbsb selalu lepak) Order Yong Tau Foo dengan teh tarik, suami Nescafe, adik ipar Milo Ais......

Tapi....

Gambar ambik Internet
Sampai rumah, semua yang dimakan keluar balik,, muntah baik punya.




Friday, June 8, 2012

Aktiviti Hari Ini

Dalam menanti suami tercinta untuk pergi beli durian nak buat tempoyak...Sempat lagi teringin nak makan rojak kat tepi jalan Sri Nilam...

Rojak Biasa

Rojak Sotong

Sirap - Saya Punya, ABC- Suami Punya

 Dah dapat apa lagi teruskan misi mencari durian untuk dikirim ke keluarga di Sarawak nun...Nak tau sebiji RM1 je...Bagi peminat tegar bolehlah jenguk di Bulatan Mawar, Cheras..

Tidak Percaya????


Durian

Bukit Durian

Thursday, June 7, 2012

Post Pertama Ku

Aku start berblogging hari ini,,,,,,,,, tengoklah sampai bila...........